Isnin, 31 Oktober 2011

Laksa Penang :: My option dari laksa lain

Sumber:: pakcik google

Salam... apa korang makan tengah hari ni.... Hari ni otak punya la ligat dok pikir nak makan apa tgh hari ni sbb opis mama, x da choice sangat sebab tiap hari menu yang sama even nasi campur... hari2 dijualnya lauk yang sama... yang x bleh blah, ada 3 stall nasi campur, menu lauk tetap hampir yang sama (eh adakah diorang berlawan antara satu sama lain)... itu mama x pasti...huhu....

tapi kalau pergi kafe, memang rasa nak muntah bau kafe yang sangat harum tuh (disebabkan suasana kafe yang tertutup, bau x kuar, tu yang melekat smpi kebaju tu)...

di opis mama, time gaji ada buat jualan (macam downtown tu but small size je la)... sebelum mama n member gerak g kafe, kami pon cuci mata la kat tempat jualan dulu....  mama terpandang satu makcik yang jual bihun goreng n mee goreng n laksa... mama pon try beli... sampai opis mama rasa... adusssss terubat nak makan laksa penang yang kat sini memang payah nak jumpa... kalu ada pon, atas nama ja la, rasanya tetap x sama yang penang punya....

target mama, seminggu jualan ni berlangsung, seminggu jugakla nak makan laksa makcik tu... oh ya... buat pengetahuan semua, makcik tu memang asal penang sebab mama dengar loghat utara..uhuk... harap2 mama x muntah laksa la lepas ni sbb seminggu makan benda yang sama...kihkihkih... jimat duit mama seminggu ni (kalu jadi la) sebab laksa dia hanya RM3 shj...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

~nak join sila klik banner~
 jom pakat ramai2 join ... hadiah yang tersangat best menanti korang sumer..

lastly mama nak TAG:

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



moNday BlueSS :: gaya Irfan





~orang siap2 nak keluar, dia pon kalut gak....~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Body Glove + T shirt Preloved murah2!!!

Salam... actually mama nak jual suma baju di bawah ni sebab baju ni bukan lagi sesuai pada badan mama yang makin mengembang nih...uhuk.... sadis kan? lagipon bergelar ibu ni membuatkan mama semakin berubah dari segi pemakaian... Dulu zaman anak dara n remaja, mama adalah penggemar jenama Body Glove... cakap ja keluaran baru, trus mama sambar, siap ada members card lagi.... tapi itu suma dulu... skang suma baju tu dah x muat untuk dipakai lagi.... disebabkan family mama pon x da saiz yang sesuai utk baju tu, mama ingat nak let go pada korang yang berminat... baju masih elok lagi n masih banyak lagi koleksi body glove simpanan mama, tapi mama ingat yang ni ja mama nak jualkan, yang lain mama masih simpan angan2 pada suatu hari, mama dapat memakai balik... kuang-kuang-kuang.... harap2 lah... harap ada yang berminat... sila pm mama k kalu ada apa2 pertanyaan di nurulhanis87@gmail.com 




hampir kesemua jenama body glove, cuma sehelai dari jenama radioactive dan selai lagi dari BUM...
semua item masih elok lagi.... jom check it out.....

~Ni salah satu baju yang mama mahu jual (baju 13)~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~ BAJU : 1~
~JENAMA : RADIOACTIVE
~SAIZ : S (FIT TO M)
~HARGA : RM 8~




~ BAJU : 2~
~JENAMA : BODY GLOVE
~SAIZ : M
~HARGA : RM 13~




~ BAJU : 3~
~JENAMA : BODY GLOVE
~SAIZ : M
~HARGA : RM 13~
  


~ BAJU : 4~
~JENAMA : BODY GLOVE
~SAIZ : M
~HARGA : RM 10~




~ BAJU : 5~
~JENAMA : BODY GLOVE
~SAIZ : M
~HARGA : RM 13~



~ BAJU : 6~
~JENAMA : BODY GLOVE
~SAIZ : M
~HARGA : RM 15~
SOLD




~ BAJU : 7~
~JENAMA : BODY GLOVE
~SAIZ : M
~HARGA : RM 5~




~ BAJU : 8~
~JENAMA : BODY GLOVE
~SAIZ : M
~HARGA : RM 5~



~ BAJU : 9~
~JENAMA : BODY GLOVE
~SAIZ : M
~HARGA : 5~



~ BAJU : 10~
~JENAMA : BODY GLOVE
~SAIZ : M
~HARGA : 13~



~ BAJU : 11~
~JENAMA : BODY GLOVE
~SAIZ : M
~HARGA : 15~
SOLD



~ BAJU : 12~
~JENAMA : BODY GLOVE
~SAIZ : M
~HARGA : 10~




~ BAJU : 13~
~JENAMA : BODY GLOVE
~SAIZ : M
~HARGA : 13~
SOLD
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Baju untuk dijual (Murah!!!)

Salam suma... kali ni mama nak tolong sorang member mama yang dari bulan lepas lagi suruh mama promote baju yang dia jual kat blog n opis mama... kat opis, mama minta maaaf la zaty ooiiii... bukan x mau tolong.... tapi kat opis mama payah sket nak jual...  zaty ni mama kenai dari anak buah kakak mama... marilah kengkawan support member mama ni.... mama pon dah beli 4 pasang baju dari dia (tapi duit x bayar lagik..uhu... gaji bulan depan na zaty?hehe)... yang mama tunjukkan adalah koleksi yang sempat mama snap... (bukan apa, dia mai umah mama dah lewat, ngan irfan bising nak tido lagi...) InsyaAllah kalau terjual baju ni, mama akan tunjuk designe lain pulak... kalu x terjual, malas la mama nak tunjuk lagi (tengah majuk..uhu) pada sesapa yang berminat, sila email pada mama di nurulhanis87@gmail.com ..nanti zety akan pos barang direct dari dia ke alamat anda.. selamat menjamu mata....


HARGA: RM26 (x termasuk pos)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 



~NO 1 (WHITE POLKADOT BLUE)~
FREE SIZE (FIT TO L SIZE)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




~NO  2 (WHITE & BLUEBLACK~
FREE SIZE (FIT TO L SIZE)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




 ~NO  3 (WHITE POLKADOT BLACK)~
FREE SIZE (FIT TO L SIZE)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




~NO  4 (BLUE &WHITE)~
FREE SIZE (FIT TO L SIZE)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




~NO  5 (BROWN POLKADOT WHITE~
FREE SIZE (FIT TO L SIZE)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



~NO  6 (WHITE)~
FREE SIZE (FIT TO L SIZE)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



~NO  7 (PURPLE)~
FREE SIZE (FIT TO L SIZE)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~ni la salah satu baju yang mama beli dari zety (abaikan si pemakai ya yang perasan tuh) ekeke~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Jumaat, 28 Oktober 2011

Petua Penjagaan Mata

Dalam hal rawatan bahagian mata, terdapat petua atau amalan orang zaman dahulu yang boleh diamalkan hingga kini.

Timun
Letakkan hirisan timun di mata dengan keadaan mata tertutup. Lakukan selama 10 minit setiap hari. Waktu paling berkesan bermula pada sebelah pagi atau ketika mata berada dalam keadaan tekanan.


Uncang Teh
Sejukkan dahulu uncang teh yang telah digunakan, kemudian letakkan pada mata selama lebih kurang 10 minit.


Lobak Merah
Amalkan makan lobak merah atau lebih elok 'baby carrot' untuk menghasilkan mata yang sihat dan terang



Ais Ketul
Tuamkan ais di bahagian bawah mata yang bengkak. Langkah ini baik untuk mengurangkan bengkak di bawah mata selain menyegarkan mata yang penat

Kapas dan Penyegar Kulit
Basahkan kapas dengan penyegar kulit wajah dan lekapkan di mata. Lakukan setiap malam agar mata sentiasa segar selepas bangun dari tidur.




selamat mencuba..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring
~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Tip, Info dan segalanya tentang Penyusuan Susu Ibu (Part 3)

POSISI PENYUSUAN SUSU IBU




boleh di gunakan sebagai
1. Cross-cradle hold
2. Cradle hold
3. Football hold
4. Side-lying hold

[rujuk gambar di atas]

bayi kembar begini


TEKNIK PEMERAHAN SUSU


[hand-expressing1.gif]

  1. Memerah dengan tangan pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  2. Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  3. Sediakan bekas yang bersih dan steril
  4. Lakukan pemerahan di tempat yang bersih,tenang dan selesa
  5. Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri
  6. Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan
  7. Melihat gambar bayi boleh menghasilkan refleks
  8. Tuam panas payudara boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
  9. Buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  10. Tekan payudara ke belakang ke arah dada
  11. Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  12. Teruskan memicit sehingga susu keluar
  13. Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  14. Tukar ke payudara yang satu lagi
  15. Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
  16. Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  17. Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

MEMERAH DENGAN PAM

  1. baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  2. basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  3. basuh tangan dengan bersih
  4. duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  5. rangsang/gentel puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  6. posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
  7. mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah(jika menggunakan pam elektrik/bateri)
  8. boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
  9. pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
  10. masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)



CARA MENYIMPAN PERAHAN SUSU IBU

1. Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan bertutup
2. Tuliskan tarikh dan masa perahan di setiap bekas simpan susu
3. Simpan susu ibu:
  • Pada suhu bilik, susu tahan 4-6 jam
  • Di dalam peti sejuk beku tahan 3 bulan
  • Di bahagian rak pertama bawah 'freezer' tahan selama 72 jam
  • Suhu dingin tahan 8 jam
4. Susu ibu tidak boleh di masak. Panaskan dengan merendam bekas susu ke dalam air suam
5. Baki susu perahan yang telah di panaskan tidak boleh di simpan semula.


ihsan google



PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJA





MEMULAKAN PERAHAN SUSU IBU 2 MINGGU SEBELUM MULA BEKERJA


Kejayaan penyusuan susu ibu untuk ibu bekerja bergantung kepada kejayaan ibu menyusukan bayinya semasa dalam pantang. Penyusuan susu ibu menjadi lebih mudah sekiranya ibu memahami cara perahan yang betul. Ingatlah tidak ada yang lebih baik selain dari susu ibu!



Keburukan Susu Botol

1. Lebih kerap mendapat jangkitan [batuk,selsema dan demam]
2. Kesihatan ibu terjejas- risiko mendapat kanser payudara dan ovari
3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan
4. Jika susu di cairkan menyebabkan kekurangan zat makanan
5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang
6. Mudah tercemar
7. Kegemukkan
8. Mudah mendapat cirit birit


SAY NO BOTOL FEEDING!!




PENYUSUAN SUSU IBU PILIHAN TERBAIK!!

sumber: cik azizah blog

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers