Jumaat, 28 Oktober 2011

Tip, Info dan segalanya tentang Penyusuan Susu Ibu (Part 3)

POSISI PENYUSUAN SUSU IBU




boleh di gunakan sebagai
1. Cross-cradle hold
2. Cradle hold
3. Football hold
4. Side-lying hold

[rujuk gambar di atas]

bayi kembar begini


TEKNIK PEMERAHAN SUSU


[hand-expressing1.gif]

  1. Memerah dengan tangan pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  2. Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  3. Sediakan bekas yang bersih dan steril
  4. Lakukan pemerahan di tempat yang bersih,tenang dan selesa
  5. Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri
  6. Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan
  7. Melihat gambar bayi boleh menghasilkan refleks
  8. Tuam panas payudara boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
  9. Buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  10. Tekan payudara ke belakang ke arah dada
  11. Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  12. Teruskan memicit sehingga susu keluar
  13. Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  14. Tukar ke payudara yang satu lagi
  15. Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
  16. Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  17. Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

MEMERAH DENGAN PAM

  1. baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  2. basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  3. basuh tangan dengan bersih
  4. duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  5. rangsang/gentel puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  6. posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
  7. mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah(jika menggunakan pam elektrik/bateri)
  8. boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
  9. pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
  10. masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)



CARA MENYIMPAN PERAHAN SUSU IBU

1. Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan bertutup
2. Tuliskan tarikh dan masa perahan di setiap bekas simpan susu
3. Simpan susu ibu:
  • Pada suhu bilik, susu tahan 4-6 jam
  • Di dalam peti sejuk beku tahan 3 bulan
  • Di bahagian rak pertama bawah 'freezer' tahan selama 72 jam
  • Suhu dingin tahan 8 jam
4. Susu ibu tidak boleh di masak. Panaskan dengan merendam bekas susu ke dalam air suam
5. Baki susu perahan yang telah di panaskan tidak boleh di simpan semula.


ihsan google



PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJA





MEMULAKAN PERAHAN SUSU IBU 2 MINGGU SEBELUM MULA BEKERJA


Kejayaan penyusuan susu ibu untuk ibu bekerja bergantung kepada kejayaan ibu menyusukan bayinya semasa dalam pantang. Penyusuan susu ibu menjadi lebih mudah sekiranya ibu memahami cara perahan yang betul. Ingatlah tidak ada yang lebih baik selain dari susu ibu!



Keburukan Susu Botol

1. Lebih kerap mendapat jangkitan [batuk,selsema dan demam]
2. Kesihatan ibu terjejas- risiko mendapat kanser payudara dan ovari
3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan
4. Jika susu di cairkan menyebabkan kekurangan zat makanan
5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang
6. Mudah tercemar
7. Kegemukkan
8. Mudah mendapat cirit birit


SAY NO BOTOL FEEDING!!




PENYUSUAN SUSU IBU PILIHAN TERBAIK!!

sumber: cik azizah blog

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


1 ulasan:

armouris berkata...

lagi info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers