Jumaat, 30 Mac 2012

Ayam RM2.90/Kilo Di Carrefour

Murah kan? hanya hari ni ja promotion ni.... mama beli 2 ekor ayam harga RM12 ja... tu pon saiz ayam dia... mak aiihhh punya la besar....weekwnd ni family mama dari kulim nak datang umah...tu yang beli ayam banyak tuh.. hehehe


HARI NI SAJA TAU ^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung irfan





Berkampung Di Kuantan

Alkisahnya kan mama da gtau yang mama kena outstation ke kuantan? mama sebenarnya jadi urusetia majlis anugerah cemerlang jabatan mama.... terpaksa la tinggalkan si kecil mama ngan babah dia semalaman.... tido tanpa ditemani sikecil mama (opsss lupa nak mention husband mama sekalik...hehe) mama jugak jadik ahli koir... sangat mantap nyanyian kami pada majlis itu okeh? siap ramai puji lagi termasuk pengarah kami....

yang x bestnya si irfan la.... dari petang, sampai la pagi irfan langsung  x minum susu... bukan babah dia x buat, siap ada skali tu babah dia campur milo lagi (nak bagi sedap sket), pon dia x mau minum... agaknya dia rindukan mama dia kot..... babah dia cakap, ada skali tu, babah dia guna bantal yg mama selalu guna, terus irfan marah, x bagi babah dia guna, bila babah dia letak sebelah irfan, baru dia senyap last tertido camtu ja...
kul 8 lebih tu dia dah tido da...(bila mama dengar babah dia cerita dalam tpon rasa sebak ja...dalam hati sian anak aku kena tinggal)....

ingatkan ok la malam tu... rupanya pukul 1 pagi irfan terjaga...nangis cari mama....sampai kul 2 pagi baru irfan tido... tu pon dekat sejam babah dia dukung dia... x mau letak bawah... tertido dlm pangkuan babah dia... (sekali lagik mama sebak...huhu)....

irfan bangun punya awal pagi tuh... kul 5.30 pagi babah dia tpon mama bagi mama cakap ngan irfan... macam besa la macam2 irfan bebel kat mama...hehe...disebabkan semalaman x minum susu, pengasuh irfan cakap, pagi tu bagi irfan minum susu, sekejap ja susu dah habis... agaknya lapar betul la tuh....sian sayang

ni pict sepanjang mama n kengkawan berkampung di sana.....

~time ni OTW ke kuantan, tumpang keta bos mama~


~kami sampai kuantan awal, bos mama bawak jenjalan ke pantai teluk cempedak, makan tengahari dulu (cantik kan pemandangan dia)~



~x ramai time ni orang... kedai makan pon x buka lagik... last terpaksa makan fast food jer~



~apalagi, bergambar dulu..(jangan muntah ok!).~



~dah nama pon urusetia, sesampai ja dewan jubli perak, kami pon apalagi mula la kerja~



~bergambar kenangan bersama urusetia yg lain~




~ni suasana pada hari tersebut, majlis penyampaian anugerah cemerlang~



~bergambar lagik (kalah orang yg dapat anugerah kn? ^_^)



~bergambar kenangan dengan bekas pengarah mama~



~salah satu persembahan pada majlis tersebut...persembahan ulik mayang.... (macam syirik plak bila tonton persembahan tersebut...hrmmm)


~salah satu adegan dalam tarian ulik mayang, 3 hantu merayau2 dalam dewan(ni salah satu hantu tersebut)...seram ja tengok(hantu ni siap pegang anak patung lagik)~



~jangan salah sangka, time hantu ni merayau2 mula la member mama yg sorang ni nak bergambar.... ini bukan salah satu dlm adegan tersebut ya



~bergambar ngan ros, di luar dewan...sebelum berangkat pulang ke kuala lumpur~

SEKIAN mak melaporkan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Khamis, 29 Mac 2012

Alhamdullillah Kemenangan Ke2-Baby Cute Contest


Alhamdullillah... Syukur sesangat kehadrat Illahi dengan rezekinya..Ini kali kedua Irfan menan dalam bulan ni.... Terima kasih jugak pada tuan punya blog iaitu Baby Atas Rak yang sudi menjadikan gambar Irfan sebagai pemenang Contest Baby Cute... Rasa Terkejut, Happy, Syukur semua ada.... Ini lah entry yang mama buat tuh (klik sini)

Mama sampai lupa ngan contest ni sbb dah lama sangat... ingat x da rezeki dah...dah la ramai yang join... dekat 100++ lak tuh... Contest ni mama join dari bulan 12 tahun lepas lagik.... thanks pada tuan tanah sbb gtau mama... kalu x mama pon x prasan...

Pengumuman Pemenang dibuat di blog personal BabyAtas Rak iaitu Puan Safiyyah Osman - Sila klik sini untuk lihat entry beliau


SENARAI PEMENANG
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tempat pertama :

nama ibu: NURUL HANIS BINTI ZURAIDI
nama anak : MUHAMMAD IRFAN DANISH BIN MOHD SAFRIZAN
umur anak : 1 TAHUN 6BULAN

pemenang menerima
SEHELAI DRESS + SEHELAI SHAWL. (owner blog)

2HELAI ROMPERS + 2 PASANG BURSHA + 1PASANG TIGHT (baby)




Nama ibu: Siti norida adura
nama baby: Ahmad Zakwan
tarikh lahir: 15 Mac 2011
nama owner blog: noorhasmiza abas

pemenang menerima

DUA HELAI SHAWL (owner)

SEHELAI ROMPERS +1PASANG BURSHA (baby)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung untuk irfan













Weekend With Irfan

Entry da basi... tapi still nak kongsi ngan korang gak...da lama x buka blog sebab 2 hari mama outstation... hari ni pon masuk opis lambat sket... badan still rasa letih.... jom layan pict ja sambil bercherita.....just pict irfan...

~sepetang di SOGO~


~sengih di petang hari~



~rasuah dengan famous amos nak bagi dok diam dlm stroller~



~ada cara tu nak makan, x pa la sayang janji mama nk shoping senang sket~



~mula2 elok ja ikut abah dia~



~abah dia bawak stroller dia pon nak bawak stroller, pastu.......~


~dia wat aksi plak tengah2 laluan orang... haish...ini budak.....~




~skang ni pantang nampak bola... mesti nak... naik kereta muzik ni pon still nak pegang bola dia jugak~


Sekian aksi anak terunaku sorang
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tabung untuk irfan

 

Isnin, 26 Mac 2012

Esok Bermalam Tanpa Irfan

Tulis tajuk ja dah hati ni terasa sedih.... macam mana la esok nak tinggalkan Irfan.... Sejak lahir sampai la hari ni mama x penah tinggalkan Irfan seharian.... Even kena outstation pon mama angkut skali irfan p....Sok mama kena uruskan majlis APC di kuatan, Pahang untuk Jabatan mama.... Dah x dapat nak elakkan lagi majlis ni... mama kena pergi jugak atas tuntutan kerja.... mood rasa down sangat... dalam kepala dok pikir macam mana la keadaan Irfan tima mama x da nanti.... terutama time malam... Dah la Irfan still breastfeed..... malam mesti carik mama punya... nnti x tau la dia mau ka tak minum botol yg babah dia buat....


Sok pagi2 lepas subuh mama dah berangkat dah ke Kuantan, bermalam kat sana, hari rabu tengahari lepas majlis selesai, trus rushing balik putrajaya balik.... Harap Allah permudahkan perjalanan pergi, balik dan sepanjang majlis tersebut...amin....

to irfan: be a good boy ya sayang..... behave your self sepanjang ketiadaan mama.... mama sayang kamu sangat.....(tinggal suami pon x sesedih camni ^_*)

~inilah jantung hati mama itu~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung irfan





Jumaat, 23 Mac 2012

Berita Gembira ^_^

Salam semua.... mama just nak shared berita yang mengembirakan yang mama dapat minggu ni.... pertama adalah keputusan SPM yang adik bongsu mama amik.... alhamdullillah dia lulus semua mata pelajaran.... dia dapat 5A 3B.... OK la tuh.... kakak bangga buatmu adik.... adik mama ni sebelum ni keputusan dia dalam UPSR n PMR x la memberansangkan sangat.... dia tekad nak merubah diri dia, blaja sungguh2 n mama bangga akhirnya dia dapat jugak merubah diri dia.....

Yang lawaknya time penantian kami adik beradik untuk dapat tahu keputusan.... Abah mama boleh pulak dok main2.... mula2 dia cakap adik mama dapat keputusan teruk sangat.... dalam hati mama "Ya Allah camna ngan masa depan adikku nanti"... pastu bila abah gtau perkara yang sebenar, hati ni rasa lega, terkejut n bersyukur sangat2..... mama bertambah happy bila dengar sepupu husband mama lagi terror dapat 9A straight.... anda memang hebat!!!!

p/s adik mama nak tuntut hset 'touch screen' kat kakak n abangnya....aduh.....pening kepala nak cekau kat mana duit nih...hehe.... to: adik, leh x kita tukar kepada hadiah lain??????


~inilah adik bongsu mama itu..... edy~


Berita kedua yang buatkan mama happy adalah sahabat mama a.k.a member opis mama a.k.a blogger faishaluvnurrfatihah dah selamat melahirkan puteri keduanya di hosp putrajaya.... tahniah mama ucapkan.... pasni kakak dah ada la geng.... leh main ngan adik..... nama anak dia nurr shafiyyah (sedap nama dia kan).... bila dapat tau member da selamat melahirkan anak, rasa diri nak mengandung balik ja.... suka bau baby.....

Tahniah buat kinah sekeluarga n selamat berpantang ya....

"1st Giveaway FF : Ramadhan Yang Sangat Bermakna"

~inilah keluarga bahagia itu... bertambah seorang lagi anak diorang..^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tabung irfan





Budak 4 tahun ni buatkan hatiku berdegup kencang


Jatuh dari tingkap tingkat 6 biasanya tidak digambarkan sebagai bernasib baik, tetapi seorang budak lelaki di China sebenarnya sangat bernasib baik kerana dia tersangkut di besi luar tingkap di bawah. Budak berusia empat tahun itu terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba semasa dia berpaut pada tingkap besi di Guangyun, wilayah Sichuan, China.

Budak itu mengambil keputusan untuk pergi mengembara selepas dia ditinggalkan sendiri dirumahnya kerana neneknya keluar. Apabila dia pergi, dia memanjat tingkap pangsapuri tingkat keenam. Dia kemudian tergelincir dan jatuh, tetapi bernasib baik kerana tersangkut di besi tingkap pangsapuri di bawah. Dia lalu berpaut di besi itu manakala saksi yang melihat kejadian itu membuat panggilan kecemasan meminta pertolongan.


Dua orang telah memegang budak itu untuk memastikan dia tidak terus jatuh ke tingkat bawah.
Apabila anggota bomba tiba, mereka segera mengikat budak itu ke besi menggunakan tali untuk menghalangnya daripada jatuh.

Mereka kemudiannya menggunakan gergaji untuk memotong besi dan membuat satu lubang agak budak itu boleh masuk melaluinya. Dia kemudian ditarik kedalam, dan segera dipeluk oleh keluarganya yang menanti dengan cemas.

sumber: http://lulu-pages.blogspot.com/2012/03/budak-4-tahun-tergantung-di-tingkap.html


p/s: aduh nasib la budak ni dapat diselamatkan.... x dapat nak bayangkan kalu budak ni jatuh.... janganla benda2 camni berlaku pada keluargaku...amin.... (dah la dok 'umah x pijak tanah' jugak)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung untuk irfan






Khamis, 22 Mac 2012

Alhamdullillah.....Irfan Menang

Pagi ni mama masuk opis lambat sket....Mama pergi klinik... Bila sampai ja trus budak opis mama a.k.a k.rose wish tahniah... ingatkan pasal apa... rupanya dia ucap tahniah sebab irfan salah seorang pemenang Manjacute Love Baby... alhamdullillah.... mama happy sesangat... Walaupon menang tempat ke-4, mama syukur sangat.... ada rezeki jugak untuk irfan... bukan apa... mama ingat x da harapan dah nak menang... sebab semua calon tersangat la comel....pastu pulak mama tengok anak2 lain banyak komen lagi dari komen irfan yang alahai seciput ja.... apapon mama syukur sangat.... ^_^

jom tengok senarai pemenang ataupon trus klik SINI untuk tengok blog tuan penganjur sendiri.....


“WINNER SI MANJAKU CUTE CONTEST”

~memang comel ni budak...congrate~


~ini budak mak aihhhhh.... komen gambar ni punya la banyak.... dekat 100++(ingatkan dia yg menang)~



~sedap nama dia secomel orangnya~



~tahniah sayang~



~congrat too!~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung irfan



Rabu, 21 Mac 2012

Moody

mood tetiba ja rasa cam kelaut ja.....hope esok kembali dengan wajah dan perasaan yang indah...amin....

~verydisappointedtothisperson~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wOrDLeSS wEdNeSdAy : tringin sangaaaatttt



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung irfan




Selasa, 20 Mac 2012

Berphotoshoot With My Family

~sebelum bertolak pakaikan kasut utk irfan, kalu x dlm keta kalut nak pakai....~





~maktok with irfan~



~mama, maktok, irfan n my lil brother~



~my lil sis n my ibu~












~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung untuk irfan



Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers