Isnin, 16 Januari 2012

Perkembangan bahasa irfan

Asslamualaikum n selamat pagi korang suma...

Actually mama nk post perkembangan irfan ni da lama dah... tapi memandangkan lately mama kemaruk tengok cita2 korea, smpi kat opis pon ada masa ja mama layan cita korea, langsung x update blog... bukan apa, bila kita tengok video, macam novel jugak la, hati x senang duduk kalu x habiskan cita tu... x sabar nak tau ending dia camna....huhu....

irfan skang banyak word yang dia da faham n boleh sebut... ada jugak a few word yang dia cakap betul tapi x paham n ada jugak a few word dia cakap x betul, tapi benda tu mama faham dia nak apa... so kategori tu mama x amik kira...huhu....


1. mama
2. abah
3.jom
4. da (bye)
5. bird
6. x mau
7. nak
8. tak tau
9. sakit
10. tutup
11. up

1. ma..ma (sambil tepuk2 mama) = ni word yang sangat menyentuh perasaan mama.... sbb dia pandai panggil mama n siap tepuk mama lagi supaya soh mama tengok dia apa dia nk cakap or tunjuk... bravo sayang

2. bah (abah) = pon sama time dia sebut mama, dia panggil sambil tepuk badan abah dia... tapi kadang kala abah dia po, dia panggil mama... buat mama konpius jap..huhu... tapi bila mama tanya dia 'abah mana?' dia kalut pegi cari abah...

3. jom (tapi bunyi lebih kepada thom) = mungkin huruf j x brapa nak terror lagi kot... dengar macam bukan jom ja pon...huhu... slalu mama cakap jom kalu mama ajak dia mandi... trus laju ja dia berlari masuk bilik untuk ke bilik mandi... ataupon time mama pakai tudung, sambil ajuk balik cakap mama dia jom, trus gerak tunggu mama depan pintu dah...huhu

4. da.. (bye)= entah mana dia belajar bahasa ni pon x tau.. tapi yang pastinya kalu dia nak lambai, perkataan 'daa' ni tetap dia sebut... hari2 mama perasan dia sebut ni bila nak balik dari umah opah(pengasuh) dia... seronok ja lambai sambil sebut daa kat budak2 lain (dlm hati yea mama aku da mai amik dah)

5. bird (burung)= sampai ja bawah umah otw nk balik umah dr umah pengasuh, mesti dia sebut bird... sambil tercari2 burung..... ni sbb mama slalu tunjuk bird dekat dia...

6. ammau (x mau)= perkataan ni buatkan mama selalu tension..huhu... dia selalu sebut benda ni time makan nasi... irfan sebenarnya payah sangat nak makan... suap 2-3 mulut dah cakap x mau sambil kepala pusing tempat lain ... geram ja rasa...

7. nak = nak sesatu benda mesti cakap nak sambil buat muka kesian...huhu...nak ni antara sebutan yang terawal lagi irfan boleh sebut.... rasanya 2,3 bulan lepas lagi dia da pandai sebut...

8. a..a... x tau (tapi lebih kepada a...a....tak ta)= besa la bahasa budak kn... mesti slang dia entah la... nak tergelak pon ada... ni la 2 perkataan yang dia boleh sebut serentak (sebut 2 patah perkataan)...  bila dia sendiri atau orang lain yang jatuhkan barang, automatik tangan dia ditunjuk2 sambil dia goyang2 tangan dia padahal dia yg bersalah... huhu

9. kit (sakit) = ni mama nak tegelak... kadang2 x nampak pon luka ka lebam... asal jatuh sket atau dia rasa sakit ja, mesti dia nak tunjuk kat orang... bila orang tengok n gosok/tiup sket tmp dia sakit, baru dia ok... tapi minggu lepas, irfan panjat meja kaca, pastu lutut dia tersagat sket, da la luka sket... yang lawaknya jap2 dia mai kat mama tunjuk tmp sakit tu... smpi naik rimas....nak tegelak pon ada...

10. tup (tutup) = irfan cukup suka tutup pintu.... tiap2 kali kalu masuk umah, mama yg akan bagi dia tutup pintu sendiri.... sambil cakap tutup pintu.... dah biasa agaknya, setiap kali dia nak tutup, kadang2 mama x sempat cakap, dia sendiri cakap 'tup' tanda dia nak tutup pintu tu.... pintu keta pon dia kalut nak tutup skang

11. up (diri) = ni pon mama selalu sebut kat dia... setiap kali mama angkat tangan dia ja, dia sendiri sebt up... bagus sayang!!!


rasa cam x percaya ja anak sendiri da boleh cakap sket2 n paham apa yang kita cakap jugak... rasa da besar dah dia...huhu....mama rasa cukup bangga ngan kamu sayang... moga sayang mama irfan, sentiasa dirahmati oleh Allah n jadi budak yang cerdik, cegas n cerdas...amin....

tarikh:16.01.2011


~anak mama yang makin cedik~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

6 ulasan:

♥ Elin ♥ berkata...

:) bagusnya ...mcm2 dah pandai kan.nih kalau dh pandai cakap nnti kompem letih nak layan setiap pertanyaan diakan.. :)

mama irfan berkata...

nak kata banyak sangat tu tak la... huhu... x sabar nak tunggu irfan leh bercakap... leh kongsi perasaan ngan dia...huhu

mama irfan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
IntaNBerliaN berkata...

bestnya.. alisha xpndai pun lg sebut ibu.. asyik panggil abah dia je..hihii

mama irfan berkata...

ibu ni susah sket budak nk sebut kot... banyak mama dengar, anak yang panggil ibu lambat nak boleh sebut perkataan ibu.... mak mama la yang cakap sebab mama pon panggil mak mama ibu...huhu

Cho Zila berkata...

masa umur gini memang best sangat macam2 kita rasa perkembangan dia... irfan memang bijak...

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers