Rabu, 29 Februari 2012

Kejadian Semalam - Apa Irfan Buat

Semalam, banyak sunnguh peel dia... macam2 benda dia nak buat... yang susahnya mama dia la nak kemas balik...aduhai.... x pa la janji dia happy n some of learning process utk dia jugak.... jom tengok apa budak ini sudah buat....

~da dapat kebebasan main luar tengok apa yang gapai dulu-PENYAPU!!~

~tolong mama sapu sampah~



~buat x endah ja bila panggil masuk, siap tutup grill,sliding door, pastu tutup langsir pon dia x kisah... x nangis pon....grrrr~



~da masuk umah, dia tolong mama dia mengemas plak....nampak x beg duit abah dia habis dia selongkar, pastu duit tabung plak jadik mangsa~



~merata duit tu terpelanting sebab saya suka baling2 duit...best~




~pastu saya main lego plak ya....~



~nasib la skang ni dia da pandai sambung lego...just sambung ja la, nak membentuk x terror lagik, kalu x ni pon jadi mangsa balingan irfan~



~tengok tinggi saya sambungkan...huhu~



~inilah budak itu, setiap hari happy ja.... ^_^



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk Para Isteri

  • Untuk isteri tersayang ............
    1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
    2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
    3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
    4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
    5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
    6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
    7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
    8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
    Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Irfan Oh Irfan

mama jarang buka sliding door n bagi main dekat ruang balkoni... rasa cam bahaya ja budak2 main area tuh... semalam, abah dia keluar baca paper, irfan pon jerit nak kuar jugak... nak dok nagn abah dia... skali tau apa dia buat??????




~bila panggil ja, senyum sampai ketelinga sbb diberi kebebasan~


~sayangku oh sayangku~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nak minta jasa baik korang T_T

salam suma... mama nak minta tolong korang sket bleh? jasa baik korang sangat lah mama hargai....  just tolong komen gambar anak mama ja.... x yah panjang lebar pon x pa... sket pon jadi la... janji ada komen... act mama masuk Peraduan Si Manja Ku Cute yang dianjurkan oleh blog jualan baju kanak2 yg sangat berjaya Manjacute Love Baby

mama pertaruhkan gambar irfan ni:



dengan jasa baik korang mama hargai sesangat n mama ucapkan tima kasih.... hanya tuhan ja dpt membalas pertolongan korang.... thanks suma....


SILA KLIK SINI dan SINI UNTUK MEMBERI KOMEN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mama hargai sesangat yang sanggup komen untuk irfan:

mimie
asmah
ummi iman
fiezah kecik
my aisy
sudipVSsenduk
fieda
eb ezrin @ kakak
intan_blur
zie@sayangkuzie
el
naurah napiha
mama rayyan
umi fatihah
masduranisaqaseh
iizla


p/s: jasa baik korang amatlah mama hargai.... terima kasih sesangat
~~~~~~~~~~~~~~~~




Selasa, 28 Februari 2012

Pajeri Nenas

Inilah menu saya semalam..... da lama x makan ni.... bila skali skala makan, fuhhh sampai menjilat jari.... makan lak ngan ikan masin.....


p/s hari ni pening kepala balik pikir nak masak apa....hrmmm

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teknik Yoga yang Melampau







Cuba pembaca bayangkan seorang bayi yang baru berusia dua minggu, yang masih lembut tubuhnya dihayun ke kiri dan kanan oleh seorang dewasa mengelilingi kepala serta diperlakukan seolah-olah seperti peralatan senaman harian.
Menakutkan?


Begitulah ‘Yoga Bayi’ yang dipraktikkan oleh seorang pakar terapi dari Rusia, Lena Fokina, 51, terhadap seorang bayi yang menjadi ‘mangsa’nya dan aksi-aksi ‘akrobatik’ tersebut jelas membimbangkan ramai pihak, khususnya para ibubapa.
Menurut Lena, terapi itu asalnya diamalkan oleh puak-puak Afrika purba yang kemudiaannya dipermodenkan oleh seorang pakar, Dr. Igor Charkovsky, dan dilakukan terhadap bayi yang berusia beberapa minggu hingga umurnya mencecah dua tahun.
Wanita Rusia itu juga menjelaskan bahawa teknik itu sangat membantu tumbesaran bayi dan menegaskan bahawa tindakannya itu tidak salah dari sudut kemanusiaan sama sekali.
“Kaedah ini pada asalnya dibangunkan untuk menyembuh dan membetulkan kesihatan bayi yang mempunyai masalah otot atau tulang, namun ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang sihat.


“Pergerakan ini direka untuk meningkatkan keupayaan otot dan pembangunan mereka.
“Dan sebenarnya bayi mampu membaca, menyanyi, bercakap, berenang sejak dilahirkan. Ia (yoga bayi) juga membuat tangan mereka yang lebih kukuh. Kami berperi kemanusiaan dan tidak berbuat apa-apa kesalahan pun,” katanya yang dipetik dari laman Dailymail.uk.com.
Meskipun menyedari ramai pihak yang marah melihat perlakuannya terhadap bayi yang menjalani terapi yoga bayi itu, Lena menegaskan bahawa tubuh badan bayi yang masih lembut itu mampu menyesuaikan diri dengan kaedah itu.


“Tubuh badan bayi yang kecil yang boleh menyesuaikan diri dengan proses mudah jika diamalkan secara beransur-ansur.
“Bayi itu akan selamat (dari sebarang kecederaan) sekiranya ibubapanya atau pengamalnya mempelajari, memahami dan menggunakan cara yang diajar oleh Dr. Charkovsky.
“Kebanyakkan orang rasa marah melihatnya (cara terapi yoga bayi) kerana mereka tidak sedar mengenai keupayaan sebenar bayi sedangkan sebenarnya kebolehan bayi-bayi ini lebih luas dari yang difikirkan,” katanya lagi.


Bagaimanapun, hujah Lena dan Dr. Charkovsky ini telah mencetus kontroversi dari ramai pakar-pakar perubatan moden yang membantah terapi ‘kejam’ itu.
Ada di antara pakar-pakar itu yang berpendapat bahawa terapi itu mampu menyebabkan gegaran otak dan mengakibatkan kecacatan mental bayi.
Lena menyifatkan kritikan negatif yang diterimanya itu sebagai jahil dan melalui pengalaman selama 30 tahun mempraktikkan yoga bayi, belum ada lagi bayi yang berakhir dengan kecacatan mental mahupun fizikal.


“Pertama kali saya mencuba yoga bayi ialah pada 30 tahun lalu terhadap anak perempuan sulung saya, Alexandra. Pada mulanya saya bimbang, tetapi kemudian saya menyedari bagaimana anak-anak saya gembira menikmatinya dan ia begitu memberi inspirasi kepada saya.


“Mereka yang mengkritik kaedah ini adalah jahil. Jika mereka cuba untuk memahami apa yang kami lakukan, mereka akan mengubah pemikiran (tanggapan) mereka.
Semua anak-anak saya telah berkembang mengikut kaedah Charkovsky dan mereka semua telah mencapai keputusan cemerlang dalam kehidupan. Anak-anak saya adalah juara Rusia dalam acara payung terjun, terjun bebas dan menunggang kuda.


“Sekarang anak-anak saya mengamalkan mereka kaedah-kaedah yang sama pada anak-anak mereka sendiri. Ia adalah bukti yang terbaik,” katanya penuh yakin.
Berikut adalah aksi bayi yoga yang dimaksudkan dan para pembaca diingatkan agar jangan melakukan aksi-aksi sedemikian selagi tidak mempelajari dan mahir dengan kaedah yang diperkenalkan Dr. Charkovsky tersebut. – Mynewshub.my


SUMBER: Facebook


p/s: gila betul buat anak macam tuh....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Contest Trudy & Teddy

Jom sertai contest ni.... mama tringin nak join... tapi x da pict kami sekeluarga lagik.... ada masa nanti ingat nak amik gambar la.... kalu sempat la... korang yang dah da gambar satu keluarga, leh la join... tang penting anak kena pakai pakaian jenama trudy n teddy


Pemenang GA Jom Komen Gambar Irfan

Salam semua... hari ni mama nak umumkan pemenang GA yang mama anjurkan.... sory la lambat sket mama umumkan nama pemenang.... kali ni mama pilih untuk gunakan random jer la... senang sket....mama nak ucapkan ribuan terima kasih sesangat kepada yang sudi tolong mama n komen gambar irfan... mama hargai sesangat.... mama nak minta maaf sebab x dapat nak bagi hadiah ni kat semua orang... harap korang semua jangan marah ae... nanti mama lagik sedih...  

p/s senarai peserta, sila klik SINI


PEMENANGNYA ADALAH:::::




tahniah ya.... macam besa la bagi detail kat nurulhanis87@gmail.com yer.....

thanks sekali lagi pada semua ^_^



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isnin, 27 Februari 2012

IntaNBerliaN's First Giveaway

~sila klik banner untuk join~


SeNaRai sPoNsOR:



p/s: kalu korang nak tengok hadiah yang ditawarkan kalu korang menang, sila klik SINI, hadiahnya sangat la menjeleskan mak kalu mak x menang...uhuh...

jom pakat ramai2 join GA yang masyuk ni... lagi 2 hari ja nak due date.... cepattttt


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
moga ada rezeki mama.... amin...
~~~~~~~~~~~~~~~




~dikesempatan ni mama nak ucapkan happy birthday pada intan berlian.... moga panjang umur, murah rezeki, dan sentiasa bahagia disamping orang yang tersayang...amin....~

Puding Rotiku Yang Menjadi

sabtu lepas mama dengan rasa excitednya try buat puding roti yang da lama mama gembar gemburkan... thanks suma yang bagi resepi kat mama..... lepas balik dari carrefour alamanda beli susu pekat manis, mama pon trus cuba buat this puding.... sangat senang tau... korang pon leh cuba... esp bila roti da nak expired... bagi anak n suami makan... diaorang pon suka...mama buat, sehari ja da habis sbb family mama pon ngap skali.... yang lawaknya mama siap guna penyukat cawan yg betul lagi... takut silap sukatan...  tapi hasilnya memang menjadi..

inilah rupa puding yang da siap... walaupon rupa x la secantik mana, tapi rasa sedap oke.... x manis sangat, just nice ja..



tengok x sempat nak snap, puding ku dikebas orang... dah la x berseni time potong tuh...grrrr


p/s disebabkan da request untuk resepi, mama pon post resepi yang x seberapa ni...



RESEPI:


Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair (mama guna 3/4 cawan)
8 gram serbuk agar2 (mama guna satu paket agar agar serbuk yg 10gm tu)
1/2 cawan gula(mama kurangakan kepada 1/3 cawan)
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) (mama guna marjerin planta)
3 1/2 cawan air
serbuk koko, sirap (mama agak2 ja...)


Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter yang cair tadi dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 3. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco dan satu lagi pulak masukkan warna sirap. kacau cepat2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat, pastu sesenduk perasa sirap. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk!

Selamat mencuba!!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berkampung di Cyberjaya

Minggu lepas mama da kursus di Cyberjaya... 2 hari lak tuh... cukup boring... tapi yang best makan free n dapat tambahkan bilangan hari berkursus mama untuk tahun ni... huhu... layan jer la pict ni...

makan time



k.mas n peje



yang blakang tu nk nyibuk gak...


posing di depan lobby

Jenjalan with my Sis

weekend lepas adik mama dari port dickson datang umah, kakak mama pon datang jugak dari wangsa maju sbb ibu,abah n adik lelaki mama dari kampung nak datang umah mama.....so umah mama la jadi tempat berkumpul.. memang happening la.... tambah pulak ada dua suara yang menambahkan meriahnya umah mama iaitu irfan n adik mikail....

hari sabtu tu mama pon ajakla my sis ke karnival wow.... x best mana pon... pas makan trus kami gerak ke alamanda beli barang umah sket... da family nak mai kena la topup barang umah apa yang patut.. layan pict kami bertiga with irfan...

~ini pict jugak mama amik... wawa...sbb kuda ini sangat garang...huhu~



~pose dengan kuda~




~irfan da dapat belon, x layan da kalu panggil~



~time ni kat mc donald putrajaya... irfan tido la pulok...~






~mama with my beloved sis~



~adik mama yang kuat posing nih~



~irfan tido maknya kalut posing~



~balik umah, x sempat mandi dia kalut nak main belon dia...~





p/s mama da buat puding roti dah... yess menjadi... intan nak ka? da sesapa nak request jugak?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jumaat, 24 Februari 2012

List Peserta GA Jom Komen Gambar Irfan

Dibawah mama sertakan senarai peserta yang sudi join GA mama... Disini mama nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi join GA mama dan membantu mama.... Mama hargai sangat jasa korang semua...

1. mimie
2. mimie
3. asmah
4. asmah
5. ummi iman
6. fiezah kecik
7. my aisy
8. sudipVSsenduk
8. fieda
10. eb ezrin @ kakak
11. intan_blur
12. zie@sayangkuzie
13. el
14. naurah napiha
15. mama rayyan
16. umi fatihah
17. masduranisaqaseh
18. masduranisaqaseh
19. masduranisaqaseh
20. masduranisaqaseh
21. masduranisaqaseh
22. iizla
23. kak zakie
24. kak zakie
25. intan berlian
26. intan berlian
27. syam soffi
28. syam soffi
29. mama syifa
30. mama syifa
31. zaii kulim
32. mama syifa
33. mama syifa
34. nabila medan
35. nabila medan
36. zalina
37. zalina
38. aya ariel
39. aya ariel
40. nida
41. nida
42. sarah
43. sarah
44. rDnA
45. mrs nageb
46. mrs nageb
47. syakila
48. syakila
49. joel leslie
50. joel leslie
51. abazilah
52. abazilah
53. azatiesayang
54. azatiesayang
55. mama azi
56. mama azi

p/s: keputusan mama akan umumkan isnin ni yer.... TUNGGU......

Khamis, 23 Februari 2012

al-fatihah

rasa sebak sangat.... bergolak ja jantung ni bila baca kisah adik faris ni.... tengah ibu bapa faris risaukan keadaan anak bongsu mereka, timbul pulak isu orang x puas hati suruh mereka pindah ke hosp kerajaan... manusia apakah camtu?? semua ibu dan bapa nakkan yang terbaik untuk anak sendiri.... mereka bukan memaksa untuk diberi duit... hanya yang ikhlas sahaja yang tahu penderitaan adik ini yang sudi membantu keluarga faris....x nak tolong, so diam... terkilan sangat mama dengan segelintir manusia begini.... astagfirullahalazim.....

hari ni faris da kembali ke rahmatullah... moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman... syurga menanti untuk anak kecil ini

p/s tetiba teringat irfan... rasa rindu yang membuak sangat....


Lebih 2 minggu Faris bertarung nyawa akibat HLH, dia kemudian menghembuskan nafas terakhir tepat pada jam 10.05 pagi tadi.




Sebagai ibu, tentunya Zuraine bersedih. Hanya naluri ibu mengetahui sepenuhnya perasaan wanita berusia 38 tahun itu.


Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers