Selasa, 12 Julai 2011

KAEDAH MERANCANG KEHAMILAN..apa pilihan korang??




 
mama skang ni pilih cucuk 3 bulan sebab mama menyusu... mama pernah cuba pil, tapi susu badan tersangatlah kurang sampai anak mama nangis x cukup susu... mama try baru 1 biji dah dapat kesan yang ketara sangat...so mama pon tukar kepada cucuk atas nasihat doktor.... setakat ni serasi la ngan mama, air susu pon macam biasa, orang cakap muka akan tumbuh jerawat dan naik badan, tapi mama x kena la pulak jerawat tuh tapi bab naik badan ni mmg ada kesan skit... mama sampai skang x leh turunkan berat badan..tapi x la bertambah berat badan ni..hehe... mengenai period pulak mmg ada kesan pada mama... period mama selalu datang sket sangat... kepada suma mummy or nakal mummy, pilih la kaedah perancang ikut kesesuaian n kos korang...huhu...

 
p/s ni mama share sket kaedah2 perancang selain pict di atas

 
************************************

 

 
Mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, alat, ubat-ubatan atau prosedur pembedahan. Pencegahan kehamilan membolehkan anda menikmati kehidupan seksual tanpa perlu bimbang tentang kehamilan. Hasil kajian dan penemuan perubatan kini terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan. Anda perlu mendapatkan nasihat pakar kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada keadaan kesihatan, kehidupan sosial dan jarak kandungan. Semua kaedah mencegah kehamilan adalah berkonsepkan untuk menghalang persenyawaan dan penempelan embrio.
Berikut merupakan antara senarai pencegahan kehamilan yang terdapat di pasaran;
5.   Topi serviks
6.   Diafragma
9.   Megikat tiub

 
1. Pil pencegahan kehamilan

 
Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:

 
(i) Pil pencegah hamil campuran
- Pil pencegah hamil ini mengandungi estrogen sintetik dan progestrogen (hormon yang berfungsi seperti progesteron).
- Ia menghalang ovulasi dan menyebabkan dinding endometrium menjadi nipis supaya embrio tidak dapat menempel. Selain itu, mukus di serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke ruang dalam uterus.
- Ianya mungkin menyebabkan haid yang pendek dan sedikit.
- Ianya mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan kenaikan berat badan pada awal penggunaannya.
- Ianya mesti diambil pada masa yang sama setiap hari berterusan sehingga 21 hari diikuti 7 hari rehat (haid akan keluar semasa tempoh rehat). Selepas 7 hari rehat, kitaran baru pil dimulakan.
- Pil pencegah hamil ini boleh dibeli di mana-mana farmasi atau klinik
-  Contoh-contoh: Nordette, Microgynon, Marvelon, Mercilon and Gynera.
- Peratus kegagalan: 0.1%

 
(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)
- Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron
- Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal. Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi.
- Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap. Ini menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil.
- Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan jika dibandingkan dengan pil campuran.
- Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti.
- Peratus kegagalan: 2%

 
(iii) Pil pencegah hamil kecemasan
- Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan kaedah pencegah hamil contohnya kebocoran kondom.
- Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks.
- Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain.
- Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi.
- Contoh: Postinor
- Peratus kegagalan: 5%
- Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan  IUCD dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan.

 
2. Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)

 
IUCD adalah alat kecil (3cm panjang) yang diletakkan ke dalam rahim untuk meransang tindakbalas  keradangan di dinding endometrium supaya penempelan embrio tidak berlaku.
Waktu paling sesuai memasukkan  IUCD adalah sebaik sahaja haid berhenti, pada masa yang sama menggugurkan kandungan atau semasa pemeriksaan selepas bersalin (1 bulan selepas bersalin)
Terdapat 2 jenis  IUCD

 
(i)  IUCD Kuprum
- Ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub fallopio.
- Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan.
- Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas  dimasukkan.
- Peratus kegagalan:< 1%

 
(ii) Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System)
- Ia mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus di serviks menebal untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
- Ianya boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan.
- Kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan tidak menyakitkan.
- Peratus kegagalan: 0.1%

 
3. Implan pencegah kehamilan (Implanon)

 
Implanon adalah alat seperti batang mancis, berwarna putih mengandungi etonogerstel yang dimasukkan di bawah kulit di lengan.
Ianya dimasukkan oleh doktor terlatih dan bius setempat akan diberikan.
Ianya menghalang ovulasi, dinding endometrium menipis maka menyukarkan penempelan embrio. Mukus di kawasan serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke kawasan uterus.
Ianya boleh bertahan selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh 3 tahun, ianya mesti diganti dengan yang baru.
Aliran haid menjadi sedikit dan sakit ketika haid berkurang.
Boleh menyebabkan kitaran yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan.
Peratus kegagalan: < 1%

 
4. Suntikan pencegah kehamilan

 
Juga dikenali sebagai suntikan mengawal kelahiran.
Suntikan ini mengandungi hormon seperti progesteron yang menghalang wanita dari ovulasi (membebaskan telur yang matang).
Suntikan di berikan di punggung. Dos kedua diberi selepas 2 bulan suntikan pertama diberikan dan dos seterusnya diberikan setiap 3 bulan sekali.
Ia menjadikan aliran haid sedikit dan boleh menyebabkan haid yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan. Ini antara punca perlu menghentikan penggunaannya.
Contoh: Depo Provera
Peratus kegagalan: 1%

5. Topi Serviks

 
Topi serviks adalah sejenis getah berbentuk seperti topi yang secocok dengan serviks. Dengan ini, sperma akan di halang dari memasuki serviks.
Biasanya ia digunakan bersama dengan spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada topi serviks.
Ia perlu dikeluarkan selkurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi dan tidak sepatutnya berada dalam vagina melebihi 48 jam.
Ianya mesti dimasukkan oleh doktor.
Boleh meningkatkan risiko jangkitan serviks.
Peratus kegagalan: 20%

 
6. Diafragma

 
Diafragma adalah getah berbentuk seperti kubah yang dimasukkan ke dalam vagina supaya menutupi serviks. Oleh itu, sperma akan dihalang dari memasuki serviks.
Ia mesti digunakan bersama-sama spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada diafragma.
Ia mesti dipasang oleh doktor.
Ia perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi.
Peratus kegagalan: 20%

 
7. Kondom untuk wanita

 
Ia diperbuat daripada  (polyurethane).
Ia ditempatkan di dalam vagina supaya menghalang sperma dari memasuki rahim.
Ia juga berfungsi untuk menghalang penyakit bawaan seksual.
Lebih mahal berbanding kondom lelaki.
Peratus kegagalan: 20%

 
8. Kondom untuk lelaki

 
Diperbuat daripada getah, plastik (polyurethane) atau membran semulajadi.
Ia menghalang sperma dari memasuki vagina dan rahim.
Membantu menghalang penyakit bawaan seksual.
Peratus kegagalan: 4%-10%

 
9. Mengikat tiub

 
Mengikat tiub dilakukan untuk menyumbat tiub fallopio supaya sperma tidak boleh sampai kepada telur.
Ianya dilakukan dengan meletakkan cincin pada tiub atau memotong sebahagian daripada tiub.
Prosedur ini mengambil masa satu hari dan insisi sepanjang 1cm akan dibuat pada pusat.
Ia tidak akan menjejaskan kebolehan atau keinginan seksual.
Ianya tidak boleh dipulihkan. Anda perlu pasti bahawa anda tidak mahu anak di masa akan datang dan tidak akan berubah fikiran lagi.
Ianya dilakukan pada minggu pertama kitaran haid, 5 hari selepas pembedahan atau semasa melakukan pembedahan untuk bersalin.
Peratus kegagalan: <1%

 
10. Vasektomi

 
Pemotongan vas adalah pembedahan minor untuk menghalang vas deferens (tiub yang membawa sperma dari testis ke urethra) dengan memotong atau mengikat vas deferens.
Prosedur ini mengambil masa 1 hari dan pesakit akan diberi bius setempat.
Pesakit mungkin akan merasa sedikit sakit atau tidak selesa di kawasan skrotum selepas prosedur ini. Pemakaian seluar dalam yang lembut dan longgar dapat membantu melegakan ketidakselesaan.
Walaubagaimanapun, anda masih perlu menggunakan kaedah pencegahan kehamilan lain  terlebih dahulu  sehingga semen anda benar-benar bebas dari sperma. Analisis semen akan dilakukan 3 bulan selepas prosedur untuk melihat keberkesanan prosedur yang telah dilakukan.
Kaedah ini tidak menjejaskan keinginan dan kebolehan seksual. Isipadu semen yang dikeluarkan mungkin berkurang.
Ianya lebih murah berbanding mengikat tiub fallopio kerana komplikasinya lebih sedikit.
Ianya tidak boleh dipulihkan semula. Anda perlu pasti bahawa anda sudah tidak berkeinginan untuk mempunyai anak sebelum menjalankan prosedur ini.
eratus kegagalan: <1%

 
11. Kaedah berkala (Perancangan keluarga semulajadi)

 
Kaedah ini adalah berdasarkan teori bahawa  telur boleh disenyawakan dalam masa 24 jam selepas ovulasi dan  sperma boleh mensenyawakan telur dalam masa 3 hari selepas memasuki vagina.
Kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh wanita berusia 28 hingga 30 tahun yang mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hingga 30 hari.
Ovulasi (pembebasan telur yang matang) berlaku antara hari ke 12 dan 16 bagi wanita yang mempunyai kitaran 28 hari. Maka, kemungkinan waktu subur adalah hari ke-9 (12-3) dan hari ke-17 (16+1) kitaran. Dalam erti kata lain, anda perlu menghindari persetubuhan dari hari ke-9 hingga hari ke-17 untuk mengelakkan mengandung. (Hari pertama adalah hari pertama datang haid).
Semasa tempoh subur (hari ke 9 hingga 17) kondom boleh digunakan semasa persetubuhan.

 
Ujian yang boleh ditentukan untuk menentukan waktu ovulasi.

 
(i) Merekodkan suhu badan normal sebaik sahaja bangun tidur setiap pagi. Kenaikan setengah darjah Fahrenheit merupakan petanda ovulasi berlaku.
(ii) Melihat perubahan pada mukus serviks. Mukus biasanya kurang melekit, lebih berair dan berbau semasa ovulasi berlaku.
Peratus kegagalan: 20%

 
12. Pengunduran

 
Tekni ini memrlukan lelaki mengundurkan penis sebelum ejakulasi, oleh kerana lelaki berejakulasi di luar vagina maka, semen tidak memasuki vagina.
Kaedah ini memerlukan kawalan yang baik oleh lelaki.
Kegagalan boleh berlaku sekiranya lewat mengundurkan penis kerana cecair pra ejakulasi juga mengandungi sedikit sperma.
Sesetengah lelaki mungkin tidak menggemari kaedah ini kerana berlaku gangguan sebelum mencapai klimaks.
Peratus kegagalan: 20%

 
13. Menyusukan

 
Menyusukan bayi anda boleh mencegah kehamilan kerana ia melambatkan ovulasi dan haid.
Ianya berkesan sekiranya anda menyusukan bayi anda sepenuhmya (tanpa sebarang makanan tambahan kepada bayi anda) untuk 6 bulan pertama selepas bersalin dan sebelum datang haid kembali.
Ianya tidak berkesan selepas 6 bulan apabila bayi anda sudah mula mengambil makanan pepejal.  

 

 

 
********************************




10 ulasan:

mRs.fAriDnAnA berkata...

salam...

nana pun guna cucuk 3 bulan...baru lagi next kne cucuk lg bulan nih tp sentiasa ade darah tiap2 ari tp sikit...leceh juga rasanya

mama irfan berkata...

w,salam... saya pon kena cucuk lagi bulan nih...huhu... a,ah memang period kerap gak... tapi x la smpi hari2.. tu pon rasa leceh gak..aduhai.... nak tukar len takut effect susu badan... sabor ja la...

N i e Z a berkata...

oh..ingatkan klu kita breastfeed sepenuhnyer..x kira la baby tu dh start mkn ke lom..still xleh ngandung..rupenyer sebaliknyer..hehehehhe..info yg bagus ni...tq..

mama irfan berkata...

a,ah... so amik la perisai...huhu...

Papa Mifz berkata...

papa mifz & wife hari tu decide buat yg implan kat lengan tuh...jarum dio x hengat besau wor....huhu expired after 3 tahun...

mama irfan berkata...

dulu pon rasa cam nak amik implan gak tapi jarak sampai 3 tahun tu yang lama sangat...kalu buang awal rasa rugi plak, kalu tunggu sampai habis, tera hormon nak stabil lagi, ingat anak umur 5 tahun baru kuar adik apa... x mo la...lama sangat tuh...huhu

mRs.fAriDnAnA berkata...

mcm nana memang ari2 ade tp xbyk mst kuar sekali or dua kali sehari...tpaksala pakai pantyliner slu...leceh betul...

mama irfan berkata...

owh camtu... payah la kn nak solat...huhu.

atie zaim berkata...

mama sy baru nak amk tp sy keliru yg mne 1 sbb sy msh menyusu kan ank..pe cadangan mama ye??

atie zaim berkata...

mama sy baru nak amk tp sy keliru yg mne 1 sbb sy msh menyusu kan ank..pe cadangan mama ye??

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers