Jumaat, 22 Julai 2011

Tips Memilih Susu Formula

babymilk1

Makanan yang terbaik untuk bayi adalah susu ibunya. Susu ibu sememangyang yang terbaik untuk pemakanan bayi. Namun tidak semua bayi boleh menerima susu ibu sewatu umurnya 6 bulan ke atas. Kadang-kala mereka sudah tidak mahu lagi menerima susu dari ibunya.

Lebih-lebih lagi bagi ibu yang berkerjaya. Pemberian susu bayi amat terhad. Si ibu perlu memerah susu dan simpan di dalam botol. Lama kelamaan bayi agak sukar untuk menerima susu ibunya. Tambahan pula ia sedikit menyukarkan si Ibu untuk memberikan susu kepada bayi mereka.

Jadi langkah yang terbaik ialah menggantikan susu formula kepada bayi. Perkara pokok yang sering menjadi tanda tanya kepada ibu, apakah susu formula yang sesuai dan terbaik untuk bayi mereka. Tips memilih susu formula di bawah mungkin boleh membantu.

1) Sila dapatkan nasihat atau konsultasi daripada doktor. Setiap pencernaan bayi berbeza. Jadi dapatkan nasikat doktor mengenai susu formula yang sesuai untuk bayi mereka.

2) Pilih susu formula yang berkhasiat. Berkhasiat bermaksud, cukup segala kandungan nutrisinya yang boleh membantu kepada perkembangan bayi. Susu formula yang mahal kebiasaannya mempunyai khasiat yang tinggi. Tetapi susu formula yang murah juga tidak kurang hebatnya. Utamakan langkah yang pertama untuk memastikan kesesuaian kepada bayi anda.

3) Beli susu formula mengikut kesesuaian umur anak anda. Setiap susu formula di datangkan dengan kesesuaian bayi. Ia amat penting dalam proses pencernaan bayi anda.

4) Hati-hati ketika membeli susu formula. Perkara yang paling utama, pastikan tarikh tamat tempohnya. Dan pastikan juga tarikh pengeluarannya. Pilih tarikh pengeluarannya tidak terlalu jauh dengan tarikh anda membeli susu formula untuk bayi.

5) Pilih susu formula yang sesuai untuk budget ibu dan ayah bayi. Jangan terlebih budget untuk membekalkan susu formula kepada bayi. Takut ia akan membebankan pasangan ibu dan ayah si bayi.

6) Jangan selalu berganti susu formula. Sering menganti susu formula mungkin akan menjejaskan proses pencernaan bayi. Ia juga akan menyebabkan bayi akan merasa tidak selesa dengan proses pertukaran susu formula.

Di harap tips di atas sedikt sebanyak dapat membantu ibu dan ayah memilih susu formula yang sesuai untuk bayi mereka. Pastikan keutamaan pada tips yang pertama. Ianya amat penting untuk memastikan bayi selesa meminum susu formula yang di berikan kepada mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Antara Susu Formula di pasaran - Irfan skang ni minum Enfapro A+ campur breasfeeding

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


2 ulasan:

hamzah ian berkata...

bagus info ni. hehe

Slamet Riyadi berkata...

terima kasih artikelnya. pertimbangan saya dalam memilih susu formula jadi lebih jelas

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers