Selasa, 31 Julai 2012

Lepat Pisang





Salam...
napa x tau mama teringin sangat nak makan lepat pisang yang ada inti tuh...
ingat hari ni nak buat la.... tengok resepi kat internet ni cam x susah ja..
daun pisang pon masih ada lebih lagi...
semalam mama buat ikan bakar,da lebih banyak daun pisang...
pisang lak dah berhari terperam dalam peti ais....

resepi mama google internet ya..



LEPAT PISANG BERINTI 

Bahan untuk inti: 
1 cawan kelapa parut putih 
1/2 cawan gula merah/gula melaka
1/2 cawan air 
1 helai daun pandan [simpulkan]

Cara: -
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali(kalau bleh non-stick pan)1. 
-Masak campuran bahan tersebut hingga masak atas api yg sederhana-agak2 likat. 
-Sentiasa dikacau supaya campuran tidak hangit. 
-Setelah masak ketepikan sementara sediakan lepatnya.

Bahan Lepat :
2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek. ,
1 cawan tepung gandum
 2 s/b santan pekat 
2 s/b gula
 1 s/b tepung jagung. 
garam 
daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]

Cara 
Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk adunan dan gaulkan semua bahan supaya sebati. 
Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang
Seterusnya letakkan dlm sesudu inti kelapa td .
Tutup kembali dgn sesudu lg adunan pisang-agak2 laa ye..Lipatkan. 
Kukuskan selama 15-20 minit. 
Sejukkan dan hidangkan.


Selamat Mencuba ya...

Sesi Photoshoot Irfan

Salam....
Selamat pagi semua...
just nak minta pertolongan korang sket ja...
banyak2 gambar di bawah, mana yang paling ok ea?




































~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Khamis, 26 Julai 2012

Kisah Benar - Sel Kanser Menyerang sahabatku




Salam.... 
Dalam kita bergembira  menyambut ramadhan dan nak raya..
ada seorang kawan rapat mama menghadapi musibah....
musibah yang sangat besar berlaku keatas dirinya....
sedih sangat mengenangkan nasib beliau....
FYI, dia jugak seorang blogger

Dia disahkan menghidap KANSER OVARI - STAGE 3
kesian kn???
umur baru awal 30-an
anak dua
yang kecik baru ja 2 tahun......
musibah besar berlaku keatas dia....
musabah diri sekejap bila dengar penyakit dia....
kita x tahu bila TUHAN akan tarik balik nikmat yang kita ada skang.... knknkn????

dia pon baru ja tau penyakitnya.... 
kesnya begini.... 2-3 hari dia rasa sakit perut.....
hari ketiga dia dah x tahan trus dia pegi hosp (emergency)
time tu awal bulan 5....
doc scan perut dia doc nampak fibroid....
doc pon bagi tarikh CTSCAN untuk cek lebih mendalam iaitu bulan 6..

awal bulan 7 baru dapat jumpa doc pakar untuk baca maklumat CTSCAN beliau
time tu jugak doc pakar tersebut sahkan bukan fibroid tapi kanser...
16.07.2012 dai pon menjalani pembedahan untuk membuang sel kanser....
sehari di ICU sebab bleeding,
doc cakap beliau pasni kena kemoterapi....
(smpi skang beliau masih ditahan di wad)

~~~~~~~~~~~~~~~~
bulan 5, 2012 - start sakit (suspek fibroid)
bulan 6,2012 - CTSCAN
bulan 7, 2012 - PEMBEDAHAN
(sekejap ja kan???? padahal sebelum ni dia sihat ja )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

mama harap dia tabah.... moga dia akan semakin sembuh dan kembali bekerja sepeti biasa....
kalau k.mas baca entry ni, anis nak cakap,

k.mas
kitaorang suma sayang sangat k.mas...
kami nak sangat k.mas kembali seperti dulu....
seorang yang sangat periang dan menghibur hati kami...
k.mas kena kuat melawan penyakit ni....
bukan demi kami, tapi demi anak2 k.mas yg masih kecil.....
pikirkan kakak n qaseh...
juga abg dura yang selama ni banyak berkorban demi k.mas...
semua penyakit ada ubatnya.... n yakinlah dengan kuasa Allah...
anis berdoa agar k.mas sembuh dari penyakit...aminnnnn.....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sikit info penyakit kanser untuk pengetahuan anda semua...


Tahukah anda ~ bahawa setiap orang mempunyai sel kanser dalam badan mereka? Sel-sel kanser ini tidak akan menyerlah dalam ujian biasa sehingga ia telah berganda kepada tahap billion. Apabila seorang pesakit diberitahu bahawa dirinya telah bebas dari sel kanser, ia cuma bermakna bahawa ujian yang dijalankan tidak mampu mengesan sel kanser ini sehingga ia membesar kepada satu saiz yang boleh dikesan.

Apabila kemoterapi dilakukan ia bukan sahaja membunuh sel kanser yang cepat berkembang tapi juga sel yang sihat dalam tulang sum-sum, usus gastro dan lain yang akan mengakibatkan kerosakan kepada hati, buah pinggang, jantung dan paru-paru. Radiasi pula akan membakar, merosak dan membinasa sel-sel, tisu dan organ yang sihat. Walaupun diawal rawatan kemoterapi dan radiasi, saiz tumor akan mengecut tetapi rawatan yang berlanjutan tidak semestinya membinasakan tumor tersebut.

Apabila badan seseorang penuh dengan toksik hasil daripada kemoterapi dan radiasi, sistem imunnya sama ada akan beralah atau binasa dan menyebabkan pesakit mendapat pelbagai infeksi dan komplikasi. Cara yang efektif memerangi kanser adalah dengan TIDAK memberi makanan yang akan membantu sel kanser ini membiak. Jadi apakah makanan-makanan ini?

Gula merupakan makanan kanser. Dengan menghalangnya, kita telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang penting untuk sel kanser.

Susu menyebabkan badan mengeluarkan lendir, terutama dalam saluran usus gastro. Dengan menggantikan susu dengan susu soya tanpa gula, sel kanser tidak akan mendapat bekalan makanan.

Sel kanser hidup dalam persekitaran yang asidik. Oleh kerana makanan berasaskan daging adalah asidik, kita dinasihatkan mengurangkan segala makanan yang berdaging. Disesetengah ladang ternakan, untuk mempercepatkan kadar penghasilan daging, haiwan ternakan kerap disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran. Daging juga mengandungi pelbagai parasit, yang semuanya bahaya bagi pengidap kanser. Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran yang segar, buah-buahan, kekacang dan jus buah-buahan akan menukar badan kepada persekitaran yang beralkali.

Elak dari minum kopi, teh dan coklat yang mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Sebaliknya teh hijau lebih baik dan mempunyai khasiat melawan kanser. Bagi air pula adalah lebih baik meminum air yang ditapis untuk mengelak toksin dan logam dalam air paip. Air suling mengandungi asid dan perlu dielak.

Suplemen seperti anti-oxida, vitamin dan mineral dapat membina sistem imun untuk membolehkan sel pembunuh didalam badan menghapuskan sel kanser. Vitamin E pula terkenal sebagai pembunuh sel, iaitu kaedah tubuh untuk menghapuskan sel yang telah rosak atau yang tidak diperlukan secara normal.

Kanser juga merupakan penyakit minda, badan dan spiritual. Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu pahlawan kanser menjadi penyelamat. Sikap marah, tidak memaafi, kecewa, membuat tubuh kita menjadi lebih stress dan dalam keadaan asidik. Oleh itu jadilah seseorang yang mempunyai sikap penyayang dan pemaaf. Belajar la untuk relax dan menikmati hidup





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring
~~~~~~~~~~~~~~

Bonus Raya Setengah Bulan Gaji



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 
bonus setengah bulan gaji dgn bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam 
dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan 
yang dibayar pada 9 0gos ini. - BERNAMA 


P/S: Alhamdullillah... mama syukur dengan rezeki yang diberi.. dapat gak meringankan beban time raya nih... hehehe....(untung la gaji yang besar.... lagi besar la duit nya....  x aci la...hehehe)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekian lama x blogging

Salam semua....
kali ni entry melepas rindu,,,
dah lama rasanya mama x blogging... 
nk BW pon payah...
selalu mama buka internet pon kat opis... 
besa la kt umah x da internet, kalu ada pon x sempat nya nak online...
melayan si kecik tu pon da x cukup masa

nak tau cita sbb apa mama x leh nak online skang dh kat opis?????
sebab seseorang dari bhgn IT opis mama dah sekat...
dulu dia sekat facebook, youtube n laman web sosial yg lain...
itu mama still faham lagi la... (walaupon tetap sedih jugak...hehe)
kali ni dia sekat blogging plak....
bukan saja blog mama x leh buka, blog lain pon x leh buka (blog korang la...)
masalahnya dari blog la kita dapat macam2 ilmu pengetahuan
padahal jabatan len bagi ja staff diorang blogging....
sedih knnnnnn?????

nk wat camna.... nasib badan.....
(skang ni tpaksa la bawa laptop sendiri dari umah n beli berukkkkkk)
adooooiiiiii


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selasa, 17 Julai 2012

Pemeriksaan Ujian Fizikal

Salam....
Hari ni badan rasa tak bermaya sesangat...
dah la esok mama kena pergi ujian fizikal...
actually mama dapat interview pegawai penguatkuasa N27...
nak kena berlari, bangun tubi suma....larat ka nihhhhh????
dah la x pernah exercise...

doakan kesihatan mama baik esok ya...dan mama leh buat semua ujian tersebut...
amin....
^_^



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Selasa, 10 Julai 2012

motor hampir kena curik

ASalam..

Semalam mama dengar cita dr papa yg motor dia hampir2 kena curik.

Nasib la mama kt kampung..

Klu x mama yg drive keta p keja...

X pasai2 papa kena p keja nek keta..

Motor papa dh x leh start trus..

Habis diorang pecahkn..


Motor papa sbb selamat dr kena curi pon sbb papa tukar kunci yg jenis berkualiti sket.

Payah la skit si pencuri nk curi.

Tu pn tukar sbb sebelum ni penah kena curik jugak.


Kali ni pn soh papa tukar kunci jenis tu jugak..

Biar habis duit sket x pa.janji motor selamat..

Dh la nk posa.. Mcm2 dugaan melanda :(


P/s: sian pd owner 2 motor len..motor diorang x dpt dselamatkn, si pnjahat sempat curik.mlm tu 3 motor diorang kerjakan,1 motor (motor papa) yg selamat..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Jumaat, 6 Julai 2012

Irfan Yang Protective

Salam semua ^_^
rasa happy ja hari ni sbb hari ni last keja.....
minggu depan lak cuti sbbb outstation kat kampung...
balik kampung lagi la jawabnya...yahoooooo....

berbalik pada tajuk, anak mama skang ni tersangatlah protective...
bayangkan kalau tengah2 dok melawak ngan babah dia, leh dia p babap abah dia...
dia ingat abah dia tengah dok menyakiti mama dia...
kadang2 saja nak tengok gelagat irfan, mama buat2 sakit dan kata babah dia pukul....
terus dengan serta merta dia p kat babah dia pastu babap babah dia sambil mulut dok ngomel marah2...
jangan la sesapa pegang mama atau babah dia...
japg mula la dia start  nak marah2...
sayang sungguh kat mama n babah dia....
mama pon sayang irfan ketat2.... ehehe

~time tido ja mula la rasa rindu nak lihat keletah dia....~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tabung irfan




Khamis, 5 Julai 2012

Gila Punya Mahaiiiiiiii

Salam...
Nak cita sket nih... entry gerammmmm...
semalam lepas habis jwb exam, mama pon singgah la makan...
 nak tau mama amik lauk apa?


~bukan semangkok pon, sket ja~


~ni pon amik sekoq ja, bukan sepinggan~


~ni pon bukan amik sampai 3 ekoq, amik sekoq ja pon~

~ayaq limau nipis ja pon~


nak tau suma harga di atas berapa????????

CER KORANG TEKA








































(nasi+sayur petola+ikan keli+sotong bakar)
RM21.90

mahai knnnnnn??????




Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers