Jumaat, 23 Mac 2012

Budak 4 tahun ni buatkan hatiku berdegup kencang


Jatuh dari tingkap tingkat 6 biasanya tidak digambarkan sebagai bernasib baik, tetapi seorang budak lelaki di China sebenarnya sangat bernasib baik kerana dia tersangkut di besi luar tingkap di bawah. Budak berusia empat tahun itu terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba semasa dia berpaut pada tingkap besi di Guangyun, wilayah Sichuan, China.

Budak itu mengambil keputusan untuk pergi mengembara selepas dia ditinggalkan sendiri dirumahnya kerana neneknya keluar. Apabila dia pergi, dia memanjat tingkap pangsapuri tingkat keenam. Dia kemudian tergelincir dan jatuh, tetapi bernasib baik kerana tersangkut di besi tingkap pangsapuri di bawah. Dia lalu berpaut di besi itu manakala saksi yang melihat kejadian itu membuat panggilan kecemasan meminta pertolongan.


Dua orang telah memegang budak itu untuk memastikan dia tidak terus jatuh ke tingkat bawah.
Apabila anggota bomba tiba, mereka segera mengikat budak itu ke besi menggunakan tali untuk menghalangnya daripada jatuh.

Mereka kemudiannya menggunakan gergaji untuk memotong besi dan membuat satu lubang agak budak itu boleh masuk melaluinya. Dia kemudian ditarik kedalam, dan segera dipeluk oleh keluarganya yang menanti dengan cemas.

sumber: http://lulu-pages.blogspot.com/2012/03/budak-4-tahun-tergantung-di-tingkap.html


p/s: aduh nasib la budak ni dapat diselamatkan.... x dapat nak bayangkan kalu budak ni jatuh.... janganla benda2 camni berlaku pada keluargaku...amin.... (dah la dok 'umah x pijak tanah' jugak)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung untuk irfan






2 ulasan:

~diAhOntHeblOg~ berkata...

aduhhh...nenek pun..nape tinggal die sorg..seb bek tersangkut...huhuh

fieda berkata...

mmg rasa nak luruh jantung tgk gambor tu..

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers