Ahad, 29 April 2012

Dah sampai Kampung ^_^

Salam..
pagi yang ceria...
bangun ja hati dah berbunga riang..
Irfan pon bangun awal.
bangun ja trus dia amik mikal (sepupu dia) punya walker
anak oh anak...
bukan zaman sayang dh nak ber'walker' ni..
dah pandai jalan dah sayang, x yah pki walker dh..
hrm.... layankan jer la....

~home sweet home...love it~

p/s x sabar nak p langkawi esok... harap perjalanan kami dipermudahkan...amin~

^_^

wajah kesayangan hamba.....



~love them so much~

Jumaat, 27 April 2012

Irfan kena buli

minggu lepas aunty2 irfan datang umah...
habis dikerjakan irfan tuh...
dah macam model x bertauliah irfan...
last skali, terkejut tengok apa yg makcik2 tu buat...



~tengok tuh... dibaginya pakai dress kat teruna ni~



~sila abaikan gambar blurr tersebut.....hehehe~


P/S: terkejut pon ada... nak tergelak pon ada... doaku pada tuhan jangan la anak mama besar nanti ke arah camni... nauzzubillah.... seronok2 jugak, tapi pikir banyak kali tengok gambar ni... skang zaman da macam2 skang... seram ja kalu pikir....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung untuk irfan






Three Sisters (korea drama) yg sgt best


salam...
nampak tak gambar tiga orang comel di atas?
itulah three sisters tersebut...
kisah mengenai 3 adik beradik yg mempunyai kisah sendiri....
3 jalan cerita kehidupan yg berbeza....
best sangat cita ni...
sesapa yg ada ONE HD mai pakat2 tengok...
actually mama x tau cita dia kul bapa kalu hari biasa...
mama selalu tengok episod marathon setiap hari sabtu...
dari kul 9.30 pagi sampai la 12.30 hari cita tu start...


meh serba sedikit mama cita sal kisah setiap adik berdik ni...


KAKAK SULUNG

Myung Se Bin
seorang isteri yg sangat taat pada suami...
sanggup berkorban apa saja untuk keluaga beliau...
last2 suami dia curang ngn pompuan kaya...
bercerai ngan laki dia sbb pompuan kaya tu dah ngandungkan anak suami dia
pastu ditakdirkan berjumpa ngan laki kaya iaitu bekas suami pompuan kaya tersebut....
bila nak bahagia ngan laki kaya tu, dia disahkan hidap barah..

~bekas suami dia yg curang tuh~


~pompuan simpanan laki dia~




 
KAKAK NO 2


seorang janda anak satu...
tapi bukan anak dia, dia bela dari kecik sbb bekas suami dia bawak balik seorang bayi...
suami dia dah mati...
pastu kahwin lagi sekali ngan kawan baik mendiang suami dia....
bila anak dia besar sket baru dia dapat tau anak yg dia bela sebenarnya anak, adik mendiang suami dia...
adik mendiang suami dia (si pompuan) kawin lak ngan adik suami dia yg baru (ofkos la si lelaki)..
si lelaki ni x tau bini yg dia kawen tu penah beranak luar nikah ngan laki lain...
adik ipar pompuan dia ni buat macam2 cara utk tutup rahsia tu..
x mau bagi laki dia tahu...
sampai sanggup upah pembunuh untuk bunuh kakak dia ngan bekas kekasih dia dulu...

~suami baru dia~

~anak yg dia bela (comel kn???)~

~adik ipar dia yg jahat, mak sebenar budak di atas~
~suami pompuan jahat atas ni, adik lelaki suami baru dia~




ADIK

pon janda jugak...
da sorang laki miskin nak sangat kat dia, tapi dia x suka...
dia hanya cari lelaki yg kaya...
time dia nak g amerika kawen ngan kekasih dia, muncul seorang budak depan umah dia...
rupanya anak dia yg bekas suami dia jaga dari kecik...
suami dia nak kawen lain, so x sanggup jaga si kecil ni lagi...
rancangan dia nak p amerika pon tergendala sbb budak ni...
budak ni dah rosak didikan sbb dpegaruhi oleh gaya orang dewasa..
iaitu suka nyanyi,suka pki baju bling2, x akan nangis sbb ajaran nenek (nenek bekas suami dia) yg x akan bagi dia nagis...
semua pengaruh camtu buat dia nyesal sbb x jaga anak dia time bayi...


~ni la laki miskin yg nak kat dia tuh~


~anak dia yang muncul tiba2~

three-sister1 
~inilah keluarga bahagia tersebut~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Rezeki Petang Semalam


~alhamdullillah kenyang sudah.....time tengah makan da lupa nak amik gambar sbb dah lapar sangat.... thanks pada yang sudi belanja....^_^


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Astro bagi 130 saluran percuma selama 10 hari


~wah best la pasni dapat saluran percuma.... just 10 hari ja ponnnnn... tapi bagi mama mungkin x terasa sangat kot....sbb banyak saluran mama da beli tapi x tengok sangat pon....grrrrr~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung untuk irfan



Rabu, 25 April 2012

Family Trip @ Langkawi

Salam...
Excitednya bila dengar tajuk entry nih...
nak kerja pon x da mood dah...dok pikir sal cuti ja...
actually kami nak pergi minggu depan (hari buruh)
kami pergi selama 3 hari 2 malam..
harap percutian kami di sana lancar dan kami semua happy sepanjang di sana..
amin....


x sabar nih nak borong coklat2 n pinggan mangkuk di sana...
Langkawi !!!! wait for us.....


p/s: kawan2 da cadangan tempat2 menarik kat langkawi x? please shared.....



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



wOrDLeSS wEdNesDay







~love you so much~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung irfan



Selasa, 24 April 2012

Anak angkat Stacy yg Comel

saja nak post gambar baby stacy ni...
sangatlah comel okeh...






pict: google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Korang penah makan ni x time kecik2 dulu??

Di zaman sekolah, kita semua biasa membeli gula-gula dari kedai. Biasanya hanya membeli yang murah (tiada Ferrero Rocher) dan gula-gula yang amat popular sekitar 80-an dan 90-an ini masih boleh didapati sehingga ke hari ini.


Tora dan Ding Dang
Photobucket
Siapa tak kenal gula-gula ini. Tora dan Ding Dang berisi bebola bersalut coklat tetapi biasanya dibeli oleh kanak-kanak kerana mainan yang didapati secara percuma dengan pembeliannya. Tambahan pula pengiklanannya bagus. Siapa ingat suara latar pakcik Mat Sentul untuk iklan televisyen gula-gula ini?



Gula-gula Arnab Putih
Photobucket
Gula-gula import dari China ini enak kerana rasa susu, tetapi disyaki mengandungi bahan berbahaya dan ditarik dari dijual dari pasaran beberapa tahun lepas.





Gula-gula Udang
Photobucket
Ini ialah kegemaran kami.  Isi dalamnya diperbuat dari gula merah, disaluti susu dan sehelai kertas yang boleh dimakan, diperbuat dari beras. Nyam nyam!




Gula-gula Tablet
Photobucket
Juga dikenali sebagai gula-gula ubat kerana rupanya yang berbentuk tablet, gula-gula ini memiliki perisa susu yang kemudiannya dibezakan dengan perisa tambahan, antaranya ros, coklat, jagung dan kelapa.



Gula-gula Sugus
Photobucket
Gula-gula Sugus dikenali kerana ianya boleh dikunyah dan kenyal, rasanya biasanya dari rasa buah seperti oren, strawberi, mangga dan anggur.



Gula-gula Bendera
Photobucket
Pasti anda biasa melihat gula-gula ini bukan? Dikenali kerana bendera Malaysia, gula-gulanya terletak di ruang kosong dalam pemegang bendera. Rasanya seperti gula standard, sedikit rasa coklat dan disaluti pelbagai warna.




Nini Cokelat Celup
Photobucket
Satu paket mengandungi beberapa batang biskut yang boleh dicelup dalam coklat cair dan dimakan.



Trevor t-Drops
Photobucket
Yang ini agak mahal, jadi agak jarang juga dapat dibeli kanak-kanak. Ianya terdiri dari gula-gula keras pelbagai perisa buah yang disaluti serbuk yang  tidak kami ingat jenisnya. Besar kemungkinan glukos.



Bubble-gum
Photobucket
Yang ini boleh dikunyah, menghasilkan perisa buah dalam mulut dan bila sudah cukup dikunyah, boleh ditiup menjadi belon. Klasik.



Gula-gula Kenyal
Photobucket
Yang ini teksturnya kenyal, ada sedikit seperti rasa marshmallow dan disaluti gula halus. Kami fikir rasanya sama saja seperti rasa buah limau, cuma warnanya yang berlainan.
Amaran: makan gula-gula dalam kadar yang banyak berbahaya untuk kesihatan


p/s: mama suma di atas penah makan... alahai macam nak kembali pada zaman kanak2 dulu ja... ^_^

sumber: amazingnara

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung untuk irfan


Isnin, 23 April 2012

Tikar getah dah jadi 'sejadah'

~moga tuhan rahmati dia-anak mama~

Salam....
mama nak cita satu story yg buat mama terkejut sangat...
minggu lepas, irfan jumpa changing mate
time mama buka almari dia pon tengok skali mama buat apa
dia terperasan tikar getah tuh dalam almari...
mama dah tak guna lama dah tikar tuh...
mama x bagi amik, dia nak gak...
setiap kali nak bentang kat lantai, dia suruh mama buatkan
dia x pandai bentang lagi...
asyik 'kelepek' sana sini...

mama ingat dia just nak main2 atau lending2 kat tikar tu ja...
tapi tau apa dia buat????
sesuatu yang mama sangat tak percaya....
bila perhati balik...
rupanya dia lakukan adegan
sembahyang

Ya Allah....
rasa terkejut, happy, nak nangis (cewi) n bangga sangat...
rupanya dia ingat cara2 nak solat...
yang mama langsung x pernah ajar...masyaAllah...


~takbir~



~rukuk~



~sujud (dulu dia hanya reti sujud ja)~




~duduk antara dua sujud (yg ni mmg mama terkejut sangat, pandai plak dia duduk camtu)~





~inilah budak tuh... hari2 buat mama sanyang sangat... mama bangga ngan sayang, moga irfan jadi anak kebanggaan mama, anak yang soleh dan beriman yang selalu mendoakan kedua ibu n bapa dan kaum muslimin n muslimat...amin~



p/s: tringin nak amik video dia solat... tapi bila start nak amik video ja, dia mai terkam kat camera tuh...gambar ni pon curi2 amik time dia x perasan...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung untuk irfan








Irfan with umbrella

Salam...
sejak akhir2 ni x da mood nak buat entry...
cita sal Irfan pon makin kurang...
hari2 kerja dia cam besa ja, main, main, main
xda story nak cita...
tambah plak camera kesayangan mama da rosak
lagi la mood bergambar kelaut...
ni alasan soh mama beli kamera baru la tuh....huhu


just nak share benda kesukaan irfan dari dulu dan selamanya...
pantang nampak payung...
mesti nak punya siap adegan nangis lagik tanda suruh kita bagi dia main...
kadang2 mama bagi la jugak dia main...
bila dapat pegang payung ja...
ha renyih smpi ke telinga...
time hujan mesti susah hati...
sbb pas sampai umah mesti nangis nak main ngan payung gakkk...



~bila dapat apa yg dia nak, suruh 'smile' pon dia buat, kalu x....~



~my love~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung untuk irfan





Rabu, 18 April 2012

korang jangan pandang remeh dengan benda ni!!

salam...
hari ni mama ada hadiri ceramah...
tajuk RIBA...
dengar macam x best ja kan??
tapi.....
semua tu meleset langsung apabila kita betul2 mendengarnya....
mama bukan terror sangat2 bab agama...
tapi apa yang mama dengar, mama teringin nak share ngan korang....
sharing is caring kan?




meh mama cita sal hukum riba dulu
= haram... riba adalah salah satu dari dosa besar (x ampun dosa kita kalau kita x bertaubat)
malah dosanya lebih teruk dari anak yang berzina dengan ibu kandungnya sendiri..



 “Jika kiranya kamu tiada buat apa yang telah diperintahkan dari perkara riba itu, maka kamu ketahuilah bahawa peperangan daripada Allah dan daripada Rasulullah akan dijalankan di atas kamu, ini amaran Allah yang amat dasyat dan orang-orang yang makan riba berkata: “Tiadalah kami berdaya memerangi Allah”, dan jika kiranya kamu bertaubat dan berhenti dari menjalankan riba, maka bagi kamu modal dan harta kamu, kamu ambil semula, dengan tiada kamu menzalimkan orang dengan mengambil lebih dari modal kamu, dan dengan tiadalah pelanggan yang menerima itu kena zalim daripada kamu dengan kekurangan hartanya dengan membayar riba kepada kamu, jadi riba itu adalah perbuatan zalim dan aniaya daripada tuan pemodal ke atas orang yang dikenakan riba itu.”
(Surah Al-Baqarah : 279)


malah Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba...
(bayangkanlah Allah sendiri yang ishtihar perang.... nauzzubillah)
Rasullullah S.A.W sendiri melaknat orang yg terlibat dengan riba




contoh riba yang kita selalu pandang remeh:

1. pinjaman peribadi dan pelaburan yang konvensional
- pinjaman bank kalau kita amik jenis konvensional pon ada unsur riba (sila amik yang siap belakang tu tulis islam yer contohnya CIMB islamik bukan CIMB je)
- pelaburan pulak sila sahkan ianya bercirikan islamik contohnya etika takaful
- forex adalah berunsurkan riba yer
- PTPTN yang 3% pon adalah riba

2. insurans am
-maksudnya amik insurans kereta, moto selain yang x da takaful, ia adalah insurans konvensional yg bercirikan riba
-so tukarlah kepada insurans yang tiada unsur riba contohnya insurans moto/kereta etiqa takaful
-insurans yg belakang dia ada tulis TAKAFUL sahaja yang islamik, yang lain bukan yer

3. insurans nyawa
-berunsurkan riba...sila jangan amik..

4. simpanan duit di bank
-maksudnya kalau bank yang konvensional contohnya maybank, bertukarlah sekarang sbb ia ada unsur2 riba... contohnya skang korang ada maybank, sila tukar maybank wadiah.

Contoh konsep islam:
Mudharabah (perkongsian keuntungan)
Wadiah (simpanan amanah)
Musyarakah (usaha sama)
Murabahan (kos tambahan)
Ijarah (pajakan)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana Perbankan Islam

5. Pajak gadai
- jangan korang gadai barang kemas kat kedai apek cina tuh...
-  pergilah kan bank rakyat iaitu ar-rahnu



info: sila layari e-muamalat atau e-Fatwa dan blog yang sangat bermanfaat melayu boleh



p/s rupanya ada benda yang kita buat sebenarnya ada ciri2 riba kan? selamat beramal ya... semua ni atas hasil ingatan saya pada ceramah tadi... mana yang silap adalah kelemahan saya sendiri... sila layari laman sesawang yg lain untuk maklumat yg lebih lanjut ataupon rujuklah pada pakar agama untuk kesahihan... wallahualam...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring
~~~~~~~~~~~~~~~~

Selasa, 17 April 2012

Zikir yang sangat menenangkan jiwa

salam...
just nak share satu album zikir
Hafiz Hamidun - Terapi Jiwa
sangat menenangkan
sangat mendamaikan
sangat sedap
nak dengar hari2 ja
Irfan pon cukup suka zikir ni
kalu buka ja trus dia diam walaupon time tu dia tantrum
kuasa Allah
budak x tahu apa pon suka dengan alunan zikir n ayat suci
semua zikir yg ada dalam album ni sedap2 belaka...


~inilah cover album dia.... serius x rugi kalu korang beli~

p/s: merata mama cari selalu sold out ja CD dia... last jumpa jugak...memang CD ni terlaris di pasaran
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Isnin, 16 April 2012

Ben Ashaari follow blog MamaLurveIrfan

salam...
x nak banyak cakap... nak banyak senyum ja ^_*
sebab...
blog femes ni dah follow blog kecil kiter.....
wah bangganya....
alamak
terlebih suda....
bye

~follower ciput nak tunjuk jugak...kihkihkih~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Cerita atas bas

salam semua....
huh.....
minggu ni baru la mama bekesempatan nak berbelog.... balik ja dari penang mama kena siapkan urusan kertas jawapan calon secepat yang mungkin.... sampai x sempat la nak bebelog... hari ni baru la mama leh cita kejadian yang berlaku sepanjang mama n irfan naik bus pergi dan balik (putrajaya-penang)... mama x amik bas dari putrajaya sebab balik ngan kakak n adik mama.... diaorang duduk wangsa maju... dah dekat dah ngan pudu... balik keja ja, mama trus gerak ke rumah diaorang... ingat nak naik bas kul 9..... bas pulak kul 9 x da... yang ada semua sangat mahal sekali.... hanya bas kul 10.30 malam g ada pon... apa lagi, berlari sana sini la si irfan sementara nak tunggu bas tersebut... nasib la pudu skang da x macam dulu dah.... rasa selamat la sket irfan nak main....

bila naik bas ja, irfan da mula ngantuk.... dia tido dari mula bas sampai la sampai ke butterworth.... time naik keta balik umah kat kampung pon irfan still tido lagi.... yang buat mama risau time perjalanan tu adalah gangguan budak depan seat mama n time tukar bas (cam transit la plak).... rupanya dalam bas tu da lagi sorang budak yg naik bas sama cam irfan.. budak tu pon baya2 irfan ja.... bayangkan naik bas kul 10, kul 12 baru budak tu tido... sebelum dia tido, jenuh la mak dia nak tenangkan dia.... nasibla irfan x nanis terkejut... bila dia jaga ja mama tepuk2 atau bagi susu.... itu alamatnya dia sangat letih ok....huhu....

dugaan kedua bila mama kena tukar bas... bas yang mama naik x nak masuk butterworth dah.. terus nak g sungai petani.... sapa yang turun B/W kena naik bas lain... irfan terjaga jap ja... bila naik bas lain, bagi ja dia susu, terus terlena balik.... bagi mama nasib baik jugak kami tukar bas.... bas sebelum tu punya la bising... tingkap ngan badan bas cam dah loose.... asyik bunyi ja.... mama heran camna irfan leh tido ngan lena... mama langsung x leh tido...risaukan irfan pon ya jugak....

~suasana pudu yang sistematik n cantik sekarang~



~baba siap relax kat kerusi urut lagi time nak tunggu bas (irfan cam besa nak kacau jugak)~


itu part nak balik kampung.... part nak balik putrajaya lagi haruuuuuu.......
kenangan yang mama x mungkin lupa.... aduh..... rasa seriau ja nak balik naik bas lagi....  cam fobia ja, lain kali kita naik flight ja la... tapi yg mama x suka, naik flight mmg la kejap, masa menunggu n limit berat luggage yg buat mama menci nak naik flight.... besa la kan kalu dah ada anak ni, barang mesti la banyak.... susah oooo.... ok x mau melalut dah, kembali pada cerita asal.... kali ni pon mama salah timing lagik.... rancang nak naik bas kul 9.30 mlm direct trus ke putrajaya.... da siap call lagi plusliner putrajaya tanya bas B/W - putrajaya ada ka x mlm... diorang cakap ada kul 9.30 mlm.... bila sampai check tengok bas mlm mmg dah x jalan... geram xxx???? g check kaunter lain pulak suma tiket paling awal kul 10.30 mlm... terpaksa tunggu lagi... kali ni mama tunggu dlm keta ja... irfan plak da tido dah...time nak gerak naik bas, irfan pulak terjaga.... x mau tido... mama dari petang dah mula risau sbb badan irfan cam dedar2 ja..... siap tambah batuk n selesema lagik...ok naik bas jugak walaupon hati ni risau..

bagi mama bas memang selesa sangat... 3 seat ja utk satu baris.... mama pon elok bagi irfan minum susu.... pas minum tau apa yang jadik? irfan batuk n terus muntah dengan banyaknya.... mama terus panik... mama leh tahan lagi bau susu masam, yang adik mama dah nak termuntah skali dah.... orang depan dah pandang satu sama lain dah.... x senang duduk dah dua orang laki tersebut tapi still x cakap sepatah pon (mama cukup respect diorang, w/pon x selesa bau muntah still x marah2)... adik mama trus turun bas nak gtau pemandu da budak muntah...tau driver tu kata apa? "sapa muntah? budak? dia ada mak kan? ha soh la mak tuh lap sendiri".... w/pon tu tindakan panik adik mama n mama x soh pon adik mama gtau pemandu tu pon, mama tetap rasa marah gila.... leh dia cakap camtu.... yang tokwan n maktok irfan nak patah balik dah tengok mama....tapi mama x bagi... kang sok lagi teruk plak demam dia lagi susah...

bila bau dah semerbak, mama dengan sepantas kilat amik selimut irfan, terus lap lantai yg penuh ngan muntah... trus mama masukkan selimut tu dalam plastik n ikat...bila tinggal saki baki, baru mama teringat nak guna pampers untuk lap baki muntah tuh....kalu x, x yah dah guna selimut... terus buang ja pampers tu...
 besa la time darurat dah x ingat apa dah...minyak wangi pon mama sembur kat lantai tu nak bagi wangi sket....

bila bas jalan, irfan masih jaga, dia dok diam ja atas mama.... bila mama nampak dia cam dah ok, baru mama bagi susu, terus tido sampai la kat KL..... alhamdullillah Allah turunkan dugaan sebelum bas bertolak ja... bila bas bertolak, irfan langsung x bangun dah sehinggalah bas sampai...lega ja rasa.... tapi sepanjang perjalanan tu jantung jangan tanya la.... tawakal ja takut apa2 berlaku lagi pada irfan....

sampai ja mama terus g kedai mamak soru sebab lapar sangat... irfan pon terjaga dari tido.... sampai ja umah, irfan lak yg x mau tido.... asyik layan basikal dia tu x habis2.....grrrrr..... saja no buat mama dia susah hati atas bas tadi, sampai umah dia plak senang hati....langsung x nampak tanda2 demam...... aduh anakku sorang nih...


~inilah budak itu, buat jantung mama nak luruh ja~



~posing untuk mama dia~



~keliling umah bawak beskal dia ja, siap penguin tumpang sekaki lagik~



smile ^_^


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers