Jumaat, 17 Jun 2011

Selamat Hari Bapa Abah..

Abah,
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Kedapatan seorang ayah sepertimu.

Abah,
Kehidupanku terasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Kami adik beradik mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Kami adik beradik mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Kami adik beradik mengenali Allah Yang Maha Esa.

Abah,
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.

Abah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.

p/s Selamat Hari Bapa buat ayahandaku yang dikasihi Zuraidi bin zainal Abidin. Tidak lupa juga buat bonda yang sentiasa di hati ini, terima kasih kerana sudi memelihara dan bersusah payah membesarkan daku serta adik-beradik yang lain sejak kami kecil hinggalah dewasa. Budi kalian berdua tak mungkin daku lupakan sehingga ke akhir hayat. Selamat Hari Bapa juga buat suamiku... Moga sayang sentiasa menjadi Bapa yang hebat kebanggaan mama dan anak2 kita...

*************************************************** 

Antara BAPA2 di dalam hidupku yang amatku sayangi di dunia ini...


 Abah mama yang sangat mama sayangi. Syukur padamu ya Allah kerana engkau memberi abahku untukku... Sihatkanlah badannya, Panjangkanlah Umurnya, Bahagiakanlah hidupnya dan rahmati abahku sentiasa Ya Allah...amin


Suamiku yang sangat bertanggungjawab... Mama sayang sangat pada papa... Mama bersyukur sesangat kerana dijodohkan dengan papa... Moga rumahtangga kita sentiasa bahagia dengan anak kita, dirahmati Allah, diberkati Allah, dan kekal hingga keakhir hayat amin...


Bapa mertua mama... Seorang bapa yang sangat baik hati dan penyayang... Moga hidupnya sentiasa bahagia, dirahmati allah dan dipanjangkan umurnya...amin...

Tiada ulasan:

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers