Khamis, 6 Oktober 2011

Vitagen Perisa Anggur

Family mama sangat meminati air vitagen.... boleh dikatakan, kalau pergi pasar raya, memang x miss la beli vitagen... Tabiat ni dah terkena pada si irfan gakkk... pantang nampak mama tau babah pegang air tu, trus cakap "nak, nak"  dengan tangannya gapai kalut nak amik dari tangan mama... huhu

Irfan dah start minum ni start 9 bulan lagi mama kasi dia minum... mama bagi rasa skit mula2... mama cuak jugak time tu, siap tpon carelina lagi tanya leh ka baby usia irfan minum air ni, dia cakap, boleh tapi just bagi skit n kalau boleh tambah air sikit...tang bubuh air tu, mama x masukkan pon... huhu
~irfan tgh minum vitagen... habis sebotol tuuu...~


~mmmm sedapnya... kusyuk sungguh sayang minum ea~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ni mama amik dalam internet..



Soalan-soalan yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Adakah Vitagen sesuai diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun?

Ya. Vitagen boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen dicairkan dengan dua sudu air suam).

Tujuan memberikan Vitagen kepada bayi-bayi adalah untuk membekalkan mereka dengan laktobasilus yang hidup dan bukan untuk mengganti susu ibu atau susu formula/rumusan.

Bimbang dengan kanak-kanak minum minuman sejuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka minum minuman sejuk, boleh mengeluarkan Vitagen daripada peti sejuk sebelum anak-anak mereka makan. Apabila anak-anak mereka habis makan, suhu Vitagen sudah hampir sama dengan suhu bilik.

Bimbang dengan kanak-kanak yang sedang batuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka yang sedang batuk, adalah dinasihati bahawa semua jenis minuman sejuk tidak sesuai diminum. Akan tetapi Vitagen boleh diminum apabila sudah diambil keluar daripada peti sejuk selama ½ jam

Adakah Vitagen Cuma untuk kanak-kanak ?
Setiap orang tidak kira umurnya boleh menikmati manafaat Vitagen. Ia adalah minuman berkhasiat untuk sekeluarga.

Tempoh hayat / Hayat simpanan

Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibuka ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibeli daripada pasaraya sebelum disimpan didalam peti sejuk ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

Corak meminum

Berapa botol Vitagen boleh seorang minum dalam satu hari ?
Sekurang-kurangnya satu botol sehari untuk membekalkan badan dengan bakteria yang baik diperlukan sehari. Akan tetapi kalau ada simptom ketidakselesaan usus seperti sembelit, cirit-birit. Ulser/bisul. Keletihan/fatig, mengembung, sedawa, nafas yang berbau, pedih hulu hati ataupun rasa mual, dengan minum lebih daripada satu botol Vitagen boleh mengurangkan ketidakselesaan tersebut.

Bilakah masa yang paling sesuai untuk minum Vitagen ?
Vitagen paling sesuai diminum selepas makan apabila keasidan di dalam perut adalah kurang daripada keasidan sebelum makan. Keasidan yang kurang di dalam perut boleh menolong laktobasilus di dalam Vitagen sampai ke dalam usus dalam keadaan hidup.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tiada ulasan:

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers