Rabu, 3 Ogos 2011

Kelahiran Tiara Rose & Imaan Lily Angan-angan Sazzy Jadi Realiti

Comel sungguh cahaya mata kembar milik pasangan selebriti dan pelakon Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus ini. Geram rasa hati melihat keletah Imaan Lily dan Tiara Rose yang baru berusia 2 bulan setiap kali foto mereka diambil. Kelihatannya mereka seperti faham saja arahan juru foto yang meminta mereka melihat ke arah kamera.
Ternyata sedari kecil mereka sudah menerima tempias ibu bapa yang bergelar selebriti. Dilahirkan April lalu sebagai pasangan kembar tidak seiras kehadiran mereka amat ditunggu-tunggu oleh Sazzy dan Nazril. Namun keduanya tidak pernah menyangka akan memperoleh anak kembar.
“Sebelum ini saya memang selalu berangan untuk mendapat anak kembar, tapi saya tidak sangka akan memilikinya sebagai cahaya mata pertama. Tapi apa pun saya bersyukur dan sangat gembira.
“ Sebenarnya kelahiran kembar bukan perkara luar biasa bagi keluarga Nazril memandangkan ibu mentua saya juga punya kembar dan ada bebe rapa lagi saudara mereka yang dilahirkan kembar,” ujar Sazzy yang ditemui di kediaman ibunya.
Sungguhpun kelahiran bayinya sudah beberapa bulan berlalu, namun Sazzy masih tidak dapat melupakan saat-saat kelahiran kedua bayi kembarnya itu.
“Saya melahirkan anak melalui kaedah pembedahan caesarean. Malah tarikh 28 April itu dipilih kerana ia merupakan tarikh hari lahir suami. Saya mahu bersalin secara normal tapi atas nasihat dan cadangan doktor, saya akhirnya terpaksa memilih untuk melakukan pembedahan caesarean.
“ Apabila tahu tarikh untuk bersalin, saya memang takut. Malah seminggu sewaktu sebelum melahirkan, hati berdebar-debar dan panik. Tapi bila pembedahan bermula dan kemudiannya Imaan dilahirkan, sedikit demi sedikit kerisauan itu semakin hilang.
Apabila melihat pula wajah Tiara yang muncul beberapa saat kemudian barulah saya betul-betul lega,” ceritanya teruja.
Rezeki Anak
Kelahiran bayi kembar juga seakan memberi rezeki kepada Sazzy. Jika pasangan ibu bapa lain masih teragak-agak untuk memilih sama ada untuk melakukan kaedah penyimpanan sel stem bayi di bank sel stem, Sazzy dan Nazril pula amat bertuah kerana telah dilantik menjadi jurucakap kepada bank sel stem, Cyrocord.
“Saya memang sudah terfi kir untuk melakukannya ketika hamil. Kemudian apabila Sharifah Sofea melakukannya, saya pun terus mengambil keputusan untuk berbuat perkara yang sama. Apa yang bagus mengenai Cyrocord ini ialah ia mengambil bukan setakat darah tali pusat tetapi tali pusat itu sekali.
“Sebenarnya tujuan saya melakukan penyimpanan sel stem ini adalah untuk masa hadapan. Jika sebarang masalah kesihatan berlaku, kami ada melakukan persediaan bukan setakat untuk anak-anak tetapi untuk saya, suami tapi juga keluarga yang memiliki jenis darah yang sepadan,” jelas Sazzy yang tidak dinafikan ibu bapa perlu mengeluarkan kos tinggi untuk menyimpan di bank sel stem, namun ia berbaloi kerana banyak kebaikannya.
Selain menjadi jurucakap Cyrocord, Sazzy juga turut menjadi jurucakap kepada Body Tone Wellness Studio. Selepas habis berpantang selama 44 hari, ibu ceria ini telah mengunjungi studio kecergasan ini untuk mengembalikan semula bentuk badan dan tenaga yang hilang sele pas melahirkan bayi.

Penat Tapi Puas
Sejak kehadiran Imaan dan Tiara kehidupan seharian Sazzy nyata banyak berubah malah ujar pemilik syarikat pengurusan dan penjenamaan artis SinclairFalak Sdn Bhd yang turut dikongsi bersama Aishah Sinclair, saat ini juga barulah diketahui bahawa bukan mudah sebenarnya untuk menjadi ibu.
“Perasaan jadi ibu memang seronok tapi sebenarnya tidak mudah untuk mengurus anak dan kerjaya dalam masa yang sama. Sekarang ini saya sedang cuba untuk mengembalikan semula kehidupan yang biasa. Memang tidak mudah dan memenatkan. Tapi saya amat puas, sekarang ini apa sahaja yang saya lakukan adalah pengorbanan saya kepada Imaan dan Tiara,” ujar Sazzy yang akan meneruskan kerjaya seninya sebagai pelakon dan pengacara biarpun sudah punya cahaya mata.
“Sebenarnya selesai saja berpantang, kerja saya sudah mula. Tetapi disebabkan ada anak, saya pastikan diri tidak terlalu sibuk. Setiap kerja yang ditawarkan, saya akan pilih yang penting sahaja. Saya ada juga terima tawaran berlakon tetapi saya tolak kerana fikir ia masih terlalu awal.
“Tetapi jika tawaran berlakon itu bagus dan boleh disesuaikan dengan masa saya bersama anak-anak, saya kena terima juga kerana itu adalah rezeki saya. Jika diberi pilihan, saya lebih suka untuk fokus pada pengacaraan terlebih dahulu. Ini adalah kerana kerja sebagai pengacara tidak memerlukan masa yang banyak. Apabila ada banyak masa terluang bolehlah saya gunakan untuk bersama-sama dengan Imaan dan Tiara.”

Tidak Sabar Bawa Anak Beraya
Kehadiran Imaan Lily dan Tiara Rose sememangnya menambah keceriaan keluarga Sazzy dan Nazril pada bulan Syawal kelak.
“Tentunya tahun ini tradisi hari raya kami bakal berubah. Mungkin kami akan beraya di rumah emak di Kuala Lumpur. Dahulu sebelum ada anak kami beraya di rumah nenek. Selepas itu barulah kami akan beraya di rumah keluarga Nazril di Port Dickson.
“ Saya bertuah kerana rumah keluarga mentua dan rumah keluarga saya tidak jauh. Kami tidak perlu berebut-rebut sebaliknya boleh beraya di kedua buah rumah pada hari yang sama,”ungkap Sazzy.
Menurutnya lagi Aidilfi tri kali ini memang cukup ditunggu kerana ketika itu Imaan dan Tiara sudah semakin besar dan mudah untuk dibawa melawat sanak saudara dan kenalan rapat.
“Rasanya pada tahun ini kami akan sedon don. Rasa tidak sabar pula untuk melihat Imaan dan Tiara memakai baju kurung. Sudah pasti mereka comel.”
Apabila bercerita mengenai pakaian bayi, ibu baru ini agak ghairah dalam membeli pakaian untuk kedua kembarnya.
“Pantang nampak baju cantik sahaja, saya terus terpikat. Jika boleh semua saya hendak beli. Tetapi apabila difikirkan bayi cepat membesar, saya hadkan juga pembelian. Kini jika beli baju, saya akan pastikan baju itu tidak disimpan dan sentiasa dipakai. Takut jika disimpan tidak muat pula untuk dipakai.
“Seronoknya, Nazril melayan sahaja kehendak saya. Sebelum ini jika saya mahu membeli barang dia akan tanya untuk apa dan sebagainya memandangkan dia bekerja sebagai perunding kewangan, tapi bila sudah ada anak dia tidak kisah untuk beli barang jika ia berkaitan keperluan mereka,” tutur Sazzy ramah.

kredit: minguan wanita
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JOM LAYAN PICT LAIN : SUMBER GOOGLE




*****************************


Tiada ulasan:

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers