Rabu, 3 Ogos 2011

Diapers Dan Penjagaan Kebersihan Bayi


  1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah : jangan biarkan bayi anda memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.
  2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).
  3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik
  4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.
  5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada diapers.
Sebenarnya (dari pembacaan dan nasihat Doktor) penggunaan bedak ni terutama pada bayi perempuan akan mendatangkan masalah di kemudian hari kelak. Masalah pada rahim. dan boleh menjadi punca barah dll.


Kalau nak elak ruam (BAGI BAYI YG TERLALU SENSITIF/SEDANG RUAM)
sapukan veselin pd punggung bayi semasa memakaikan diaper. Vaselin mampu mengelakkan air kencing dari melekat pd punggung terutama kalau kita tak sedar bayi buang air besar.


Sumber : "Penggunaan Diapers Kanak-kanak" ; kertas kerja yang dibentangkan dalam SEMINAR PENJAGAAN KANAK-KANAK DAN BAYI, 2002. @ blog petua pakar


Irfan guna krim ruam jenama PALMERS... Jenama ni la yang paling susuai untuk irfan selepas beberapa kali mama 'try n error' pelbagai jenama lain... cubalah kalau da mummy kat luar sana yang masih pening ngan masalah ruam nih... mama really recommend it..

~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring.
~~~~~~~~~~~~~~~~




7 ulasan:

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ berkata...

bagus info ni :)

mimie.. berkata...

bape hengget krim yg irfan pakai tu anis?

mama irfan berkata...

harga 9 ringgit kalu yang travel pack... kat farmasi ja ada jual benda ni cam guardian... kat pasaraya payah nak jumpa...

mama irfan berkata...

mimie: kalu yang pack besar, harganya rm27

taufikmaria berkata...

tq 4 sharing!!

mama irfan berkata...

~welcome~

Mrs Nageb berkata...

nice info :)

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers