Khamis, 25 Ogos 2011

Contest Muka ayu tanpa ber-mekap

~nak join sila klik banner~

ni gambar yang mama pertaruhkan
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~muka poyo kan? actually gambar ni member mama amik, (dia nak tegelak tengok muka mama yang poyo tuh)... time ni mama ada kursus, tengah sedap tido member kejut tanya mama x g perbincangan group ka? mama dengan kelam kabutnya, mekap pon tidak, muka pon x basuh (x da air liur basi k), sarung baju+tudung terus gerak (takut kena denda kalu lewat)~


ni bukti muka mama tanpa make-up (yang penuh jerawat time tuh).... uwaaa malunya....



mama nak TAG:
*korang join tau

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Persediaan Penyusuan Susu Ibu

 
Persediaan awal
  • Sebelum kelahiran
  • Semasa kelahiran
  • Selepas kelahiran
Sebelum kelahiran
  • Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami
  • Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
  • Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu atau ibu anda untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
Semasa melahirkan
  • Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
  • Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
  • Menyusu mengikut kehendak.
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
  • Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
  • Tiada puting tiruan.
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.
 Sumber Kementerian Kesihatan
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 

Tukar Duit Baru Dah Habis!!!!!

~bukan duit mama yer~

Salam Ramadhan Sumer... Korang dah tukar duit raya x g? Kalu x, baiklah bertindak skang (kalau masih diterima la).... Pagi tadi, dengan rasa semangatnya minta izin dengan bos untuk kuar opis jap.. Mama kuar ngan 3 orang budak opis mama (padahal sorang ja pon yang nak g tukar duit...hehe)...

Perjalanan kami mula2 ke presint 2 iaitu Affin Bank... Katanya duit baru dah habis, OTW nak ke bank lain, kami hantarkan balik sorang member mama K.mas.. Katanya dia nak balik umah... Tanpa disedari (ayat x bleh blah..huhu) Kami sumer terjoin lepak umah k.mas... Dekat sejam lebih la jugak kami lepak, baru tersedar tujuan utama (nak cari duit baru) x settle lagi....

Kami pon gerak pulak ke Presint Diplomatik... 2 bank kami singgah iaitu Publik Bank n Bank Rakyat (Bank Muamalat x pegi sbb member gtau dah cnfrm abis) pon habis jugak...hati mula Resah, kami suma gerak pulak ke Alamanda dengan harapan orang mai alamanda nak g shoping jer... bukan nak g bank, rupanya sangkaan tuan hamba meleset gak... aduh... bayar parking tiket, kami gerak la nak balik opis... time tu kul 12.30..

OTW nak sampai opis, kami baru teringat time ni kereta banyak kuar, (memang conform kami x leh masuk parking punya sebab laluan sempit nak ke tmp parking)... Tuan punya keta a.k.a k.Ros pon teruskan panduan,sengaja untuk melengahkan masa... kami pon gerak ke presint 2 balik... mama teringat yang tadi kami ke presint 2 x singgak pon ke Maybank (padahal bos mama ada kata, maybank mungkin ada lagi duit tukar)...

Alang2 ronda area Maybank, kami pon cuba nasib lagi, rupa2nya memang ada lagi... masalahnya maybank hanya buka permohonan tukar duit raya dari pukul 9-12 pm.... Mama tengok jam skang pukul 1.30p.m.... Korang sakit hati x? haishhh rasa rugi ja dari td x singgah skali maybank.... padahal dah dekat dah tu ngan Affin Bank... alamatnya, sok kena kuar lagi skali la ke Maybank (hanya tu ja pilihan yang ada)...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Diet Harian Yang Perlu Diambil Untuk Menjadi Manusia Tergemuk di Dunia

Susanne Eman Casa Grande, berasal dari Arizona-kini seberat 720 paun- berharap untuk menjadi wanita paling gemuk sepanjang zaman dan mengatasi rekod wanita tergemuk sebelum ini yang memiliki berat 1600 pound.  
 
 


 

Berikut adalah apa yang Susanne makan setiap hari untuk cuba memecahkan rekod itu. Ia adalah menu dengan jumlah kalori 21962 kalori sehari! Kenapa dia melakukan ini? Kerana dia dianggap sebagai wanita 'paling hot' oleh komuniti SSBBW (Super-Size Big Beautiful Woman).

Sarapan Pagi

6 Scrambled Eggs Cooked In Butter=468 cal.

Half Pound Of Bacon=1,168 cal. 

4 Hash Browned Potatoes=672 cals. 

6 Pieces Of Buttered Toast=600 cals. 

Ice Cream Shake=1,160 cals. 

Bag Of Animal Crackers=1,950 cals. 

2-Liter Of Soda=800 cals. 

Bag Of Barbeque Chips=1,650 cals. 
 
 3 Ham And Cheese Sandwiches=1,576 cals.


Makan Tengah Hari

3 Beef, Bean And Green Chili Burritos With Sour Cream=1,453 cals. 

Salad With Bacon, Cheese And Chicken=1,479 cals. 


Makan Malam
12 Tacos=4,906 cals.

2-Liter Of Soda=800 cals. 

8 Scoops Of Ice Cream=2,080 cals. 

Pan Of Brownies=1,200 cals. 


JUMLAH KALORI SEHARI : 21,962 CALORIES


Gila! Ia memang satu kegilaan yang GILAAA!
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Rabu, 24 Ogos 2011

Makanan yang perlu Dijauhi.

 Makanan yang perlu Dijauhi..



Soda
Diet soda mempunyai pemanis buatan yang umumnya melemahkan tubuh dan sistem kekebalan tubuh, dan bahkan boleh melambatkan metabolisme korang

Salad Dressing.
Kami selalu dgr orang kata makan salad bagus tapi masalah nya kebanyakkannya campur ngan salad dressing macam long island tu,mmg sedap.rasa salad dressing tapi mengandungi rasa kimia yang telah dikaji menyebabkan kenaikan berat badan yang melampau pada tikus makmal.

 Makanan bergoreng.
Alasan utama makanan digoreng sangat tidak sihat kerana banyak kali minyak yang sama digunakan semula banyak kali seperti dengan kerepek kentang atau goreng pisang. Ini kembali digunakan-terus-menerus dari minyak mencipta trans-lemak yang tidak sihat.

Marjerin. 
Banyak orang menganti mentega dgn Marjerin kerana berfikir itu adalah pilihan yang sihat, tapi ini salah. Marjerin adalah buatan manusia dihidrogenasi minyak dan mengandungi lebih bnyk lemak tepu yang sebenarnya lebih buruk 

Ikan. tinggi Mercury
Mercury telah menjadi perhatian kesihatan yang serius akhir-akhir ini, dan sebahagian besar konsumsi merkuri kita berasal dari ikan. Beberapa ikan mempunyai kadar merkuri lebih tinggi daripada yang lain, Ikan dengan tahap tertinggi merkuri termasuk yu, ikan todak, makarel raja, dan tilefish. Lebih2 lagi utk wanita hamil mesti menjauhi makanan tersebut.
  
Fast food
fast food makanan sangat tidak sihat adalah kerana makanan yang diproses yang tidak memiliki nilai gizi dan juga fast food yang sarat dengan bahan aktif berbahaya dan bahan kimia

Makanan Fat Free
Banyak makanan di supermarket sekarang diiklankan sebagai bebas lemak, tapi ini tidak selalu sehat. Sebahagian besar fat free telah mengambil lemak mereka menggantikannya dengan gula halus dan flavorings lain. Selain itu kalori yang hampir sama kerana hanya menggantikan gula tambahan lemak.

Sayuran Juice 
Ini mungkin kelihatan seperti pilihan yang jelas untuk minum yang sihat, tetapi hal ini tidak bagus dari kebenaran. Dengan membeli jus sebenarnya penuh dengan garam dan rasa buatan, yang buruk biasanya lebih besar daripada yang baik. Juga, kebanyakan jus proses pempasteuran yang menghancurkan sebahagian besar manfaat kesihatan dan kemudian letak di rak selama berminggu-minggu sebelum korang meminumnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bahaya Plastik Terhadap Makanan & Minuman

Salam Semua. Hidup kita sekarang ini boleh dikatakan setiap hari kita mengunakan barangan yang diperbuat daripada plastik. Barang-barang penggunaan seperti peralatan rumah, alat tulis dan barang perhiasan memang bagus digunakan kerana ia ringan dan murah. Tetapi bagaimana barangan plastik yang melibatkan makanan dan minuman.Apa yang membahayakan kita adalah kesan penggunaan plastik itu terhadap kesihatan kita.
Mari kita kaji serba sedikit apa kod kandungan yang terdapat di dalam plastik.


1. PETE (polyethylene terephthalate)
Keadaannya yang jernih dan boleh dilihat isi kandungannya ,selalunya digunakan untuk botol plastik seperti botol air mineral atau botol air gas. Bahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja,kadang-kadang di rumah, kita akan menggunakan semula botol tersebut dengan menambahkan air suam kedalamnya,ini boleh memberi kesan jangka panjang seperti kanser.

2. HDPE (high density polyethylene)
selalunya digunakan pada botol susu yang berwarna putih susu. Apabila kita hendak beli botol susu digalakkan lihat dahulu kualiti dan jenis botol susu itu, kalau boleh yang disahkan keselamatan penggunaannya.

3. V atau PVC (polyvinyl chloride)
digunakan pada plastik pembungkus dan botol-botol ,ia akan menyerap pada makanan jika dipanaskan. PVC berpotensi mengakibatkan kesan bahaya pada ginjal dan hati.

4. LDPE (low density polyethylene)
biasanya digunakan untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembek. Barang dengan kod 4 tidak dapat di hancurkan tetapi baik untuk tempat menyimpan makanan.

5. PP (polypropylene)
adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk meletak atau menyimpan bahan makanan dan minuman .biasanya boleh didapati pada botol transparen yang tidak jernih .Kita digalakkan mencari simbol seperti ini apabila membeli barangan buatan plastik.

6. PS (polystyrene)
Kebanyakkannya digunakan sebagai bahan membungkus makanan, Bahan Polystyrene boleh memresapkan styrine ke dalam makanan. Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem saraf. Pengunaan polystrene di dalam Negara kita terlalu banyak, jikalau kita ke restoran makanan ,kebanyakkan makanan akan dibungkus didalam bekas polystrene, jadi sukar untuk kita membendungnya, kalau tidak kita masak sendiri saja dirumah atau bawa bekas makanan ke sana..hehe

7. Other (biasanya polycarbonate)
Polycarbonate  boleh mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosak sistem hormon. Kita digalakan menghindari bahan plastik Polycarbonate.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Jadi Nasihat dari mama sebelum membeli barang-barangan diperbuat daripada plastik untuk digunakan pada makanan atau minuman,terlebih dahulu kita periksa kandungan kod plastik tersebut, kalau nak lebih baik hindari dari mengunakan barang-barang plastik terhadap makanan dan minuman kita supaya kesihatan kita sekeluarga lebih terjamin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 





Wordless Wednesday~Irfan Demam


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Persediaan Raya.. Korang Over Bajet X?


Salam Ramadhan...Brapa balang korang beli kuih untuk raya tahun ni? Mama sket ja beli kuih iaitu 3 jenis ja (tapi cnfrm sedap punya la...)...pastu mama beli popia (tu pon sebab k.mas paksa..geram tul..huhu..ingat nak hadiahkan kat pengasuh irfan la...) suma tu x sampai seratus ringgit...Sedap punya pasal, satu jenis kuih dah tinggal setengah balang ja..uhu... pagi tadi terjumpa member mama di tmp parking, tengah bawak bungkusan yang banyak... silap mama la jugak pegi tegur dia, dah kena beli satu kat dia (muruku)...aduh... x beli segan plak.. dah la lama lagi perjalan nak sampai opis... x kan wat donno pulak... mama pejam mata ja la... harap2 sedap la... sebab dia kata, asalnya dia x jual pon, just bagi member makan, pastu suma member dia pakat order... sekali pengarah dia pon order jugak...sedap la kot no.....

niat mama nak beli lagi sebalang kuih la... nak bagi kat pengasuh mama.. kesian la pulak kat dia dok cita kat mama kuih x sempat nak wat... nanti dia nak g beli kuih yang murah2 ja la...kalu korang, sampai hati x dengar camtu? huhu... tu masih dalam pertimbangan... kalau ada bajet lebih, ingat nak beli la gak satu kat dia (bukan apa, mama dah beli siap kat dia sebalang popia n kain batik dah kat dia, tup2 dia buka cita sal kuih raya.... kalu tau, awai2 lagi order kuih, x yah beli benda lain)

mama x pentingkan sangat kuih raya ni..huhu... tapi bab baju raya, memang mama dah lari bajet... tapi x terasa sangat la sebab mama beli dari bulan 7 lagi... tapi bila kira2 balik,huh...... nak tau, mama punya baju kurung dah 6 pasang! (bukan tamak k! tapi x sedar baju rupanya dah beli banyak..ehe), x campur lagi baju nak jalan2... kasut...tudung.....

baju irfan lagi la... baju kemaja dia ja dah 3 pasang, romper 2 pasang, t shirt 3 helai, baju melayu... x masuk lagi seluar n kasut dia... huhu... yang lawaknya....kalu mama sebut ja nak beli baju irfan, mesti suami mama tegur, "baju irfan nak beli watpa lagi, dah banyak baju dia kat umah tuh x pakai lagi" hehe.... trus ja cakap ooh lupa...tapi kadang2 dia sendiri yang soh beli... grrrrr....

paling lawak time shoping baju raya suami mama.... dia cakap nak beli sendiri tahun ni sebab dia dah ushar dah kat area tempat keja dia..dia cakap nak beli yang murah2 ja... skali dia tepon mama cakap dah beli dah... mama tanya la brapa? skali bapak punyai mahal... mama tanya la napa mahal sangat.. tau kenapa? sebab dia nak cukupkan 300 untuk dapatkan payung jenama tuh(payung tuh memang cantik la... siap ada sarung ala2 samurai lagi.. tu yang dia berkenan kot)..aduhai... nak tergelak pon ada... memang over bajet la tahun ni bab baju raya...kah..kah..kah...

tahun ni bertambah bilangan ahli... so... bertambah la bajet untuk duit raya... setakat ni mama x p tukar lagi untuk duit raya.... bajet raya memang siap2 husband mama asingkan.. takut x cukup pulak.. almaklumlah keluarga belah mama n suami mama besar... x masuk lagi sepupu.... tok.....kalu raya buat tiap2 bulan, memang bankrup la..ehe

Dah jadi tradisi mama n suami mama suka belikan pakaian raya untuk mak n abah kedua belah, nenek suami mama (sebab belah mama dah x da tok  dah...uhu),dan untuk anak sedara (seramai 4 orang)... Semua pakaian raya mama yang pilih melainkan pakaian untuk nenek,suami mama yang belikan... asalnya memang mama nak beli, tapi x jumpa lagi jubah yang sesuai untuk dia.. last suami mama yang jumpa...(beli pulak saiz kecik... nasib la leh tukar saiz.. tu la time beli x mo tanya mama dulu..huhu)... yang happynya time nak bagi la... senyum lebar ja semua... bahagianya..... biar habis duit demi untuk kebahagiaan orang yang tersayang di hari raya..

Raya kali ni mama buat skali birthday party irfan di kampung (semua ahli blogger jemput datang ya)... Mama buat pada 5 syawal.. aduh bertambah bajet yang sedia x cukup tuh.. huhu....(pada papa, thanks ya support..ekeke). dah tradisi family belah mama akan buat open house time raya, so birthday party dia merangkap open house la... hehe.. cuma lebih sket dari open house yang biasa....Mula dari skang mama dah prepare sket2 dah persiapan untuk majlis ni... Katering mama dah tempah.... baju khas untuk irfan mama dah beli... Hadiah? Mungkin lambat sket kot untuk irfan (Sory ya anakku..Dah x cukup bajet nak beli yang special khas buat sayang.. tapi mama janji mama akan beli jugak....)

Ringkasnya memang raya tahun ni, kami sekeluarga raya sakan la..uhu....X sabar nih nak balik kampung... Makkkkkk... Abahhhhh... Tunggu cek na....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








Selasa, 23 Ogos 2011

Nabila Mahu Bercerai?


“Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya,” kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.

Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Katanya, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

“Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati.



Sumber: Lulupage

P/S: masih ada lagi kisah cerai brai ni di bulan yang mulia...diharapkan mereka berbaik semula demi anak...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Emas dan Perak yang diwajibkan zakat


Emas dan perak


adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.
Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

DALIL WAJIB ZAKAT
 
Firman Allah s.w.t:

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
(Surah At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
(Hadis riwayat Abu Hurairah)
 

 KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK

 
Emas Perhiasan Wanita
Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
Contoh:
(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

 
Emas Yang Disimpan
Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
Contoh:
Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112
 
Perak
Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
Contoh:
800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

 ~ Kalkulator zakat emas dan perak: KLIK SINI

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Irfan Demam + Amik Darah

Rasa cam risau sangat bila anak demam.. Irfan dah 3 hari demam (malam ja pulak tuh),.. bila pagi dia ok balik, tapi pagi tadi mama dah x leh duduk diam... takut malam nanti dia demam balik, (mana nak tau makin panas ka)... Bukan apa, ubat demam dia dah lama expired (cuz lama gak dia x demam)..Takut malam ni dia demam lagi panas, nak cari ubat kat mana pagi2 buta.. Tu yang mama nekad nak pergi jugak klinik walaupon irfan demam x teruk sangat... lepas ja habis sahur, siapkan makanan n pakaian irfan untuk pengasuh, pukul 7.30 pagi mama gerak ngan irfan g klinik... nasib kami baik sebab kejap ja tunggu untuk daftar... bila ke kaunter saringan, dia tanya mama nak amik darah tak sebab dah lebih 3 hari irfan demam, mama kata x yah la (dalam kepala masih teringat-ingat time irfan amik darah ari tu, fobia mama.... ) dulu irfan demam 4 hari x kebah, trus kena amik darah, yang mama kesalkan, nurse yang menjalankan tugas untuk amik darah sangat la x cekap...  bayangkan 2 kali tangan kanan, 2 kali tangan kiri, darah irfan masih x cukup (kuar sikit ja), pastu last nurse terpaksa amik kat kaki... rasa cam nak lempang ja nurse tu wat kerja camtuh... irfan meraung x ingat dah... nangis??? mama tahan ja la sebab ramai sangat keliling mama n irfan sebab terpanggil dengan teriakan irfan yang nyaring (dah 5 kali cucuk siap godek2 lagi jarum tu kat tangan dia untuk cari urat, awat lak x nangis budak tuh)... kuar ja makmal darah, mama trus tpon suami mama cerita sambil mula sebak dengan perbuatan nurse tuh yang x cekap langsung...

Pagi tadi time nak tunggu jumpa doktor, mama tpon husband mama gtau yang mama x mau amik darah irfan.. bagi mama irfan demam x la panas mana, around 37 celcius ja... lagipon irfan masih aktif, x lemah pon.. tapi husband mama bising2 suruh g amik darah jugak, takut demam dia melarat, jadi satu kerja nak mai balik amik darah.... mama pon p la balik kaunter saringan minta petugas di situ masukkan nama irfan kat makmal untuk amik darah... mama lalu di bilik doc, tengok nama irfan dah kena panggil.. pejam mata ja la sebab mama kena amik darah dulu... (kalu x dah lama siap jumpa doc dan balik umah...)

Sampai ja makmal darah, dah satu keja pulak nak scan nama pastu tunggu giliran (dalam hati rasa nyesal dari td x mo amik darah.. dah kena que semula dengan orang yang baru sampai padahal mama dah lama sampai)... Sempat mama g bilik penyusuan untuk susukan irfan dulu sebelum giliran irfan dipanggil untuk amik darah... Time amik darah, tragedi lama berulang lagi... 2 kali tukar jarum dan 2 kali tukar nurse untuk amik darah irfan.... Mula2 tangan belah kanan, x mo kuar darah (kuar setitik dua ja)... pastu tukar blah kiri, jenuh misi tu picit tempat jarum tu dimasukkan untuk kuarkan darah... Sebak ja mama bila tengok irfan meraung camtu... Tambah2 bila nurse tekan kat jarum tu untuk kuarkan darah... Kedua2 belah tangan irfan habis lebam kesan jarum tersebut.. aduhai....

Nasib hasil ujian darah ni mengatakan memang ada infection @ virus dalam badan (tu yang menyebabkan irfan demam tu)... kalau tak, rasa bersalah yang amat untuk anak mama sebab benarkan untuk amik darah.... Moga Irfan cepat sembuh dan kembali cegas seperti sediakala...amin....

Pendapat mama, sediakanlah seorang nurse yang berpengalaman dan cekap untuk menguruskan kes2 macam budak2 ni.. kesian la kat budak2.. mereka pon tau sakit jugak.. sedangkan kita yang besar pon takut nak amik darah, tambah pulak budak...



~Irfan lekas sembuh ya anakku~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tips Elak Bayi Tersedak Susu

Salam Semua.. Sejak akhir-akhir ini banyak kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekelilingnya menjaganya..

Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut. sumber dari Metro ini mama ringkaskan untuk anda semua.


Sebab-sebab bayi tersedak susu
  • Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.  
  • lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. 
  •  Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
  • Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah

    Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.
    • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
    • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
    • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
    • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
    • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

      Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu

      •  Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.


      • Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar ,
      • dalam keadaan duduk menghadap kehadapan
      • tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan


      •  Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan.
      • Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

      Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa  tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi kasih sayang yang sempurna.
      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
      sharing is caring
      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

      Isnin, 22 Ogos 2011

      Al-Fatihah buat adik Dania Emelda Aqasha

      Sebak dada ni.... kaku tangan ini.... Rasa cam x berdaya ja nak tulis entry ni... walaupon x berada di tempatnya, tapi kesedihan tetap dirasa... Berita ni baru dipublish diFB ibunya.. diharap ibunya tabah menghadapi dugaan Allah... Al fatihah... (Baru ja pagi tadi publish berita mengenainya, petang pulak dapat tau berita kehilangannya...)

       
      Klik untuk lebih jelas



      P/s : Terasa betul2 sayu.. cam nak nagis ja... Takziah untuk Leen..
      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

      Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan

      Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
      Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!

      Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.

      Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah
      1. qiamulail,
      2. puasa fardhu,
      3. berbuka,
      4. solat Tarawih,
      5. tilawah al-Quran,
      6. berdoa,
      7. zikir,
      8. istighfar,
      9. memuhasabah diri,
      10. merancang untuk amalan diri dan sebagainya.


      ~ I’tikaf

      I’tikaf ertinya mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan i’tikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan sehingga wafat.
      Berdasarkan praktik Rasulullah SAW itu, menunjukkan kelebihan dan keutamaannya mengatasi malam-malam yang lain.
      Bahkan baginda turut membangunkan ahli keluarganya agar turut beri’tikaf bersama-sama.

      Syarat sah i’tikaf :
      - Islam, berakal, tidak junub, bersih daripada haid dan nifas;
      - Niat – i’tikaf adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan niat;
      - Dilakukan di dalam masjid.

      Perkara yang membatalkan iktikaf
      - Keluar masjid tanpa hajat dengan sengaja;
      - Murtad;
      - Hilang akal kerana gila atau mabuk;
      - Datang haid atau nifas;
      - Jimak;

      Perkara yang sunnat dilakukan ketika i’tikaf
      - Memperbanyakkan ibadah sunnat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, solawat dan doa.
      - Begitu juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadith, tafsir, sirah Nabi dan sebagainya.



      ~ Solat-Solat Sunnat

      a) Solat Tahajjud
      Maksud Firman Allah : “Dan pada sebahagian malam, bersolat tahajjudlah kamu, sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”. (al-Isra : 79)
      Solat tahajjud ialah solat malam sekurang-kurang 2 rakaat yang didirikan selepas bangun tidur, walaupun tidurnya sebentar.
      Masanya selepas solat Isyak sehinggalah masuk waktu subuh. Tetapi waktu paling utama ialah pada akhir malam atau waktu sahur.

      b) Solat Tasbih
      Ia berdasarkan hadith panjang yang diriwayatkan Ibnu Abbas, berkenaan tawaran Nabi kepada pakciknya Abbas bin Abdul Muttalib, iaitu solat yang memberi keampunan 10 jenis dosa :
      - Dosa terdahulu dan terkemudian;
      - Dosa lama dan baru;
      - Dosa sengaja atau tidak;
      - Dosa besar atau kecil;
      - Dosa tersembunyi atau kelihatan.
      Caranya sama seperti solat biasa. Solat tasbih didirikan pada waktu siang dengan 4 rakaat 1 salam, manakala waktu malam didirikan dengan 4 rakaat 2 salam.
      Hanya diselangi dengan tasbih seperti pembahagian berikut :
      - Selepas Fatihah dan surah – 15 kali tasbih;
      - Ketika rukuk – 10 kali tasbih;
      - Setelah bangkit dari rukuk – 10 kali tasbih;
      - Dalam sujud pertama – 10 kali tasbih;
      - Semasa duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih;
      - Dalam sujud kedua – 10 kali tasbih;
      - Dalam duduk rehat bangun sujud sebelum berdiri rakaat kedua – 10 kali tasbih
      Jumlahnya 75 kali tasbih satu rakaat bersamaan 300 tasbih dalam 4 rakaat. Bacaan tasbihnya ialah :سبحان الله والحمد لله ولآإله إلا الله والله أكبر

      c) Solat Taubat
      Apabila seseorang hendak bertaubat, disunnatkan supaya mendirikan solat 2 rakaat ini.
      Sabda Nabi SAW : “Seorang lelaki yang melakukan satu dosa kemudian ia bangun berwudhu, bersolat 2 rakaat, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, maka Allah akan mengampunkan dosanya”. Lalu baginda membaca ayat dari Surah Ali Imran ayat 135-136.
      Kaifiatnya sama seperti solat biasa.

      f) Solat Hajat
      Solat hajat boleh didirikan pada waktu siang atau malam.
      Apabila kita berhajat terhadap sesuatu urusan, bermohonlah kepada Allah SWT, dan yang paling baik melalui solat hajat sekurang-kurangnya dua rakaat.
      Tiada had jumlah rakaat untuk melakukannya. Begitu juga tiada kaifiat khusus ditetapkan.

      g) Solat Witir
      Witir ertinya ganjil. Ia dilakukan sebagai penutup bagi solat malam. Boleh dikerjakan 1, 3, 5, 7, 9, atau 11 rakaat.
      Waktunya selepas solat isyak dan berakhir dengan waktu subuh. Witir dalam bulan Ramadhan disunnatkan dengan berjamaah.
      Sekiranya solat witir sudah dilakukan pada awal malam, dan kemudian bangun lagi pada akhir malam untuk mendirikan solat sunnat lain, maka tidak perlu lagi mendirikan witir dihujungnya kerana Nabi memerintahkan witir hanya dilakukan sekali sahaja pada setiap malam.
      Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dengan satu solat yang lebih baik bagi kamu berbanding harta yang banyak, iaitu solat witir. Dirikanla di antara solat isyak sehingga terbit fajar” (HR Abu Daud, Ibnu Majah & at-Tirmizi)


      ~Membaca al-Quran
      - Membaca al-Quran di dalam solat adalah waktu yang utama;
      - Jika membaca di luar solat, waktu paling utama ialah pada waktu malam. Waktu selepas tengah malam menjadi lebih utama berbanding awal malam;
      - Jika membaca pada waktu siang, waktu paling utama ialah selepas solat subuh;
      - Hari-hari terbaik membaca al-Quran ialah pada hari Jumaat, Isnin dan Khamis, hari arafah, 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan 10 hari terakhir bulan Ramadhan;
      - Bulan terbaik membacanya ialah bulan Ramadhan.

      Adab Membaca al-Quran- Ikhlas kerana Allah, bukan kerana yang lain;
      - Membersihkan mulut sebelum membaca;
      - Khusyuk, tadabbur, dan rendah diri;
      - Sunnat pada ayat yang seharusnya menangis;
      - Melihat mashaf lebih utama daripada hafalan jika itu lebih mendatangkan khusyuk;
      - Menyaringkan suara lebih utama jika tidak menimbulkan riak atau mengganggu orang;
      - Memperindahkan suara bacaan;
      - Membaca dengan menjaga hukum tajwid;
      - Menjaga batas-batas waqaf dan ibtida’;

      Kelebihan Membaca al-Quran
      Hadith berkenaannya sangat banyak. Antaranya sabda Nabi SAW : “Sesiapa yang membaca al-Quran 50 ayat sehari semalam, ia tidak termasuk orang yang lalai. Sesiapa membaca 100 ayat, ia termasuk orang yang patuh kepada Allah. Sesiapa membaca 200 ayat, ia tidak diminta keterangan oleh al-Quran pada hari qiamat. Sesiapa membaca 500 ayat, dicatat baginya pahala yang banyak”. (HR Ibnu Sunni)



      ~ Solawat keatas Nabi SAW

      Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersolawat untuk Nabi, Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah solawat dan salam yang sempurna kepadanya.” (al-Ahzab : 56)
      Sabda Nabi SAW : “Manusia paling utama bersamaku pada hari kamat ialah orang yang paling banyak bersolawat kepadaku”. (HR at-Tirmizi)
      “Seseorang amat hina, jika namaku disebut di sisinya, ia tidak bersolawat kepadaku” (HR at-Tirmizi)
      Sekurang-kurang solawat ialah :أللهم صل على محمد



      ~ Doa dan Zikir

      Maksud sabda Nabi SAW : “Waktu paling hampir bagi Tuhan kepada seorang hamba ialah pada bahagian malam yang akhir. Jika kamu sanggup berada di antara orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu, maka buatlah”. (HR Abu Daud & at-Tirmizi)
      “Sesungguhnya pada malam itu ada satu saat, tidaklah ditemui oleh seorang muslim yang berdoa kepada Allah memohon kebaikan dunia dan akhirat, melainkan permohonannya diterima. Hal ini berlaku setiap malam” (HR Muslim)
      Nabi ditanya : Doa manakah yang paling diperhatikan Allah? Baginda menjawab : “Doa pada tengah malam dan selepas solat fardhu”.
      “Dua kalimah, ringan di lidah, berat di timbangan dan disukai Tuhan iaitu : Subhanallah wabihamdihi, subhallahil ‘azim”
      “…bacaan alhamdulillah memenuhi timbangan amal, subhanallah dan alhamdulilah kebaikannya sepenuh langit dan bumi..” (HR Muslim)


      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
      sharing is caring
      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


      Jambatan yang mengerunkan di dunia

      1. Hussaini Hanging Bridge, Pakistan

      2. Aiguille du Midi Bridge, France




      3. William Preston Lane, Jr. Memorial Bridge (Bay Bridge), Maryland



      4. Sidu River Bridge, China


      5. Royal Gorge Bridge, Colorado


      6. Puente de Ojuela, Mexico


      7. U Pain Bridge, Myanmar


      8. Iya Valley Vine Bridges, Japan



      9. Cikurutug Bridge, Indonesia


      10. Carrick-a-Rede Rope Bridge, Northern Ireland


      11. Capilano Suspension Bridge, Canada



      12. Trift Suspension Bridge, Switzerland



      13. Canopy Walk, Ghana


      14. Mackinac Bridge, Michigan



      15. Millau Viaduct, France



      p/s: ish gerun ja rasa nak naik.. huhu
      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

      Anugerah Illahi

      Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

      Hadiah Illahi

      Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers