Isnin, 8 Ogos 2011

Mempergunakan kanak-kanak untuk fesyen?



Thylane Lena-Rose Blondeau telah menjadi perhatian di dunia model hari ini. Dengan melihat gayanya bergambar dalam majalah-majalah, kita pasti tidak akan menyangka yang gadis ini sebenarnya masih lagi berumur 10 tahun.

Gambarnya yang dikatakan begitu provokasi hingga menyebabkan timbulnya pelbagai kontroversi dan kemarahan masyarakat kerana dengan kanak-kanak ini dipaksa untuk menampilkan daya tarik seksual untuk kepentingan perniagaan semata-mata.


Thylane telah muncul dalam pelbagai majalah dan gambarnya kini telah beredar di seluruh Internet. Sehingga kini, dia katakan sangat berjaya sehingga telah menjadi penghias untuk majalah yang terkenal iaitu majalah Vogue Enfant Perancis dan juga turut menjadi penghias gambar untuk editorial kelas atasan.

Anak kepada pasangan Patrick Blondeau (bekas pemain bolasepak pasukan kebangsaan Perancis) dan Véronika Loubry (artis dan penyampai televisyen). Dilahirkan di Ivory Coast dan dia kini telah dibandingkan dengan Bridgette Bardot yang muncul di ELLE ketika baru berusia 15 tahun.



Gambar-gambar terbarunya yang muncul dengan make-up penuh dan stiletto dalam majalah Cadeaux di Perancis telah memanaskan kembali konflik tentang perdebatan kemunculan model dengan usia yang terlalu muda

p/s: bila anak2 pon nak dijadikan macam orang dewasa, dimana kehidupan kanak2 itu?


Tiada ulasan:

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers