Khamis, 15 September 2011

SEGMEN KEDUA: Fisher-Price : Healthy Care Booster Seat.


- SEGMEN KEDUA -
Fisher-Price : Healthy Care Booster Seat.

Arahan:
Apakah harapan anda terhadap anak anda. Buat satu entry berbentuk surat menyatakan harapan dan impian anda untuk mereka.

Sekiranya anda masih belum bergelar ibu:
Penerimaan anda terhadap kanak-kanak kurang upaya.

3 entri paling kreatif akan memenangi


-Tempat Pertama-
 Peek-A-Boo Leaves Musical Mobile bernilai RM279.90


- Tempat Kedua -
 Link-A-Doos Kick 'N Play Piano RM149.90

- Tempat Ketiga -


Singing Soccer Ball bernilai RM99.90




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Kehadapan Anakku Irfan Danish yang mama kasihi....

Masih terasa nikmatnya tika mama menerima kehadiran kamu di dunia ini... Sampai sekarang mama x henti2 mengucapkan rasa syukur kerana mama berkesempatan untuk menjadi ibu kepada kamu... Tika sujud, tidak lupa untuk mama panjatkan doa kepada Illahi agar kamu berada dalam lindungan rahmatNya... Tika menatapmu. tika membelaimu, tika menasihatimu, tika memujimu, tika memelukmu, tika menciummu, mama harap saat itu mama dapat kecapi sampai akhir hayat mama...Ya Allah, janganlah engkau tarik nikmat yang engkau berikan kepadaku ini, sebelum engkau tarik nyawaku dahulu... Bertapa Anakku ini adalah nyawa bagiku... Tiada impian seorang ibu pada anaknya melainkan untuk melihat anaknya berjaya dalam hidupnya... baik berjaya dalam urusan kehidupan malah urusan dengan Allah... Mama harap Irfan begitu... Berjaya di dunia dan akhirat... Bangga mama melahirkan kamu apabila anak yang mama kandung dan mama didik berjaya seperti yang mama harapkan...

Irfan,
Ingatlah wahai anakku, jadilah anak yang beriman, soleh dan bertakwa... kerana ia adalah kunci kebahagiaan kita.. Sembahyang jangan tinggal kerana ia adalah tiang untuk rumah kita di syurga nanti.. Taat pada perintah Allah ya sayang.. Jangan derhaka pada kedua orang tuamu ini.. Hormatilah mama dan babah, saudaramu, saudara seislammu kerana apabila kita hormati orang, orang pon akan hormati kita balik..Ingat pesanan mama ni...

Irfan,
Mama harap irfan jadilah anak yang berilmu... Hargailah apa yang mama n abah korbankan sepanjang hidupmu semata untuk pembelajaranmu kerana bagi mama ilmu sangat penting dalam kehidupan kita.. Sentiasalah berusaha ke arah itu sambil berdoa pada tuhan kerana siapalah kita tanpa tuhan..

Irfan,
Harapan n impian mama yang sebenar adalah bila mama dah lanjut usia nanti, janganlah pinggirkan mama dan babah.. sentiasalah sayangi mama n babah sampai akhir hayat kami nanti.. bukan wang ringgit yang kami berdua harapkan darimu anakku, tapi kasih sayang dan perhatian darimu kelak bila kamu dah berjaya dan sibuk pula dengan urusan hidupmu.... Kamulah saham mama di akhirat nanti... Itulah harapan besar mama... Untuk sentiasa mendoakan mama, mengingati mama bila mama sudah tiada nanti...

Irfan,
Moga kamu berjaya menjadi seorang insan yang mama impikan dan harapkan... Ingatlah bukan semua datang bergolek tanpa usaha dan tawaduq kepadanya... Moga kamu menjadi anak harapan mama kerana ianya juga untuk kesenangan kamu kelak..Mama bangga mendapat anak sepertimu sayang...

Dari mama yang sangat mengasihimu..



~kenangan kita berdua~

Tiada ulasan:

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers