Khamis, 24 November 2011

Tips Untuk Memicit Jerawat

 
Jerawat adalah musuh utama bagi perempuan.... banyak orang yang salah  buat dalam kaedah memicit jerawat....  sebab tu kalu korang perasan, jerawat bukan makin hilang, malah beranak pinak pula di sekeliling jerawat yang dah nak hilang tuh... tul x? jerawat ni naik kalau bagi perempuan jika berlaku perubahan hormon, muka dibiarkan kotor terlalu lama dan tangan yang kotor menyentuh muka (tu simptom bagi mama la tuh...hehe)... menci bila tengok kan? hehe... bagi mama, mama x akan sesekali picit jerawat tu bila jerawat tu belum masak lagi... sebab nanti punat dia x kan kuar... tu yang menyebabkan jerawat tu makin teruk... (padan muka...kihkih)... biarlah muka tu buruk sekejap sebab jerawat seketul tu atas muka kita... janji lepas ni muka kita x kan berparut ataupon jerawat sebijik tu jadi 40 bijik kat muka kita... petua seterusnya di bawah adalah petua yang mama selalu amalkan time nak picit jerawat... mama amik dari blog http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2011/09/tips-memicit-jerawat.html.... Selamat mencuba ya...
 
 
Langkah 1
Cuci tangan anda dahulu. Ini sangat penting dan pastikan anda cuci tangan dengan sabun, bersihkan bawah kuku. Ia untuk mengelakkan jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.


Langkah 2
Cuci muka anda dengan pencuci muka yang ada bahan antibakteria seperti Oxy, Shebamed dan lain-lain. Jika wajah anda masih ada make-up, gunakan make-up removal dahulu. Kulit muka memang sentiasa ada bakteria (peluh dan make-up). Jika anda tidak bersihkan muka anda dahulu dan terus memicit jerawat, bakteria dari luar akan masuk ke dalam kulit.


Langkah 3
Scrub di bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit. Ini untuk membuang sel kulit mati dan memudahkan proses memicit jerawat.


Langkah 4
Gunakan sarung tangan, sekurang-kurangnya lapik jari dengan tisu sebelum anda memicit jerawat. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh tinggalkan parut.


Langkah 5
Cari ‘mata’ jerawat, picit di bahagian tepi jerawat untuk keluarkan isinya. Urut sedikit untuk memastikan isinya keluar. Jangan sentuh jerawat kecuali waktu anda ingin lapkan isi jerawat yang terkeluar. Jangan terlampau memicit. Dikhuatiri akan meninggalkan parut.


Langkah 6
Dapkan toner ke bahagian jerawat, atau anda boleh juga gunakan Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat. Anda juga boleh steam muka dahulu sebelum memicit jerawat bagi membuka liang pori. Dengan cara ini akan memudahkan anda memicit jerawat.


NOTA: Jangan picit jerawat dengan kuku. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman yang ada pada jari  dan masuk dalam jerawat anda.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sharing is Caring
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
 



1 ulasan:

mimie.. berkata...

hehe kalau mimi takde maknenye nak cuci muka bagai macam tu,tang tu nak picit, tang tu jugak mulakan operasinye..pastu baru sapu ubat jerawat hiihii

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers