Jumaat, 28 Oktober 2011

Tip, Info dan segalanya tentang Penyusuan Susu Ibu (Part 1)

PENYUSUAN SUSU IBU PILIHAN TERBAIK!!



POLISI

Semua ibu di galakkan menyusu anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 Bulan
dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 Tahun.
Makanan Pelengkap perlu di berikan mulai umur 6 Bulan.


KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SEBAIK SAHAJA SELEPAS KELAHIRAN


  1. Sentuhan kulit bayi dan kalian dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan kalian
  2. Ini penting untuk memudahkan proses pengeluaran susu
  3. Rooting refleks [mencari-cari payudara] dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1 hingga 2 jam pertama
  4. Mengelakkan bengkak payudara
  5. Pemberian susu awal [kolostrum] yang kaya dengan protein serta antibodi untuk mengelakkan bayi dari jangkitan
  6. Mengelakkan pendarahan selepas bersalin



FAEDAH-FAEDAH KOLOSTRUM



cecair yang sedikit likat dan bewarna kuning yang terhasil dalam masa 24 - 36 jam selepas melahirkan anak dan kembali menjadi susu biasa selepas hari ke 3.
  1. Kaya Antibodi - Melindungi bayi dari jangkitan dan alahan
  2. Kaya Sel Darah Putih - Melindungi dari jangkitan
  3. Kaya Vitamin A dan E - 5x ganda bekalan vitamin berbanding susu formula
  4. Faktor Pertumbuhan - Kematangan usus dan mencegah alahan
  5. Sejenis Laksatif - Mengeluarkan mekonium[najis baby warna hitam]- normal dan sihat
  6. Mencegah Jaundis - Mencegah baby kuning akibat hati tak matang

FAEDAH-FAEDAH SUSU IBU UNTUK BAYI

  1. Mengandungi bahan pencegah penyakit [antibodi]
  2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dari suhu yang sesuai
  3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan
  4. Mengurangkan risiko alahan
  5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik [IQ tinggi]
  6. Kurang masalah pergigian dan pendengaran
  7. Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak,pneumonia dan jangkitan telinga
  8. Menggalakkan tumbersaran
  9. Penghadaman yang mudah

FAEDAH-FAEDAH SUSU IBU UNTUK IBU

  1. Membantu mengecutkan rahim-mengurangkan pendarahan
  2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kehamilan
  5. Mnejimatkan masa dan wang
  6. Mudah dan tidak perlu persediaan


FAEDAH IBU DAN ANAK BERSAMA SEPANJANG MASA [ROOMING IN]

  1. Dapat disusukan mengikut kehendak bayinya
  2. Mengeratkan kasih sayang ibu dan anak
  3. Mudah meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya
  4. Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu
  5. Mengelakkan bengkak payudara
  6. Mengurangkan infeksi

KEPENTINGAN PENYUSUAN SEPENUHNYA[EXCLUSIVE]

  1. Tiada minuman lain di berikan selain susu ibu
  2. Tidak memberi puting tiruan kepada bayi
  3. Berikan penyusuan susu ibudengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari
  4. Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi
  5. Mengurangkan alahan
  6. Menjaga kesihatan bayi dan ibu
  7. Mengeratkan kasih sayang
kredit: cik azizah blog
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




1 ulasan:

armouris berkata...

lagi info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers