Rabu, 30 November 2011

GiveAway 2nd Anniversary by MamaRayyan

~sila klik banner untuk join~



ucapan mama:

"Selamat Menyambut Hari Ulangtahun yang ke 2... Moga kalian berdua kekal hingga ke syurga, dan keluarga mama rayyan sentiasa diberkati oleh Allah, bahagia selalu, dan dimurahkan rezeki oleh Allah... amin..."

mama nak TAG
kinah
mimie
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Aqiqah my nephew - Harraz Mikael

hari ahad minggu lepas mama balik kampung untuk menghadiri majlis aqiqah anak sedara mama yang sorang nih... kenduri sangat la meriah dan makanan sangat la sedap okeis.... menu utama ofkos la kambing 2 ekor kan? tapi serius weh, masak kambing yang dimasak oleh adik beradik abg ipar mama sangat la sedap.... mama x penah makan masakan kambing (selain kambing grill) sesedap nih.... kenduri aqiqah anak sedara mama x buat blah mama, buat blah abg ipar mama sebab blah abg ipar mama, banyak kaum kerabat yang leh tolong menolong dan pandai memasak (keluarga meniaga la katakan..huhu)... antara menu lain yang buatkan perut mama buncit lepas makan adalah ayam masak merah, kari daging, air asam, gulai ikan, mee kuah, laksa, cendul, kuih karipap, tepung talam, popia, dadih (tu yang mama ingat la)... memang banyak sangat makanan yang disediakan... suma makanan mama cuba... kihkihkih.... jom layan gambar yang manyak nih... sila jangan juling k...kahkahkah

~sebelum bertolak, anak mama tunjuk protes plak dah~


~mikael with ummi~

~Ummi with 2 sons~


~posing lagik~


~makan time, dari kiri my little sis-my ibu n my abah~


~jom makan~


~laksa dan cendul~


~hidangan nasi~


~dessert port~


~time makan sempat posing...huhu~


~adik2 mama~


~family bahagia~


~irfan baru bangun tido~


~kakak mama ngan irfan~


~tengok penuh pinggan ngan nasi n kambing~



~laksa~


~mee kuah udang ketak campur daging~


~adik mama yang encem.. ^-^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




wOrdLeSS wEdnEsdaY





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Contest blog simple by BUBU

dah lama x update blog, hari ni, mama nak mulakan entry dengan menjoin dan menyapot (support) contest adik mama yang cute ni... so pada kengkawan, jangan lupa kita pakat2 support contest ni tau...


~nak join sila klik banner~

Saya suka blog yang simple kerana
"saya pon seorang mama yang sangat simple dan x suka banda2 yang serabutkan otak nih... SIMPLE IS NICE"


lastly mama nak TAG,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Khamis, 24 November 2011

Balik Kampung


Hari ni kakak mama ajak balik kampung ngan dia... Disebabkan hari ahad dia nak buat akikah untuk anak dia yg comey itu si bambam Mikael... tapi skang mama rasa serba salah la.... hati ni 50-50 ja sama ada nak pergi atau tak... ya la... korang tau brapa orang yang balik kampung skali? 5 orang lak tuh.... x termasuk lagi anak dia mikael (3 bulan) dan irfan (anak mama)....5 orang itu adalah mama, kakak mama, abg ipar mama, adik mama, dan mak mama... camna nak sumbat dalam myvi jer... kalau diorang balik keta suami dia, x pa la gak mama nak tumpang.... ni keta tu abg ipar mama bagi kakak dia pinjam... so terpaksa la diaorang naik myvi ja... tu x kira barang yang nak bawa balik kg lagi... camna noks...pening mama skang...

kak mama n mak mama cakap ok ja... muat punya... tapi mama lak yang segan... nyusahkan orang..huhu... abah mama dah semangat dah ni bila dapat tau mama nak balik... sebab dapat jumpa cucu dia...adusss

cuba bagi pendapat kat mama yang buntu nih.... huhu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



~Spontaneous Thursday~






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Berita Gempar - Fakri dilamar 2 kelab manchester


p/s: memang buat mama nak tergelak besar nih... kuikuikui

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Asyraf Iman Muda Dapat Baby


Imam Muda Asyraf yang menyambut kelahiran anak sulungnya pada 18 November lalu bersedia untuk mengumumkan nama anaknya selepas tujuh hari bayi lelaki itu dilahirkan.
Menurut Asyraf, lebih elok jika nama anaknya diumumkan pada hari ketujuh memandangkan dia dan isteri, Nurhusna Yusof merancang untuk melakukan majlis aqiqah anak mereka.
“Bagi yang tidak merancang untuk membuat aqiqah hari ketujuh, sunat memberi nama pada hari kelahiran tetapi bagi yang merancang membuat aqiqah pada hari ketujuh, sunat memberi dan mengisytiharkan nama pada hari ketujuh.


“Jadi, saya akan mengisytiharkan nama anak kepada semua hari ni (Khamis). Tetapi kemungkinan saya akan mendaftar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara pada hari ini,” kata Asyraf ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Asyraf akan membuat majlis aqiqah untuk anaknya secara kecil-kecilan di surau berdekatan rumahnya di Sungai Besi.
Bayi seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.
Asyraf berkahwin dengan Nurhusna hampir dua tahun.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


p/s: asyraf ni kawan baik kakak & abg ipar mama....  Mama mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak yang selama ini dinantikan... kakak mama cakap comey sungguh anak dia (sebab kakak mama dh pergi melawat dah)

ni pict kenangan ngan asyraf dan isterinya:

~asyraf dan isterinya datang melawat irfan time mama dalam pantang~



~slumber si asyraf datang time akad nikah dan jadi cameraman~



~asyraf datang kenduri kawen kakak mama (di rumah mama)~



~hubby with asyraf & his wife~


~bergambar kenangan~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Tips Untuk Memicit Jerawat

 
Jerawat adalah musuh utama bagi perempuan.... banyak orang yang salah  buat dalam kaedah memicit jerawat....  sebab tu kalu korang perasan, jerawat bukan makin hilang, malah beranak pinak pula di sekeliling jerawat yang dah nak hilang tuh... tul x? jerawat ni naik kalau bagi perempuan jika berlaku perubahan hormon, muka dibiarkan kotor terlalu lama dan tangan yang kotor menyentuh muka (tu simptom bagi mama la tuh...hehe)... menci bila tengok kan? hehe... bagi mama, mama x akan sesekali picit jerawat tu bila jerawat tu belum masak lagi... sebab nanti punat dia x kan kuar... tu yang menyebabkan jerawat tu makin teruk... (padan muka...kihkih)... biarlah muka tu buruk sekejap sebab jerawat seketul tu atas muka kita... janji lepas ni muka kita x kan berparut ataupon jerawat sebijik tu jadi 40 bijik kat muka kita... petua seterusnya di bawah adalah petua yang mama selalu amalkan time nak picit jerawat... mama amik dari blog http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2011/09/tips-memicit-jerawat.html.... Selamat mencuba ya...
 
 
Langkah 1
Cuci tangan anda dahulu. Ini sangat penting dan pastikan anda cuci tangan dengan sabun, bersihkan bawah kuku. Ia untuk mengelakkan jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.


Langkah 2
Cuci muka anda dengan pencuci muka yang ada bahan antibakteria seperti Oxy, Shebamed dan lain-lain. Jika wajah anda masih ada make-up, gunakan make-up removal dahulu. Kulit muka memang sentiasa ada bakteria (peluh dan make-up). Jika anda tidak bersihkan muka anda dahulu dan terus memicit jerawat, bakteria dari luar akan masuk ke dalam kulit.


Langkah 3
Scrub di bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit. Ini untuk membuang sel kulit mati dan memudahkan proses memicit jerawat.


Langkah 4
Gunakan sarung tangan, sekurang-kurangnya lapik jari dengan tisu sebelum anda memicit jerawat. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh tinggalkan parut.


Langkah 5
Cari ‘mata’ jerawat, picit di bahagian tepi jerawat untuk keluarkan isinya. Urut sedikit untuk memastikan isinya keluar. Jangan sentuh jerawat kecuali waktu anda ingin lapkan isi jerawat yang terkeluar. Jangan terlampau memicit. Dikhuatiri akan meninggalkan parut.


Langkah 6
Dapkan toner ke bahagian jerawat, atau anda boleh juga gunakan Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat. Anda juga boleh steam muka dahulu sebelum memicit jerawat bagi membuka liang pori. Dengan cara ini akan memudahkan anda memicit jerawat.


NOTA: Jangan picit jerawat dengan kuku. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman yang ada pada jari  dan masuk dalam jerawat anda.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sharing is Caring
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
 



Jika Anak Dibesarkan Dengan...

Jika anak dibesarkan dengan celaan

Ia belajar memaki...

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan

Ia belajar berkelahi...

Jika anak dibesarkan dengan cemuhan

Ia belajar rendah diri...

Jika anak dibesarkan dengan hinaan

Ia belajar menyesali diri..

Jika anak dibesarkan dengan toleransi

Ia belajar menahan diri..

Jika anak dibesarkan dengan dorongan

Ia belajar percaya diri..

Jika anak dibesarkan dengan pujian

Ia belajar menghargai...

Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baiknya perlakuan

Ia belajar keadilan...

Jika anak dibesarkan dengan rasa aman

Ia belajar menaruh kepercayaan...

Jika anak dibesarkan dengan dukungan

Ia belajar menyenangi diri sendiri...

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan

Ia belajar menanamkan cinta dalam kehidupan....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Beramal
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Semalam Irfan Karaoke

Semalam ntah mood apa x tau laki mak keluarkan microphone... padahal bukan masukkan cd lagu pon... saja nak main2 ngan anak dia yg sorang ni... si kecik ni kalu nampak orang buat, mula nak nak tiru.... tapi bila kita soh cakap, dia senyap... yang kuar hembusan angin dari mulut dia (bunyi cam iklan air coca cola yang lepas minum, dia bunyi arhhhhhhhh)... yang lawaknya, dia suka lak tuh.... agak2 sedap kot dia dengar bunyi hembusan angin dari mulut dia...hehe... bagus anakku.... x da bakat nak jadi penyanyi pon..hahaha.... mak suka....

~berpeluh anakku nyanyi (padahal bukan peluh pon...hehe)~


~senyum la sebab dapat pegang mic tuh (abaikan yg di belakang tuh)~


~penuh khusyuk anakku kuarkan angin dalam perut (nyanyi la tuh), bunyi x banyak, air liur yg penuh di mic...~

~"wah...sedapnya suaraku"~

p/s : kesiankan kemenangan Yuna ditarik balik dalam AIM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Budak sekarang x tahu malu

meluat dengan entry yg budak ni post dan gambar tayang body dia... padahal baru SPM... sedarlah dik ooiii... x malu ka post entry camni.... *nasib la kalu hang baca blog akak ni*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Rabu, 23 November 2011

Breaking Down Esok!!

TELAGAH...Jacob, Bella dan Edward terus mencari kepastian.
TELAGAH...Jacob, Bella dan Edward terus mencari kepastian.
PASTI sudah ramai tidak senang duduk menantikan sekuel Twilight berada di pawagam apatah lagi episod kali ini lebih menarik kerana akhirnya cinta Bella dan Edward penuh cabaran berakhir dengan perkahwinan.
Kisah cinta antara dua latar belakang berbeza itu diadaptasikan dari novel Stephenie Meyer memberikan satu lagi filem adaptasi yang digilai ramai.
   
Filem arahan Bill Condon menarik perhatian ramai terutamanya kalangan muda mudi kerana ia bukan saja mengisahkan pasangan yang bercinta namun menyelitkan unsur-unsur ‘supernatural’ antara realiti dan fantasi kerana membabitkan dua puak mitos iaitu puntianak dan serigala jadian.

Mempertaruhkan tiga teraju utama iaitu Robert Pattinson, Taylor Lautner dan Kristen Stewart, masing-masing membawa watak dengan berkesan.


Hanya dengan melihat wajah dan karakter cukup membuktikan mereka layak memegang peranan yang diberikan.

Fizikal dan aura terpancar pada wajah mereka serba sedikit menggambarkan tanggungjawab pada watak yang diberikan kepada ketiga-tiga teraju utama itu.

Sama seperti sekuel filem Harry Potter, sekuel terakhir filem Twilight akan menemui peminat mulai esok (24 November) ini terlebih dulu muncul dengan bahagian satu bagi menaikkan rasa ingin tahu dan kejutan kepada peminat.

Bagaimanapun, mereka yang sudah membaca novel Twilight ini pasti ingin menghayati kisah itu dengan melihat aksi melalui visual.

Watak utama, Kristen Stewart mula berlakon sejak 1999 ketika berusia sembilan tahun namun bintang kelahiran Los Angeles itu semakin menempah nama dalam industri seni apabila memegang watak Bella Swan.

Agak sedih kerana sekuel itu sudah menghampiri penamatnya, Bella berharap satu hari nanti diberikan peluang bekerjasama dengan ‘team’ produksi dan pelakon yang sama.

“Saya agak sedih kerana tidak lama lagi kerjasama dengan mereka akan berakhir.
Mungkin saya tidak mempunyai peluang lagi untuk bekerjasama dengan mereka.

“Saya gembira apabila produksi membuat keputusan untuk menjadikan buku terakhir kepada dua bahagian. Ini bermakna saya masih mempunyai masa panjang menghabiskan masa dengan mereka.

“Hari terakhir berada di lokasi penggambaran sangat memenatkan untuk semua orang. Berhadapan dengan masalah cuaca, kami meneruskan juga penggambaran itu walaupun ramai merungut.

“Namun, apabila saya bangun keesokan paginya, saya menyedari penggambaran sudah selesai dan tidak mempunyai sebarang aktiviti.

“Pada mulanya saya agak bingung lalu mengambil keputusan untuk tidur semula,” katanya dalam satu kenyataan media.

Twilight: Breaking Dawn Part 1 ini hanya boleh ditonton 13 tahun ke atas, rasa rugi sekiranya penonton melepaskan peluang menyaksikan sekuel terakhir ini selepas mengikuti perjalanan Bella yang mempertahankan semua perkara dipercayainya sehingga sanggup mati untuk perkara itu.

Bagi Robert yang memegang watak Edward Cullen, kemunculan pertamanya ketika sekuel pertama, Twilight menjadi fenomena baru kerana ramai wanita yang menggilainya sebagai seorang puntianak yang kacak.

Memulakan kerjaya sebagai pelakon dengan memegang watak sebagai Cedric Diggory dalam filem Harry Potter And The Goblet of Fire, filem Twilight membantu melonjakkan namanya.

Robert mengakui malu untuk menanggalkan kemeja-’T’ terpaksa mengatasi perasaan itu untuk memberikan impak kepada lakonannya.

Semakin menghampiri penamat sekuel ini, semakin hebat cabaran dirasakan Robert Douglas Thomas Pattinson itu.

“Filem kali ini menggunakan bajet lebih besar, berhadapan harapan peminat terlalu tinggi kami berasakan penggambaran kali ini lebih mencabar.

“Bill mempunyai sebab tersendiri menjadikan perkahwinan dalam filem ini dijadikan melodrama dan berita Bella hamil adalah sesuatu yang menakutkan.
Terlalu mudah untuk menjadi seorang yang sinikal mengenai sesuatu perkara kerana itu memang watak semula jadi saya.

“Banyak perkara yang terjadi ketika kami menjalankan penggambaran selama enam bulan di Brazil. Ketika berada di Rio de Janeiro, dua buah kamera rosak dan ia menjadikan semua orang tidak tentu arah.

“Bagaimanapun, Bill mencari penyelesaian kepada masalah itu sehingga kami mampu menamatkan penggambaran babak terakhir,” katanya.

Kisah Twilight: Breaking Dawn bahagian satu bermula dengan majlis perkahwinan Bella dan Edward yang dihadiri keluarga terdekat termasuk adik-beradik Edward dan ibu bapa Bella.

Namun, Jacob yang kecewa dengan pilihan itu membawa diri ke Kanada dan hanya kembali selepas acara itu selesai untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Bella dan Edward berbulan madu di Brazil dan menghabiskan masa bersama tetapi saat romantis itu berakhir apabila Bella hamil. Carlisle mengesahkan anak dalam kandungan Bella adalah puntianak dan harus digugurkan kerana ia akan menyebabkan Bella terbunuh.

Bagaimanapun, Bella berkeras untuk tidak menggugurkan kandungan itu dan meminta bantuan Rosalie untuk menjaganya.

Sam Uley, ketua serigala jadian bercadang untuk membunuh Bella sebelum dia melahirkan bayi kerana bimbang bayi perempuan bernama Renesmee akan menjadi semakin kuat sehingga menyebabkan puak serigala jadian terancam. Jacob berikrar untuk menjaga Bella berjaga di luar rumah sehingga Bella selamat melahirkan anaknya.

Dalam keadaan kritikal, Bella yang tidak sedarkan diri setelah melahirkan anaknya, Edward tidak mempunyai pilihan selain menjadikan Bella seorang puntianak. Apakah yang terjadi seterusnya? Jawapannya ada dalam filem Twilight: Breaking Dawn

Foto

sumber: metro
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
just can't wait 4 this
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Irfan playing time

~dapat panjat belakang babah dia, terus peluk babah dia... sebab nak gigit...hahah~


~main kuda2~



~rehat jap~




~selongkar kotak mainan dia~

~rupanya cari buku dia~


~pergi satu tempat, pastu dia baca buku... lawak tul la..~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers