Khamis, 3 November 2011

Tak Tahan Sikap Suami Punca Kim Kardashian Fail Penceraian

KIM KARDASHIAN DIVORCE

Semalam, kami postkan artikel Kim Kardashian Fail Penceraian Terhadap Suaminya. Alasan dia mengambil keputusan menfailkan penceraian terhadap suaminya itu disebabkan tidak mempunyai persefahaman nyata benar.
Hubungan Kardashian dan Humphries bertambah parah apabila Humphries kini menganggur setelah mengalami krisis dengan NBA, sedangkan Kardashian berusaha keras menaikkan nama programnya, Keeeping Up With Kardashian.
Tambah memburukkan lagi keadaan, Humphries dikatakan banyak menggunakan wang Kardashian dan tanpa segan silunya menggunakan wang tersebut untuk berjoli dan berparti dengan beberapa gadis di Miami dan New York. What the?
Kalau dah guna duit isteri plus digunakan pula untuk berjoli dan berparti, memang wajarlah Kim Kardashian menfailkan penceraian kerana kalau kami di tempat Kim Kardashian, kami juga akan buat perkara yang sama. Serius!

Untuk info, tempoh perkahwinan Kardashian dan Humphries adalah antara yang paling singkat di Hollywood, namun masih belum mengatasi rekod perkahwinan Britney Spears dan Jason Allen Alexander yang hanya bertahan 56 jam.

p/s: berita ni tengah hot sangat sekarang nih.... cerita penceraian mereka rasanya lagi heboh dari berita perkahwinan mereka kan? kan? mama selalu gak tengok program tv keeping up with the kardashian... memang best... wedding dia sebanyak 2 episod pon mama layan gak... dalam kisah dia time nak rancang wedding dia pon dah banyak masalah yang timbul antara mereka berdua... kriss ni macam kebudak2kan sket... x matang lagi... ada ka patut majlis kawen dia nak adakan gerai burger untuk tetamu dia... marah sungguh kim sebab x kena langsung dengan tema dan konsep perkahwinan mereka... hehe...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Tiada ulasan:

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers