Rabu, 27 April 2011

Wajah Mak Popeye Terbongkar Jua Akhirnya... hehe

~~~~~~ Just nak lapangkan otak korang sumer....layanzzzzz


Kalau ni popeye....


 ni mesti muka mak popeye... hehe


  p/s: kredit to Abang N....

Bila anak mama dah pandai memanjat..

susah hati mama skang ni... anak mama dah pandai memanjat...suma benda dia nak panjat..skang ni mama nk tinggal bawah pon x senang duduk dah... g bilik jap, mai depan tengok dia dah siap panjat dah... mama bukan apa takut dia terjatuh ja...skang ni nak p mana ja kena masukkan dalam walker....


anak mama skang stanby nak panjat sofa.... dok ushar line ada benda apa atas sofa tu...



sesi panjat bermula...



dah nak capat matlamat dah....



bermula sesi mencapai barang yang dihajati....



dah dapat!!!! broadband mama jugak yang jadi mangsa... uwwaaaaaa...



abis basah broadband mama....huhu



tengok keliling umah, mama siap pasang kubu lagik... tapi len plak caranya.... pandai ja panjat bantal tuh.... bijak sungguh anak mama nih....

Selasa, 26 April 2011

Ketika MANUSIA TERKECIL Didunia Bertemu Dengan Manusia BEROTOT TERBESAR Di Dunia

 
ketika MANUSIA TERKECIL didunia bertemu dengan manusia BEROTOT TERBESAR di dunia

 
ketika MANUSIA TERKECIL didunia bertemu dengan manusia BEROTOT TERBESAR di dunia

 
ketika MANUSIA TERKECIL didunia bertemu dengan manusia BEROTOT TERBESAR di dunia
ketika MANUSIA TERKECIL didunia bertemu dengan manusia BEROTOT TERBESAR di dunia






 

Teknik Tepuk Bantu Masalah Bayi Berkahak

 

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm. Mama sebenarnya dah lama cari artikel ni sbb mostly ibu diluar menghadapi dilema camni kan? anak batuk lambat baik.... ni mama dapat dari utusan... so let check it out bebeh...   :)

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.
"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya.


Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.
"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.
"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

Caranya mudah,

1. pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
2. Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
3.Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.

PERLU DIINGATKAN!!!!!! sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Renung-renungkan dan selamat beramal......hehee

Cute Couple Contest

nak join? jangan lupa tekan SINI
** ni pict yang mama pertaruhkan..

*********************************


For 'Papa': -
Senyummu adalah bahagiaku
Ceriamu adalah dambaku
Gelisahmu adalah kebimbanganku
Air matamu adalah kesedihanku
Kau pelipur lara dukaku
Kau pengiring suka citaku
Bersama kita dalam hari-hari keberkahan
Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu
Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..
Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati
Wahai bintang, bulan dan angin
Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya
Sungguh Aku Sangat mencintaimu karena Allah
with love
'Mama'

mama nak TAG:
faishaluvnurrfatihah

PERLU BACA: Kenapa CACHE perlu dikosongkan dalam komputer kita


Assalamualakum... Mama suka baca blog suami kawan mama... mama kagum ngan kehebatan dia berblog... apa tidaknya, baru 5 bulan ja start blogging, dia dah kumpul almost 2000++ follower dia... ntah apa la rahsianya... please kongsi abang safarin... hehe... Ops bukan tu tujuan mama tulis tajuk di atas... jom kita sama2 timba ilmu... harap suma amik perhatian ya... Rupa2nya bahaya jugak kita dok browsing internet tanpa delete maklumat kita... terutama dalam urusan perbankan....

Harinie mama nak share something about Cache. Apa tu Cache??? Cache adalah merupakan tempat simpanan sementara untuk menyimpan sesuatu maklumat atau data yang sedang diproses atau digunakan dalam sesebuah komputer. Ia akan berada dalam bahagian tertentu pada cakera keras sesebuah komputer. Bagi setiap pelayar web atau browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox dan sebagainya, segala maklumat web yang dilayari akan di simpan sementara dalam cache bagi setiap pelayar web tersebut. Ini termasuk login dan kata laluan yang kita gunakan untuk memasuki sesebuah laman web seperti perbankan Internet, laman web sosial dan sebagainya.

Disarankan setiap kali sesudah kita memasuki sesebuah laman web terutama yang mempunyai transaksi kewangan, maklumat peribadi atau lain-lain, dikosongkan terlebih dahulu ruangan cache pelayar web bagi komputer yang digunakan. Ini kerana sesiapa sahaja yang boleh mencapai komputer tersebut dan seterusnya pergi ke ruangan cache akan boleh memperolehi segala maklumat dan data yang terdapat di dalamnya. Namun begitu, sekiranya ia adalah komputer kepunyaan sendiri, bagaimana? Ya. Ia tiada masalah tetapi bagaimana sekiranya komputer tersebut jatuh ke tangan orang lain atau dipinjam untuk kegunaan orang lain?

Sudah tentu ia berisiko apatah lagi sekiranya komputer tersebut bukan milik kita seperti komputer yang terdapat di makmal-makmal pusat pengajian atau kedai-kedai akses Internet. Lagi satu masalah adalah sekiranya komputer kita sering menggunakan capaian Internet tanpa wayar seperti Wi-fi dan sebagainya, ia memudahkan komputer tersebut terdedah kepada aktiviti pencerobohan atau penggodaman. Sudah tentu sekiranya ia dicerobohi, maklumat dan data dalam cache tadi mudah diperolehi. Bagi keselamatan maklumat dan data, perlu kita menghapuskan data atau maklumat yang terdapat di dalam cache pada pelayar web yang digunakan. 

Seterusnya adalah kaedah untuk menghapuskan data yang terdapat dalam cache bagi pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox. Bagi Internet Explorer, ruangan cache ini dikenali sebagai Temporary Internet Files. Sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

*Klik 'Tools'
*Pilih 'Internet Options'
*Klik 'General'
*Pada ruangan 'Browsing History', klik 'Delete'
*Pilih 'Temporary Internet Files' dan klik 'Delete'
*Klik 'OK'
*Klik 'OK' sekali lagi untuk menutup Internet Options.

Bagi Mozilla Firefox sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

*Klik 'Tools'
*Pilih 'Options'
*Pilih 'Advanced' dan klik 'Network'
*Pada ruangan Offline Storage , klik Clear Now.
*Klik 'OK' 

Bagi pelayar web Mozilla Firefox, ia boleh dikonfigur secara automatik dengan mengosongkan ruangan cache apabila program Mozilla ditutup. Iaitu dengan cara seperti yang berikut:-

*Klik 'Tools'
*Pilih 'Options' , pilih 'Privacy'
*Pada ruangan 'History', setkan bahagian 'Firefox will:' kepada Use custom settings for history.
*Klik kotak semakan untuk Clear history when Firefox closes.
*Klik pada Settings, akan dipapar satu tetingkap Settings for Clearing History.
*Klik pada kotak semakan untuk ruangan 'Cache'.
*Klik 'OK' dan klik sekali lagi 'OK'

Itulah maklumat dan panduan berkenaan dengan cache yang ada dalam pelayar web yang digunakan. Cara untuk menghilangkan data pada cache ini tidak sama bagi kesemua jenis pelayar web. Di sini, saya berikan panduan untuk menghilangkan data cache yang ada pada pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox sahaja. Semoga semuanya memberi manfaat kepada semua.

Khamis, 21 April 2011

Baby & Daddy Moment Contest

selalu mama dengar orang anjurkan mumm n baby ja... kali ni contest ni berkaitan ngn daddy n baby ja... so chaiyok papa n anak mama... moga kalian antara yang bertuah... hehe

kawan2 ku, kalu berminat nak join contest ni, sila la klik SINI

***********************************


nama : MUHAMMAD IRFAN DANISH BIN MOHD SAFRIZAN
umur: 7 BULAN


** time pict ni hari raya n anak mama baru ja berusia 8 hari ....  mama rasa satu kebahagiaan sesangat kerana mama dapat beraya dengan suami n anak buat pertama kali... pict ni terlalu bermakna buat mama kerana dalam pict ni tergambar kasih sayang yg suci dari babahnya utk anaknya...  bagi mama plak, anak adalah hadiah raya yang terindah dari mama buat papa... sama2 kita jaga n didik anak supaya membesar menjadi anak yang soleh... amin... sayang both of you...ah touching la plak.... hehe

mama nak TAG: MAMALUVRAYYAN
                                       FAISHALUVNURRFATIHAH
                                      MASDURANISAQASEH

Khamis, 14 April 2011

Rezeki Bulan APRIL

Pon...Pon... Mama tumpang Lalu jap... hehe... Ntah la napa bulan ni mama happy sesangat... Banyak khabar gembira mama dapat bulan ni... harap2 sampai hujung bulan ni dilalui dengan penuh kesyukuran n kgembiraan... amin....

Mama da dua benda nak share ngan korang... sejak mama menceburi bidang blog memblog nih (eceh... macam nak wat bisness lak...hehe), mama rajin masuk contest... alhamdullilah rezeki anak, mama menang 2 daripada contest yang mama masuk... berkat usaha yang tak penah jemu masuk contest... hehe

Contest pertama mama menang adalah COMELLOTE NEWBORN CONTEST.... ni gambar anak mama yang mama pertaruhkan... 


                                       
alkisahnya mama ingat x da harapan nak menang dah... serius weh suma baby2 yang join contest ni, comey2 belaka.... tapi tuah ayam nampak d kaki, tuah mama Allah ja yang tahu... mama menang gak contest ni....
berkat undian dari 15 orang member tuan punya blog yang telah mengundi irfan... tocey suma walaupon mama x kenai.... hehe...

*** ni 5 orang member tuan punya blog yang voted

bila tuan punya blog umumkan top 20, dalam hati kecil mama ingat ok la kalu x menang pon dah dapat top 20, alhamdullillah..... (klik SINI untuk paparan Tuan punya blog umumkan top 20)....

Tapi bila tuan punya blog a.k.a akuamiey umumkan pemenang saguhati dulu, trus mama rasa down sket... ati mama trus ingat "saguhati x dapat, lagi susah la chance nak menang".....tup...tup bila mama tengok tuan punya blog umumkan yang irfan menang tempat pertama, bukan saja badan, ngan tangan2 terangkat punya la syok... ekeke... macam bebudak ja... hehe... mayb mama menang sebab mama ikut suma syarat2 contest kot... terutama dia nak newborn yang fresh dari hosp (baru berusia 1 hari lg bagus)

klik SINI untuk view tuan punya blog a.k.a. akuamiey time umumkan tmp 1,2 dan 3... lets cekidot..dot...dot....

jom layan gambar peserta2 yang masuk contest ni... suma comey2 belaka....


*********************************

Yang kedua lak mama menang semalam..... seminggu selepas mama menang contest pertama... mama menang POSING WITH YOUR LOVE ONE...

Contest ni pon suka jugak wat suprise kat orang... mula2 tuan punya blog umumkan peserta pertama n peserta terakhir yang join akan dapat hadiah...(untungkan sapa yang jadi peserta pertama n terakhir? dah leh dapat hadiah..hehe)....mama pon mula la putus harap, ingat sama gak ngan contest2 len yang mama masuk... x da luck gak... tapi rezeki mama, mama dapat gak...hehe.... jom layan gambar yang mama pertaruhkan...


**** mama posing ngan my lovely baby...

p/s: berbunga-bunga d hati mama seperti taman kat putrajaya ni time taip entry nih.... ececeh....hehe
    :  kredit to blog akuamiey n zurazari... peace.....



Anak Mama sudah Tumbuh Gigi.... YEAY.....

Mama ari ni rasa cam nak berbelog la plak... bukan apa slalu mama dok baca blog orang len ja... dok cita sal anak la, artis la... kali ni mama bukan nak cita sal usop wilcha yer.... hehe... mama just nak share ngan korang kegembiraan mama bila anak tumbuh gigi... besa la bila anak first ni... suma benda perak ja... hehe...cita dia camni...

Minggu lepas mama balik kg.... ada satu perkara yang mama risau sangat berlaku pada anak mama.... mama ni jenis suka belek anak... bila mama belek dalam mulut dia, mama nampak gusi dia da bengkak kecil (besar sebatang gigi) dalam gusi dia... mama trus tanya ibu 5 anak a.k.a ibu mama (maktok dengan muka cuaknya sebab tgk mama kalut gtau gusi irfan bengkak). rupa2nya selang 2 hari, tumbuh la permata di gusi irfan... hehe...


** ni contoh gigi yang baru nak tumbuh... sikit ja gigi baru naik... hehe
Sumber: GOOGLE sebab mama payah nak snap gigi anak mama... reja nak serbu kamera ja kalu kamera dekat ngn dia...

Irfan skang tabiat dia, lidah dia reja dok rasa gigi dia ja...(mayb dalam fikiran dia, benda apa la yang ada kat gusi aku ni... slalu rata ja... hehe)

 happy mama.... cam nak announce hari raya plak mama nih kan? punya terlebih excited dok cita sal gigi ja pon... haha... apapon im enjoyed lihat pekembangan anak mama dari hari ke hari.... siap tulis diari tuh apa perkembangan dia... cuak kn?   kui...kui....

Rabu, 13 April 2011

Senyuman Si Cilik Contest

* mama dah lama x update blog n  join contest....ari ni mai lak mood mama utk join balik... so cekidout....hehe

 
amacam? sesapa ada anak yang cute2...comey....montok2...meh pakat2 join ngan mama... untung rezeki anak korang kan? alhamdullillah....mama tumpang gembira... hehe

nak join??????? klik SINI

********************************************


Nama Anak: MUHAMMAD IRFAN DANISH BIN MOHD SAFRIZAN
Nama Ibu: NURUL HANIS BINTI ZURAIDI
Tarikh Lahir: 03 SEPTEMBER 2010
Umur Anak: 7 BULAN

Mama nak TAG: BABBY RAYYAN
                            MASDURANISAQASEH
                              FAISHALUVNURRFATIHAH



Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers