Rabu, 1 Jun 2011

Wanita Kerja Malam - Awas Payudara Anda !



Salam.
Pada tiap2 malam, bukan semua orang bertemu bantal dan tilam. Ada golongan dan insan yang mencari rezeki tatkala ini. Mereka tiada pilihan, sebab ini adalah tugas dan tanggungjawab mereka. Ramai dan banyak pekerjaan yang bermula dari start matahari terbenam. Malah, ia kerja antara paling sukar kerana memerlukan dedikasi yang tinggi.

Mereka yang bekerja malam ini sebenarnya terdedah dengan banyak perkara, maksud saya ... perkara yang dikhuatirkan. Jenayah kebanyakkan berlaku pada waktu malam, dan pada malam hari juga akan keluar 'setan-setan' bertopeng manusia. Uhh bahaya.

Dan lagi satu bahaya, yang saya pun baru tahu adalah mengenai payudara seorang wanita! Oppss ... ohh bukan niat nak melucah .... tapi ini merupakan satu fakta kajian yang ingin saya kongsikan kepada anda semua.

Seseorang wanita yang bekerja syif malam - jururawat, pekerja kilang, juruwang, dan pramugari merupakan golongan yang cukup mudah diserang kanser payu dara. Suasana malam berbeza dengan waktu siang dimana cahaya matahari membantu sesetengah hormon dirembeskan. Namun ada sesetengah hormon yang hanya dapat dikeluarkan pada waktu malam.

Kajian oleh Institut Kanser Epidemiologi di Copenhagen, Denmark, mendapati wanita berumur antara 30-54 tahun lebih mudah menjadi mangsa. Dr Johnni Hansen yang menjalankan kajian itu ke atas lebih 7,000 wanita, mendapati lebih separuh yang mengidap kanser payu dara adalah mereka yang selalu bekerja malam

Hormon melatonin hanya boleh dirembeskan di waktu malam (waktu gelap tanpa cahaya) tapi pengeluarannya tentulah terganggu oleh cahaya lampu. Kekurangan melatonin dalam badan memberi peluang sel barah mudah tumbuh. Keadaan menjadi bertambah buruk bila cahaya lampu juga menjadikan paras estrogen meningkat.

Ia menjadi penyebab utama kanser payu dara. Wanita tidak patut dibiarkan bekerja malam kerana risiko diserang barah payu dara adalah tinggi. Ini menurut kajian yang telah dijalankan 8 tahun dahulu. Jika ianya benar, maka sebagai salah seorang yang dah tahu akan hal ini, maka sila ambil ingatan ... dan mungkin boleh beritahu pada yang tak tahu. :) 

Tetapi kalau kerja dalam gelap .... rasanya ok kot ...... hehehehe.....

p/s: bagaimana pula kalau seseorang wanita yang tido sambil buka lampu? (x suka tido dalam gelap)..
moral value: tidolah dalam gelap yer....

Tiada ulasan:

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers