Selasa, 31 Julai 2012

Lepat Pisang





Salam...
napa x tau mama teringin sangat nak makan lepat pisang yang ada inti tuh...
ingat hari ni nak buat la.... tengok resepi kat internet ni cam x susah ja..
daun pisang pon masih ada lebih lagi...
semalam mama buat ikan bakar,da lebih banyak daun pisang...
pisang lak dah berhari terperam dalam peti ais....

resepi mama google internet ya..



LEPAT PISANG BERINTI 

Bahan untuk inti: 
1 cawan kelapa parut putih 
1/2 cawan gula merah/gula melaka
1/2 cawan air 
1 helai daun pandan [simpulkan]

Cara: -
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali(kalau bleh non-stick pan)1. 
-Masak campuran bahan tersebut hingga masak atas api yg sederhana-agak2 likat. 
-Sentiasa dikacau supaya campuran tidak hangit. 
-Setelah masak ketepikan sementara sediakan lepatnya.

Bahan Lepat :
2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek. ,
1 cawan tepung gandum
 2 s/b santan pekat 
2 s/b gula
 1 s/b tepung jagung. 
garam 
daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]

Cara 
Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk adunan dan gaulkan semua bahan supaya sebati. 
Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang
Seterusnya letakkan dlm sesudu inti kelapa td .
Tutup kembali dgn sesudu lg adunan pisang-agak2 laa ye..Lipatkan. 
Kukuskan selama 15-20 minit. 
Sejukkan dan hidangkan.


Selamat Mencuba ya...

2 ulasan:

sudipVSsenduk berkata...

sedapnya! rajinnya!

Ummi Iman berkata...

Rajin mama ya :) sedap tu..

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers