Rabu, 18 April 2012

korang jangan pandang remeh dengan benda ni!!

salam...
hari ni mama ada hadiri ceramah...
tajuk RIBA...
dengar macam x best ja kan??
tapi.....
semua tu meleset langsung apabila kita betul2 mendengarnya....
mama bukan terror sangat2 bab agama...
tapi apa yang mama dengar, mama teringin nak share ngan korang....
sharing is caring kan?




meh mama cita sal hukum riba dulu
= haram... riba adalah salah satu dari dosa besar (x ampun dosa kita kalau kita x bertaubat)
malah dosanya lebih teruk dari anak yang berzina dengan ibu kandungnya sendiri..



 “Jika kiranya kamu tiada buat apa yang telah diperintahkan dari perkara riba itu, maka kamu ketahuilah bahawa peperangan daripada Allah dan daripada Rasulullah akan dijalankan di atas kamu, ini amaran Allah yang amat dasyat dan orang-orang yang makan riba berkata: “Tiadalah kami berdaya memerangi Allah”, dan jika kiranya kamu bertaubat dan berhenti dari menjalankan riba, maka bagi kamu modal dan harta kamu, kamu ambil semula, dengan tiada kamu menzalimkan orang dengan mengambil lebih dari modal kamu, dan dengan tiadalah pelanggan yang menerima itu kena zalim daripada kamu dengan kekurangan hartanya dengan membayar riba kepada kamu, jadi riba itu adalah perbuatan zalim dan aniaya daripada tuan pemodal ke atas orang yang dikenakan riba itu.”
(Surah Al-Baqarah : 279)


malah Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba...
(bayangkanlah Allah sendiri yang ishtihar perang.... nauzzubillah)
Rasullullah S.A.W sendiri melaknat orang yg terlibat dengan riba




contoh riba yang kita selalu pandang remeh:

1. pinjaman peribadi dan pelaburan yang konvensional
- pinjaman bank kalau kita amik jenis konvensional pon ada unsur riba (sila amik yang siap belakang tu tulis islam yer contohnya CIMB islamik bukan CIMB je)
- pelaburan pulak sila sahkan ianya bercirikan islamik contohnya etika takaful
- forex adalah berunsurkan riba yer
- PTPTN yang 3% pon adalah riba

2. insurans am
-maksudnya amik insurans kereta, moto selain yang x da takaful, ia adalah insurans konvensional yg bercirikan riba
-so tukarlah kepada insurans yang tiada unsur riba contohnya insurans moto/kereta etiqa takaful
-insurans yg belakang dia ada tulis TAKAFUL sahaja yang islamik, yang lain bukan yer

3. insurans nyawa
-berunsurkan riba...sila jangan amik..

4. simpanan duit di bank
-maksudnya kalau bank yang konvensional contohnya maybank, bertukarlah sekarang sbb ia ada unsur2 riba... contohnya skang korang ada maybank, sila tukar maybank wadiah.

Contoh konsep islam:
Mudharabah (perkongsian keuntungan)
Wadiah (simpanan amanah)
Musyarakah (usaha sama)
Murabahan (kos tambahan)
Ijarah (pajakan)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana Perbankan Islam

5. Pajak gadai
- jangan korang gadai barang kemas kat kedai apek cina tuh...
-  pergilah kan bank rakyat iaitu ar-rahnu



info: sila layari e-muamalat atau e-Fatwa dan blog yang sangat bermanfaat melayu boleh



p/s rupanya ada benda yang kita buat sebenarnya ada ciri2 riba kan? selamat beramal ya... semua ni atas hasil ingatan saya pada ceramah tadi... mana yang silap adalah kelemahan saya sendiri... sila layari laman sesawang yg lain untuk maklumat yg lebih lanjut ataupon rujuklah pada pakar agama untuk kesahihan... wallahualam...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring
~~~~~~~~~~~~~~~~

11 ulasan:

sueshe berkata...

betul 2...kadang2 kite tak sedar sebenarnya dlm kehidupan kite neh didampingi riba.hmmm....

mama irfan berkata...

betul tuh... dah la riba tu dosa besar... x ampun dosa kita selagi x bertaubat...hrrrmmmm

intan_blur berkata...

wahhh!!! baru tau...sebelum ni memang tau..cume x secara detail..adoii..kene tuka bank simpanan nih.. ;(

Aliesha Kirana berkata...

huishh mmg menakutkan ble difkirkan. mcm2 perkara adalah riba. mekasih atas perkongsian ni mama irfan. heeheh.

mizz ryha berkata...

org dulu2 xtau tentang ni, yg xtau tu xpa la.

tp x susah sbnrnya nak dpt maklumat ttg perbankan Islam, nak ambik tau dgn xmau ja.

nak ikutkan konsep berhutang pun Islam x galakkan tp mcm rumah dgn kereta tu ok la, mana mampu nak beli cash. hutang lain2 tu kalau boleh cuba hindari. PTPTN byk mengajar = hutang mmg membebankan.

Kakzakie berkata...

Kalau anis mendengar radio IKIM boleh katakan setiap minggu ada satu hari kakak tak ingatlah hari apa (tak silap khamis/jumaat) selepas jam 5 petang ada huraian bab-bab riba' ini...

Cenderahati-Perkahwinan berkata...

Maybank tu x berapa faham
macm mn boleh jd riba..
kita cuma simpan duit je kat dalam tu

eB ezrin berkata...

tq sharing... :)

Papa Mifz berkata...

thx sebab share bendo nih...sungguh bermanfaat...

fieda berkata...

asb tu macamna plk ye...kena ambik berat kan mende2 ni..

IntaNBerliaN berkata...

DLM HIDUP KITA NI BYK RIBA YG KITA XSEDAR SBNARNYA KN...

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers