Jumaat, 23 September 2011

Bercukur

Mencukur rambut adalah perkara yang disunatkan kepada bayi yang baru lahir. Sebaik-baiknya ia dlakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan, kemudian disunatkan bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambut yang dicukurkan kepada fakir miskin jika berkemampuan.

Hikmat Bercukur
Boleh menolong menguatkan tenaga pertumbuhan bayi, menghilangkan selaput kulit kepala dan menolong memberikan daya kekuatan dan ketajaman penglihatan mata, bauan hidung dan pendengaran telinga.

Cara Bercukur Yang Ditegah
Walaupun mencukur rambut adalah sunat, terdapat empat cara yang ditegah oleh syara':
  • Mencukur secara bertumpuk-tumpuk di sana sini sekeliling kepala
  • Mencukur di tengah-tengah kepala dan tinggalkan sekelilingnya
  • Mencukur sekeliling dan tinggalkan ditengah-tengahnya
  • Mencukur dihadapan dan tinggalkan dibelakang kepala atau sebaliknya
Irfan bercukur pada hari ke25..

~kak midah (bidan) tengah kusyuk cukur rambut irfan~


~irfan yang siap dicukur rambut dipegang oleh mak tok nya untuk dibawa mandi~


~irfan tengah syok dalam besen mandi (geram irfan time ni masih tembun)~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Tiada ulasan:

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers