Jumaat, 21 Oktober 2011

Aqiqah

disebabkan ada permintaan oleh member mama untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai akikah, mama postkan entry ni... moga jadi panduan untuk anda.... wallahualam....



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pengertian Aqiqah
Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
Hukum Aqiqah
  • Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
  • Anak lelaki disunatkan dua ekor kambing dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Sementara seekor lembu atau unta dibahagikan kepada 7 bahagian, dua bahagian bagi seorang anak lelaki dan satu bahagian bagi seorang anak perempuan.


Waktu Disunatkan
  • Waktu melakukan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Syarat Sah Aqiqah
  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.


Perkara Sunat Semasa Aqiqah
  • Berdoa semasa hendak menyembelih.
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik.
  • Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekah dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan dimasak terlebih dahulu. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.
  • Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu
  • Memasak daging aqiqah dengan cara lemak manis dan tidak pedas untuk dihidangkan kepada tetamu.
  • Sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.


Hikmah Aqiqah
  • Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • Membiasakan berkorban bagi orang tua


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kenduri Irfan dilakukan di Kulim di umah mak mentua mama... Mama buat di umah mak mentua sebab mama kumpul dengan adik ipar dan abg ipar untuk sekalikan dengan anak diorang... kiranya irfan buat akikah dengan sepupu dia la....

Mulanya mama ingat nak buat time irfan masih dalam hari lagi, disebabkan permintaan saudara suami mama untuk minta kami join skali dengan mereka, ditambah pula sebab masalah yang tak dapat dielakkan, mama pon buatlah pada 27.02.2011 hari ahad... Irfan dengan sepupu dia yang lain iaitu hadif, qistina dan alisha sedonon putih dan ibu bapa pulak sedondon biru..

Kenduri akikah macam kenduri kawen ja sebab kami tumbangkan seekor lembu siap dengan khemah lagi.. mak mentua ada tanya adik ipar mama yang x kawen lagi samaada diorang nak kawen x..hehe.... tapi juadah yang disediakan tersangat la sedap.. serius mama x tipu... suma puji masakan yang disediakan secara bergotong royong oleh jiran rumah mak mentua mama.... antara menu yang disediakan ialah daging masak kicap, gulai daging, sup tulang, air asam, papadom dan bihun sup.... fuhhh rasa terliur balik bila teringatkan sup tulang tersebut...uhu...


 ~irfan with babah~


 ~anak mama~


 ~lauk daging masak kicap, gulai daging~


~... sup tulang, air asam, buah oren~


 ~air yang dibancuh khas oleh mak mentua~


 ~suasana kenduri~


~anak buah mama paling tua, si hensem hadif (hensem kan)~


 ~orang yang diraikan (cuma irfan ja x da)..dari kiri alesya, hadif dan qistina~


~ibu mama yang datang memeriahkan majlis...luv uuuuu~

~mama sempat lagi posing tuh~


~irfan x senyum pon~



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers