Isnin, 1 Ogos 2011

Bayi 10 bulan mati digilis bapa



Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan maut selepas tidak sengaja digilis kenderaan yang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi ketika keluarga mangsa, Nuramni Atirah Che Pauzi bersiap untuk keluar membeli kelengkapan menyambut Ramadan.

Bapa mangsa, Che Pauzi Mamat, 44, berkata beliau memanaskan enjin kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alzanya dan sama sekali tidak menyangka anak tunggalnya mengekori di belakang.
Beliau berkata sambil menunggu isterinya, Noraini Othman, 38, bersiap, beliau keluar dari rumah untuk memanaskan enjin dan menyangkakan anaknya itu berada bersama ibunya.

"Selepas memanaskan enjin kira-kira 15 minit, saya terus mengundurkan kereta namun tiba-tiba saya dengar jiran yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu yang anak saya ada di bawah kereta," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Che Pauzi, yang bertugas sebagai pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkata beliau terus melihat di bawah kenderaan dan terkejut apabila melihat anaknya tersepit di bawah tayar depan sebelah kiri kenderaan.

Bagaimanapun, katanya anaknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan menerima laporan kes itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



P/S: Aduhai... mama sungguh touching kalau ada berita camnih... bukan apa, mama tak dapat bayangkan kalau benda ni berlaku pada mama (nauzzubillah, jangan la jadi kat mama...amin).... mama x tau nak hadapi camna.... (serta merta rasa rindu sesangat kat irfan)


PERKARA YANG MAMA HERAN
- budak ni merangkak sampai keluar umah ka? takpon dah pandai berjalan? 10 bulan baru...
- napa pintu depan umah, bapanya x tutup (ini diklafikasikan sbg kecuaian kn?)

* apapon benda nak jadikan? dah ajalnya macam tu... Al-Fatihah pada si mati....

**************************


5 ulasan:

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ berkata...

al-fatihah!

sedeynye... anak tunggal plak tu.

~tersentap jap td bace briter ni... sbb kelmarin x bace pape...

mama irfan berkata...

tu la... sedih sangat baca cita nih...

mimie.. berkata...

yaAllah..baya qalesya..
kesiannya..tersentap kejap baca berita tu...
yaAllah.tabahkanlah hati ibu dan bapa nya..aminn..

mama irfan berkata...

amin...

dah la nak dekat raya lak tu...


harap ibu bapa sentiasa redha n tabah...

Qaseh berkata...

ya Allah,,,,sedihhh...
Al-fatihah....

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers