Isnin, 27 Jun 2011

Contest Anak Senyum By Mamalurveirfan

salam suma.... Sila senyum pagi2 ni yer cuz mama dah lancarkan satu contest untuk kengkawan mama suma... actually mama da barang baby yang mama x guna.. so dari mama biarkan ja, baik mama bagi ka korang suma kan???? heheh

blog mama x ramai pon follower, kalau contest ni x memberasangkan pon, mama tetap bagi gak hadiahnya... jangan risau...hehe...contohnya kalau 3 orang yang sertai contest nih, 3 orang tu la pemenangnya..hehe(sebab contest ni 3 orang pemenang akan dapat).. so apa lagi... jom pakat2 join contest ni yer...


SYARAT-SYARATNYA:


  1. Buat satu entry bertajuk "Contest Anak Senyum By Mamalurveirfan" lain tajuk tidak di terima, harap maklum!
  2. Letakkan banner di atas pada entry dan sidebar korang dan link back sekali ya ..wajib tau!
  3. Wajib menjadi follower mamalurveirfan
  4. Upload sekeping gambar si manja.
  5. Sekiranya yang tiada anak dan ingin turut serta pun boleh, upload la gambar anak sedara ke, anak rakan sepejabat ke, anak jiran ke..
  6. Boleh hantar banyak kali untuk seorang blogger tapi make sure bukan gambar si manja yang same dan sekeping gambar untuk satu entri..
  7. Si manja hendaklah berusia 1 hari - 2 tahun pada hari entri ini di tulis.
  8. Di bawah gambar tersebut hendaklah sertakan NAMA ANAK, UMUR ANAK dan NAMA IBU
  9. TAG sekurang2nya 2 orang blogger yang korang rasa akan join contest nih...  
  10. Tinggalkan link entry anda dekat comment box yer untuk mama cekidout...hehe
GOOD LUCK SUMER

p/s : tarikh tutup penyertaan adalah 27.07.2011 dan pemenang akan mama umum pada 1 ramadhan (amik berkat)..hehe... hadiahnya sesangat best... jom pakat ramai2 join...

last skali mama nak TAG kawan mama:
masduranisaqaseh

UPDATE!!!!!
disebabkan banyak yang tanya sal umur anak, mama up kan umur anak dari 0 hingga 3 tahun... harap maklum yer....

Khamis, 23 Jun 2011

Rozita Che Wan Malu 'Berguling' Dengan Shahir

Mama actually minat kat Shahir ni... Suara n karakter dia memang mama suka la.. tambah2 plak time dia ngaji... Sal hal dia ngan rozita, mama x amik kisah sangat sebab bagi mama tu suma kan jodoh... Kalu mereka berkahwin, alhamdullillah... jodoh kan suma Allah yang tentukan... Sapa la kita nak marah2...
Harap2 kerjaya beliau sentiasa succes..


PETALING JAYA: Pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui berasa segan apabila terpaksa melakonkan babak romantik bersama Shahir (AF8) dalam telefilem Cer Citer Cinta.


Kata Rozita, dek kerana malu bergandingan bersama, kedua-dua mereka terpaksa mengulangi semula babak-babak romantik beberapa kali sepanjang penggambaran berlangsung pada awal Mei lalu di Perlis.

"Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja.

"Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu," selorohnya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Tambah Rozita, walaupun Shahir nampak seperti seorang pemalu dan tidak banyak bercakap, dia sebenarnya mempunyai bakat lawak semula jadi dalam dirinya.

Salah satu adegan Rozita dan Shahir terpaksa berguling beberapa kali.




"Shahir merupakan seorang lelaki yang kelakar sebenarnya. Sepanjang penggambaran berlangsung saya asyik ketawa tak henti-henti kerana lawaknya.


"Tambah pula telefilem ini genre komedi romantik, riuh jadinya set penggambaran kami. Cuma ada sebuah adegan yang memerlukan Shahir mengaji, membuatkan saya ternganga sekejap kerana kagum dengan suaranya," tutur Rozita

Telefilem Cer Citer Cinta terbitan Zeel Production itu turut dilakonkan oleh Tomok serta beberapa bekas pelajar AF9 dan akan ditayangkan pada Khamis (hari ini), pukul 9 malam, di Astro Ria.

Bagaimanapun, dia tidak menganggap kontroversi cinta yang berlaku terhadap dirinya serta Shahir baru-baru ini boleh menaikkan rating penonton telefilem berkenaan.

"Entahlah, kalau hal rating ni, susah kita nak mengagak. Cuma saya harap, para penonton akan terhibur menyaksikan telefilem ini," ujarnya.

Telefilem ini mengisahkan bagaimana seorang jurulatih sebuah kem bina semangat iaitu Cik Zaleha (lakonan Rozita Che Wan) yang terpaut hati dengan Ustaz Sarjan (Shahir).

Dalam masa yang sama juga ia turut memaparkan hubungan seorang budak kampung bernama Tomok (lakonan Tomok) dengan seorang gadis bandar.


Credits: mStar Online



Selasa, 21 Jun 2011

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh
semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada
terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan
penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar
dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun,
ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon
Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana'
bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah
Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak
besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya
masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser
yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis
kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti
bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing,
menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan
kembali sistem saraf yang kurang baik.


Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual,
berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang
mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan /
penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar
farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20
makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya.

Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis
kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat,
Paru-Paru dan Pankreas.


2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan
sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa
digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya
memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar
melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan
Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar,
daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi
penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit
jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti
ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar
biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan
bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan,
mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola,
mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola
mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat,
Pankreas, dan Paru-paru.

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang
luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang
100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu dan Mengandung

Salam sumer... Hari ni mama nak kongsi tip untu ibu2 diluar sana yang sedang menyusukan anak mereka ataupun yang sedang mengandung.Seperti mama, korang mesti bimbang kan adakah kita mampu atau tidak untuk berpuasa pada bulan ramadhan yang akan tiba nanti. Adakah jika kita berpuasa, akan memberi kesan kepada penyusuan anak kita. Di sini mama akan memberikan beberapa tips kepada suma.

Puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.
Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
  • Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
  • Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
  • Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
  • Terasa loya dan ingin muntah.
  • Rasa menggigil.
  • Berasa lemah dan sakit otot.
  • Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:
  • Pergerakan bayi yang tidak normal.
  • Berlakunya kontraksi.
Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.
Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

  • Banyakkan pengambilan cecair.
  • Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
  • Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
  • Mengambil vitamin C.
  • Berehat secukupnya.
  • Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.
Kenapa saya mencadangkan Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.
Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.

Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak
  • Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.
  • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.
  • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
  • Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”  [Al-Baqarah : 184]
Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:
  1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.  YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  4. Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
  5. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
  6. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  7. Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat, dan sebagainya.
  8. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  9. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul. 
  12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  13. Pam susu sebelum sahur.
  14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  16. Ambil milk booster jika perlu.
  17. Elakkan terlalu penat.
  18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.
Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!

Isnin, 20 Jun 2011

'We are not perfect' Couple Contest

sesapa yang da GF/BF, daah kahwin atau tunang, digalakkan join contest nih...
Sila klik SINI ataupun klik je banner diaatas yer...

********************************************

**ni gambar mama time ngandung... moment couple kami sebelum keluarnya si comel mama...hehe...skang payah nak couple dah bila ada si kecik tuh...


~~~ Mama bertemu dengan My En Hubby apabila mama keja kilang lepas mama habis SPM... besa la time habis SPM, suma berlumba2 nak carik duit sebelum masuk U... Hubby Mama time tu baru abis U... Dia keja sementara bawak budak kilang... Mama ngan hubby mama x penah bersembang punya la malu time tuh..hehe.. sampai la satu detik yang mama x kan lupakan sampai bila2... Pagi tu mama kena keja shift pagi... lepas solat subuh, mama pon pegi la tunggu van a.k.a hubby mama amik mama...mama duduk di belakang pemandu.. Sampai ja di kilang, mama dengan tergopoh gapahnya nak turun van, terpegang tangan dia...time tu jugak hubby mama pusing belakang nak cakap sesuatu kat kami suma... kami berdua terpegang tangan... Mula dari saat tu terbit perasaan antara kami berdua... cam cita dalam filem pulak kan? kih...kih... Yang lawaknya, bila kami couple, mama ingat hubby mama x ingat moment tu... bila mama tanya balik, camna dia leh suka kat mama, hubby mama gtau moment terpegang tangan tuh yang buatkan dia jatuh hati kat mama... mula dari saat tu la my hubby cuba berkenalan ngan mama... percintaan kami berkekalan sampi mama masuk U, dan hubby mama dapat keja lain... kami bercinta hampir 6 tahun sebelum mendirikan rumah tangga... alhamdullillah Allah menguatkan jodoh kami berdua sampai skang... kini kami berdua diserikan lagi dengan putera yang kami kasihi, Muhammad Irfan Danish..Syukur padamu Ya allah...

Jumaat, 17 Jun 2011

Selamat Hari Bapa Abah..

Abah,
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Kedapatan seorang ayah sepertimu.

Abah,
Kehidupanku terasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Kami adik beradik mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Kami adik beradik mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Kami adik beradik mengenali Allah Yang Maha Esa.

Abah,
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.

Abah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.

p/s Selamat Hari Bapa buat ayahandaku yang dikasihi Zuraidi bin zainal Abidin. Tidak lupa juga buat bonda yang sentiasa di hati ini, terima kasih kerana sudi memelihara dan bersusah payah membesarkan daku serta adik-beradik yang lain sejak kami kecil hinggalah dewasa. Budi kalian berdua tak mungkin daku lupakan sehingga ke akhir hayat. Selamat Hari Bapa juga buat suamiku... Moga sayang sentiasa menjadi Bapa yang hebat kebanggaan mama dan anak2 kita...

*************************************************** 

Antara BAPA2 di dalam hidupku yang amatku sayangi di dunia ini...


 Abah mama yang sangat mama sayangi. Syukur padamu ya Allah kerana engkau memberi abahku untukku... Sihatkanlah badannya, Panjangkanlah Umurnya, Bahagiakanlah hidupnya dan rahmati abahku sentiasa Ya Allah...amin


Suamiku yang sangat bertanggungjawab... Mama sayang sangat pada papa... Mama bersyukur sesangat kerana dijodohkan dengan papa... Moga rumahtangga kita sentiasa bahagia dengan anak kita, dirahmati Allah, diberkati Allah, dan kekal hingga keakhir hayat amin...


Bapa mertua mama... Seorang bapa yang sangat baik hati dan penyayang... Moga hidupnya sentiasa bahagia, dirahmati allah dan dipanjangkan umurnya...amin...

alhamdullillah... mama menang contest PERADUAN GAMBAR KAHWIN

salam... dah lama mama x update blog nih... bukan apa... tahap kemalasan mama nak update blog nih dah tinggi sangat... malas rasanya nak taip... so mama pilih jadi silent reader ja... mama dah tau keputusan contest ni dah dekat seminggu lebih dah... pastu mama pulak kena menghadiri Anugrah Khidmat Cemerlang kat Melaka (x dapat pon anugrah, cuma kena sertai koir JPJ ja...huhu), tu yang x sempat nak wat entry nih...

sebenarnya contest nih dah lama mama join...27.02.2011 lalu dah tutup contest nih...sampai la bulan june baru tuan punya blog umumkan pemenang... mama ingat contest nih berkubur begitu sahaja... sebab x dengar apa2 cerita pon mengenai contest ni.... akhirnya penantian mama x sia2 juga bila mama menang contest nih... hehe

mama cuak gak bila entry pengumuman pemenang contest ni kuar... sebab apa tau? kes nya begini, pada pagi yang mulia, mama pon buka la dahsboard untuk check entry terkini, mama ternampak tajuk pengumuman pemenang... dekat tajuk tu kuar gambar yang mama pertaruhkan dalam contest tuh....  hati dah mula excited ni... dengan rasa terujanya mama pon klik la entry tu..... bila kuar ja blog dr hidayah syafiq, skali gambar mama x kuar... kuar gambar pemenang yang lain ja.... terus rasa down sket, dengan rasa berdebar2 mama pon pergi komputer kawan mama yang pakai broadband sendiri... mama check pon still x kuar gambar mama...siap bagi link kat member mama yang lain lagi soh chek kat komp dia... still x leh gak... mama ingat memang mama bukan salah sorang pemenang tuh la...

selang 2 hari, mama terdetik nak buka blog tu lagi skali, buka ja, terus boleh nampak gambar mama... mama dapat tempat pertama.... hati mama trus rasa happy sangat... (siap cakap YESS lagi)...  bos mama terdengar la pulak.... hehe... malu mama kat dia....syukur alhamdullillah... rezeki.... mama x sangka mama menang contest nih... sebab peserta yang join pon memang hebat2 n cantik2 belaka... serius wehhh x tipu...(sila klik SINI kalau nak tengok gambar peserta yang lain).. gambar pemenang yang lain pon memang hebat2 belaka... apapon mama nak ucapkan terima kasih kepada tuan punya blog (dr hidayah syafiq) sebab sudi ambil kiter sebagai pemenang... moga ikatan silaturrahim ini akan sentiasa berkekalan...(sila klik SINI untuk lihat keputusan pemenang peraduan gambar kahwin)

**inilah gambar yang mama pertaruhkan untu contest tuh....alhamdullillah... "papa kita menang la.."

*****************************************

PEMENANG YANG LAIN:

tempat ke 2

tempat ke 3

peserta pertama

wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest

nak join sila klik banner ya...

********************************************************

nama anak: MUHAMMAD IRFAN DANISH BIN MOHD SAFRIZAN
tarikh lahir: 03 SEPTEMBER 2010
tarikh gambar diambil: 22 MEI 2010
nama ibu: NURUL HANIS BINTI ZURAIDI


Khamis, 9 Jun 2011

Contest : Saya Sayang Anak Lelak Saya Kerana.......

jon join contest nih... klik SINI

***************************************


 "Saya Sayang Anak Lelaki Saya Kerana.............."
........dia adalah zuriat penyambung keturunanku dan amanah yang akan ku bawa sampai akhirat, imam kecilku sekarang dan sampai akhirat, insyaAllah...

mama nak ajak faishaluvnurrfatihah ,  babyrayyan join...

[Kisah Tauladan] Perpisahan dgn Emak utk Selamanya

SALAM .....Sekadar cerita saya kutip dari diari seseorg  utk renungan bersama  ..
pd yang punya org tua..renungilah bahawa bertapa indahnya idup nie  punya kedua org tua yg sihat ..
bahagiakn mereka selagi mereka msh ada
MAK
Mak , tadi kat opis orang duduk sorang-sorang, teringat kat mak.
Orang ambik hp nak call mak
Orang dail nombor rumah kita
Ada nada dering tapi tak ada orang angkat,
alahai orang lupa lak waktu macam nie mak mesti kat belakang rumah sibuk beri ayam itik
makan kemudian orang teringat semula...... ....

Mak dah tak ada dah meninggal dunia mak dah tak ada .....
Macam mana orang boleh lupa mak dah tak ada...
Ya Allah rindunya orang kat
mak..... orang pandang skrin laptop orang.. orang tengok gambar mak
tengah senyum ..
mak nak tau tak kat wallpaper laptop orang nie ada gambar orang dengan mak..
Mak tengah senyum masa tu.. lawanya mak orang nie..patut pun abah
jatuh chinta kat mak.. kalah filem Cinta tu ...

orang pernah tanya abah
macam mana abah boleh jatuh cinta kat mak.. abah cakap senyuman mak buat abah terpesona..
mak mude2 dulu kalah Miss Universe lawa...
tapi tu lah kasih abah pada mak..orang suka tengok abah pujuk mak kalau mak marah2..
maklumlah orang nie masa kecik2 bukan reti nak duduk diam...
mak orang rindu kat mak abah.. rindu sangat2...

Mak...
Ingat tak lagi masa mak sakit tiba-tiba mak pitam dulu.....Orang takut sangat
mak sebab orang tak nak hilang mak....Tak tau pasal apa orang rindu sangat kat mak.....Takut orang mak masa tu .....
Orang ingat mak dah nak tinggalkan orang .......Alhamdulillah mak sihat semula
Masa abah sakit mak ingat tak siang hari mak jaga abah...
Malam tepat pukul 930 malam sure mak lelap tak sedar lagi dah
Orang lak take turn jaga abah ....
Tapi tak apa mak dulu masa kecik-kecik mak abah dah penat jaga orang
Masa nak antar abah gi hospital.... ..
Orang kesian sangat kat mak.....Mak minta tolong yg lain masing-masing banyak alasan
Tak apalah mak.....
Nanti orang posting dapat aje gaji pertama orang letak deposit beli kete ....
Tak kira lah kete tu Kancil sekalipun...

Mak abah...Orang rindu amat kat mak abah ....Rasanya orang kalau boleh nak ikut sekali mak dan abah ...
Tapi Allah cakap belum lagi tiba masa untuk orang
Mak.....
Mak selalu cakap jaga diri kalau mak tak ada...
Buat keputusan dengan bijak.....
Tapi mak.....Orang tak mampu mak....Orang tak kuat macam mak .....
Orang tak sabar macam abah....Kadang- kadang orang heran gak macam mana...
Mak boleh sabar.....

Mak ..
orang kesian kat mak
terpaksa layan kerenah orang jaga orang
masa orang sakit hari tu bila orang cakap 'mak sakit mak orang tak tahan bisa mak' ....
Mak mesti datang picit orang walaupun jari mak kasar dan tak sekuat dulu
tapi pada orang jari tu lah yang paling lembut sekali
kadang-kadang orang rindu nak peluk mak orang peluk cium kain batik mak orang kucup gambar mak
Mak
Kalau orang boleh bayar untuk mak dan abah hidup semula orang buat
mak...
Orang tak kisah lah kalau kena buat loan dengan Bank Rakyat
tapi orang tak boleh nak buat Allah dah cakap masa untuk mak dengan orang
sampai takat nie aje

Mak
Masa hari ahad 13 April tu orang risau sangat mak..Suhu badan mak tinggi aje....Badan mak panas...
Kejap- kejap orang basahkan kain letak kat kepala mak...Kejap- kejap orang lap mak....\
Mak lak asyik menyemburkan air ...Nurse ingat orang beri air minum pada mak....
Orang cakap tak pun ...
Orang risau sangat mak ...
Dahlah hari Jumaat
Doc Suzana minta orang sabar ...
Kalau apa-apa jadi pada mak orang kena redha ...Orang peluk mak erat-erat ...
Orang cakap orang sayang mak
...Orang dodoikan mak ....Orang mengaji orang selawat orang buat semua
.....Pastu orang peluk mak .....Badan mak panas ....

Tapi orang tetap peluk mak .....Orang cakap kat mak ' Allahu Akbar mak' mak balas balik 'Allahu Akbar' ..
Petang tu orang tak nak balik rumah ..... Orang nak habiskan masa dengan mak ...
Sebelum balik orang gi isi minyak kete penuh-penuh ...
Orang keluarkan duit dari ATM siap-siap ....Orang tak mau nanti kalut ...
Balik rumah orang suruh budak-budak tu kemas rumah ...
Orang masak-masak sebab esok nak gi hospital jaga mak ..Lepas solat Isya orang baring ....

Tiba-tiba akak called ...Akak cakap mak dah lain macam ....
Orang terus terduduk
...Patutlah mak asyik cakap mak nie dah tak lama lagi ....
Mak asyik beritahu kat orang duit mak simpan kat mana ....
Mak cakap duit Tabung Haji tak ada penama lagi ...
Mak cakap hutang piutang mak nanti orang kena tolong bayarkan .....
Mak cakap kalau mak tak tengok rumah baru orang mak ghalat ....
Rupa-rupanya masa mak nak pegi dah sampai

....Patutlah mak cakap mak nak pergi dalam pergi dalam keadaan belajar Al-Quran ....
Rupa-rupanya mak dah nak pergi tinggalkan orang
Mak...
Orang cakap kat kakak suruh sapa-sapa ambik orang Kete orang
angah pakai gi tengok mak ...
Orang terus gi dapur
Tak sedar empat mata tangga orang lompat ...
Orang gi mandi
Dah keluar dari bilik air orang masuk semula ...
Orang mandi semula ....Pastu orang siap-siap ....
Orang panggil Makcik Esah sebelah ....Orang cakap mak dah lain macam

....Hati orang dah berkata-kata dah mak ....Masa untuk kita berpisah dah sampai
Orang gi rumah belakang ...
Orang cakap sekali lagi ...
Tapi kali nie orang dah tak dapat tahan lagi mak ...
Orang meraung sekuat hati orang mak ...
Orang tunggu Pak Yus cakap nak ambik tapi tak sampai-sampai ...
Orang called dia tapi dia cakap nanti tak sempat
...Orang called akak tapi akak cakap tak sempat gak ...
Orang called angah dan angah pun cakap tak sempat ...
Kenapa tak sempat semuanya nie
....Mak Midah datang ambik orang mak ..
Dalam kete Mak Midah peluk orang ....
Tok Lan cakap mak dah tak ada ....
Orang jerit kuat-kuat mak

....Lamanya mak nak sampai ke hospital mak ...
Sampai ke parking orang lari ke wad mak ....
Orang naik lif ....
Sampai kat wad orang lari gi ke bilik mak ....
Orang tengok mak dah terbujur kaku ...
Mereka tutup mak

...Orang tak dapat tahan lagi mak ....
Orang buka tutup mak tu ...
Orang tengok muka mak manis amat ....
Mak macam orang tidur aje ....
Orang
cium mak orang peluk mak ....Orang cakap kat mak
"Mak , abah dah tunggu mak kat sana ya.. mak tak sabar lagi nak jumpa abah ya mak..
pergilah mak jumpa abah .. sampai masa nanti kita akan jumpa gak"

Orang peluk mak lagi....Orang bacakan surah Yassin untuk mak
Tiba-tiba ada orang datang nak ambik mak ...
Nak tolak mak gi bilik mayat ...Orang ikut dari belakang ...
Orang dah tak kisah lagi dah dgn muka orang ...
Orang jumpa pesakit lain ...
Orang cakap mak dah tak ada
....Orang jumpa pakcik yang selalu lepak dengan orang ....
Orang cakap pakcik mak saya dah tak ada ...
Pakcik tu cakap tak apa sabarlah nak
Mak
Malam tu orang jadi anak yatim piatu mak...
Orang balik rumah ...Orang tengok tempat yang mereka nak letakkan mak ...
Tilam tu orang baru beli Sabtu lepas mak ...
Orang beli dengan bantal lagi ....
Orang nak mak selesa bila orang dah boleh bawak mak balik nanti ...
Mereka bentangkan cadar buruk bantal keras ....
Orang marah ....
Orang cakap kalau tak tau jangan buat ....Mak tak suka cadar nie ....
Orang ambik cadar yang orang belikan mak ....
Orang ambik bantal yang mak paling suka ....
Orang bentangkan ganti yang baru ...
Mak dah sampai akak cakap
...Orang tengok mak ...
Ada darah kat hidung dan mulut mak ....
Agaknya darah sebab nak keluarkan tiub agaknya ...
Orang bersihkan darah mak
....Ramai yang tolong orang ....Orang ambik air panas ....
Orang campurkan air Hai-O
Mak ingatkan orang belikan mak penapis air Hai-o
....Orang nak mak minum air yang bersih .....
Tak apalah dulu mak tak mampu nak belikan orang ....Sekarang orang belikan mak ....

Tapi orang tak ralat mak
Sebab mak dapat minum air bersih ...
Malam-malam orang rendamkan kaki mak dengan air tu ....
Mak cakap kembung lah mak minum air nie
....Orang gelak aje .....Orang cakap tak apalah mak ....
Orang nak mak sihat aje ...Kita nak gi shopping ke Kelantan nie mak

Mak....
14 April tarikh memisahkan kita mak ....
Mak dulu mandikan kami .....
Tapi sekarang kami mandikan mak .....
Orang tengok mak.....
Orang usap kepala mak ....
Tadi orang tolong mereka kafankan mak....
Orang nak tengok mak ...

Saat-saat perpisahan kita dah hampir tiba mak ...
Orang peluk mak orang cium mak....
Orang ikut mak sampai tanah perkuburan ...Mak dimasukkan ke liang lahad....
Saat perpisahan kita dah tiba mak
Mak bersemadilah di sana ya mak.....
Sampai masa orang akan ikut mak .Orang nak ambik semangat mak yang sentiasa kuat tabah...
Tapi orang tak mampu mak

Mak
Orang rindu kat mak....Orang rindu amat sangat mak ...Mak
...Datanglah mak peluk orang .....
Orang rindukan mak...Makkkkkkkkkkkkk
....Nantilah orang sambung lagi ....
Orang dah menangis dah nie mak
Mak ORANG RINDU MAK sgt makkkk

p/s: (Peringatan untuk diriku juga) bagi yg masih punya ibu bapa hargai mereka semasa masih ada..sebagai seorg anak selagi idupnya org tua selagi itulah kt cuba berbakti membahagiakn selagi terdaya...amin
*** Ibu, abah anis sayang sesangat kalian berdua....  moga kalian sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia selalu disamping orang yang tersayang dan dirahmati oleh Allah... x puas lagi anakmu merasakan kasih sayang kalian. (mood: rasa cam nak balik kampung skang gak, nak peluk mereka berdua...uwaaa..)

Rabu, 8 Jun 2011

Detik penting dalam perkembangan bayi: Berjalan

Berjalan
Belajar berjalan adalah langkah yang besar ke arah berdikari, ianya salah satu perkembangan yang paling penting dalam hidup anak anda. Apabila dia beralih dari berdiri tersandar pada perabot ke berjalan terhuyung-hayang menuju tangan terbuka anda sehingga ke berlari, dan melompat dengan penuh keyakinan, dia sudah meninggalkan zaman bayinya.
Bila ia berkembang
Pada tahun pertamanya, bayi anda akan beransur-ansur mendapat koordinasi dan kekuatan otot seluruh badannya, serta belajar duduk, meniarap, dan merangkak sebelum boleh menarik dirinya naik dan berdiri pada sekitar usia lapan bulan.

Dari situ, dia hanya memerlukan keyakinan dan keseimbangan – kebanyakan bayi membuat langkah pertama mereka di antara
usia sembilan dan 12 bulan, dan pandai berjalan bila mereka berusia 14 atau 15 bulan.

Jangan risau jika anak anda mengambil masa yang lebih lama, kerana ramai kanak-kanak yang normal juga tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan.
Bagaimana ia berkembang
Dalam beberapa bulan yang pertama, apabila anda mengangkat bayi anda dengan memegang bawah ketiaknya, dia akan menendang mana-mana permukaan yang disentuh kakinya, hampir kelihatan seperti berjalan. Tetapi ini cuma tindakan refleks – kakinya tidak cukup kuat untuk menampung berat badannya – dan tindakan refleks ini akan hilang selepas dua bulan.

Apabila bayi anda
berusia lima bulan, jika anda memegangnya dengan kakinya tersentuh paha anda, dia akan terenjut-enjut turun naik. Mengenjut-enjut akan menjadi aktiviti kegemarannya untuk beberapa bulan yang akan datang, malah, sewaktu otot kaki bayi anda terus berkembang apabila dia belajar meniarap, duduk dan merangkak.

Pada sekitar
usia lapan bulan, bayi anda akan menarik dirinya naik berdiri sambil berpegang pada perabot. Jika anda sandarkannya bersebelahan sofa, dia akan berpaut pada sofa sekuat-kuat hatinya. Selepas beberapa minggu apabila dia sudah biasa dengan kemahiran ini, dia akan mula bergerak ke sana-sini secara tegak dengan berpegang pada perabot – dan mungkin juga boleh melepaskan tangan dan berdiri tanpa sokongan. Sebaik sahaja dia sudah boleh berdiri, dia akan cuba mengambil langkah untuk berjalan ketika dipegang dan dia mungkin akan cuba mengutip mainannya dari posisi berdiri.

Pada
usia sembilan atau 10 bulan, bayi anda akan mula belajar membengkokkan lututnya dan bagaimana caranya untuk duduk selepas berdiri (sebenarnya lebih sukar daripada yang anda sangka!).

Pada usia
11 bulan, bayi anda mungkin sudah mahir berdiri berseorangan, membongkok dan mencangkung. Dia mungkin akan berjalan sambil memegang tangan anda, namun dia tidak akan berjalan seorang diri buat beberapa minggu lagi. Kebanyakan kanak-kanak membuat langkah awal mereka berjengket-jengket dengan kaki mereka terhala ke luar.

Pada usia 13 bulan, tiga perempat daripada semua kanak-kanak sudah boleh berjalan sendiri – walaupun terhuyung-hayang. Jika anak anda masih berjalan berpaut pada perabot, ianya hanya bereti ia akan mengambil sedikit masa lagi sebelum dia berjalan sendiri. Sesetengah kanak-kanak tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan, atau lebih lambat lagi.
Apa perkembangan seterusnya
Selepas langkah pertama ke arah berdikari, kanak-kanak akan mula menguasai tujuan lebih mendalam erti mobiliti:

• Pada usia 14 bulan, anak anda patut berupaya berdiri bersendirian, boleh membongkok ke bawah dan berdiri tegak semula, dan mungkin sudah mula belajar berjalan berundur.

• Biasanya kanak-kanak pada usia 15 bulan sudah pandai berjalan dan suka menolak dan menarik mainan ketika berjalan.

• Pada usia sekitar 16 bulan, anak anda akan mula berminat menaiki dan menuruni tangga – namun dia tidak dapat menguasai kemahiran ini untuk beberapa bulan lagi.

• Kebanyakan kanak-kanak 18 bulan sudah mahir berjalan. Ramai boleh naik tangga dengan sedikit bantuan (tetapi mereka memerlukan pertolongan untuk turun tangga selama beberapa bulan lagi) dan gemar memanjat perabot. Anak anda mungkin akan cuba menendang bola, tetapi tidak akan selalu berjaya, dan mungkin dia juga suka menari jika anda pasang muzik.

• Pada usia 25 atau 26 bulan, langkah anak anda akan menjadi lebih sekata dan dia akan dapat berjalan menggunakan pergerakan lancar golekan tapak kaki dari tumit ke jari kaki yang digunakan orang dewasa. Pada usia ini juga dia akan lebih mahir melompat.

• Apabila harijadi anak anda yang ketiga sampai, kebanyakan pergerakan asasnya sudah menjadi kebiasaan. Dia tidak lagi perlu memfokuskan tenaganya pada berjalan, berdiri, berlari atau melompat, tetapi sesetengah aksi, seperti berjengket atau berdiri atas sebelah kaki, mungkin masih memerlukan konsentrasi dan usaha.
Peranan anda
Semasa bayi anda belajar berdiri, dia mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil anda, jangan hanya mengangkatnya dan letakkannya terduduk sahaja. Sebaliknya, tunjukkan cara bagaimana membengkokkan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh, dan biarkan dia mencubanya sendiri.

Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan dengan berdiri atau melutut di depannya dan menghulurkan tangan anda, dengan memegang kedua-dua tangannya dan menjalankannya ke arah anda, atau dengan membeli sebuah mainan yang dia boleh pegang dan tolak supaya berjalan (dapatkan mainan yang stabil dan bertapak sokongan luas).

Oleh kerana
walker bayi terlalu mudah digerakkan, ianya akan menghalang otot paha anak anda berkembang dengan betul, jadi sesetengah pakar tidak menggalakkan penggunaannya.

Anda juga boleh tangguhkan memakai
kasut sehingga bayi anda sudah selalu berjalan di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk; berkaki ayam menolong memperbaiki keseimbangan dan koordinasinya.

Seperti selalu, pastikan bayi anda ada persekitaran yang lembut dan selamat untuk memupuk kemahiran barunya. Ikuti garis panduan biasa
menjadikan rumah selamat untuk kanak-kanak dan jangan biarkan bayi anda tanpa pengawasan, sekiranya dia terjatuh atau memerlukan pertolongan anda.


 ** chaiyok sayang mama.... mama sentiasa sokong sayang untuk berjalan....

Selasa, 7 Jun 2011

contest 'anak ayah'

** contest ni dianjurkan sempena busday suami tuan punya blog
jom pakat ramai2 join... klik SINI

**********************************


*** Ni anak mama Muhammad Irfan Danish n babahnya Mohd Safrizan... dua orang ni la jantung hati mama, kesayangan mama n kebahagiaan mama... mama tangkap gambar nih time mama sekeluarga g perhimpunan hari belia di putrajaya baru2 nih...



Cutest Baby Smiling Contest

*** Contest nih dianjurkan oleh blog SINAR RAUDAH
 
jom pakat2 join contest nih... klik SINII YERR

**********************************************

ni gambar sayang mama yang mama pertaruhkan...gud luck cayang....



nama anak: MUHAMMAD IRFAN DANISH BIN MOHD SAFRIZAN
umur anak: 9 BULAN
nama ibu: NURUL HANIS BINTI ZURAIDI

Isnin, 6 Jun 2011

Contet Baby Bajet Comel

cepat2!!! contest ni buka hanya 5 hari ja... nak join klik SINI

***********************************

ni gambar anak mama yang bajet comeyy... wah...
** anak mama yang baru ja masuk 9 bulan ni bernama Muhammad Irfan Danish... Dialah satu2nya permata hati mama n papa.... Moga Irfan jadi anak yang sentiasa menjadi kebanggaam mama dan papa...amin...

mama nak TAG: faishaluvnurrfatihah
                      babyrayyan
                      masduranisaqaseh



Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers