Khamis, 24 November 2011

Asyraf Iman Muda Dapat Baby


Imam Muda Asyraf yang menyambut kelahiran anak sulungnya pada 18 November lalu bersedia untuk mengumumkan nama anaknya selepas tujuh hari bayi lelaki itu dilahirkan.
Menurut Asyraf, lebih elok jika nama anaknya diumumkan pada hari ketujuh memandangkan dia dan isteri, Nurhusna Yusof merancang untuk melakukan majlis aqiqah anak mereka.
“Bagi yang tidak merancang untuk membuat aqiqah hari ketujuh, sunat memberi nama pada hari kelahiran tetapi bagi yang merancang membuat aqiqah pada hari ketujuh, sunat memberi dan mengisytiharkan nama pada hari ketujuh.


“Jadi, saya akan mengisytiharkan nama anak kepada semua hari ni (Khamis). Tetapi kemungkinan saya akan mendaftar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara pada hari ini,” kata Asyraf ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Asyraf akan membuat majlis aqiqah untuk anaknya secara kecil-kecilan di surau berdekatan rumahnya di Sungai Besi.
Bayi seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.
Asyraf berkahwin dengan Nurhusna hampir dua tahun.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


p/s: asyraf ni kawan baik kakak & abg ipar mama....  Mama mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak yang selama ini dinantikan... kakak mama cakap comey sungguh anak dia (sebab kakak mama dh pergi melawat dah)

ni pict kenangan ngan asyraf dan isterinya:

~asyraf dan isterinya datang melawat irfan time mama dalam pantang~



~slumber si asyraf datang time akad nikah dan jadi cameraman~



~asyraf datang kenduri kawen kakak mama (di rumah mama)~



~hubby with asyraf & his wife~


~bergambar kenangan~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



2 ulasan:

MamaRayyan berkata...

geram tengok irfan time nih...semangat sungguh dia :))

tahniah buat imam muda asyraf & isteri

mama irfan berkata...

a,ah... skang kurus jer... huhu

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers