Rabu, 12 Disember 2012

Kebaikan Cuka

~gambar encik google~



SELAIN bahan penyedap makanan serta pengawet semula jadi, cuka juga boleh dijadikan bahan pencuci yang berkesan untuk membuang segala kotoran pada barangan dapur dengan lebih selamat tanpa mencemarkan makanan.

Cuka yang boleh bertahan lama mempunyai sifat berasid semula jadi, tidak perlu disejukkan dan akan kekal tidak berubah untuk tempoh yang panjang. Biarpun ada perubahan warna atau berlaku kekeruhan, ia hanya bersifat estetik dan masih boleh digunakan.

Adakah penggunaan cuka sebagai pembersih selamat? Cuka sebenarnya ialah hasil sampingan yang terhasil daripada buah-buahan, sayuran dan bijiran, menjadikannya boleh dimakan dan mudah mereput.

Ia sebenarnya pencuci barangan rumah yang terbaik untuk kegunaan sekeluarga kerana sifatnya yang selamat bukan saja untuk persekitaran, malah manusia terutama kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti asma dan di kalangan kanak-kanak kecil.

Mencuci menggunakan cuka juga memberi kesan memberangsangkan yang mungkin tidak pernah difikirkan kerana selalunya lebih mudah membeli bahan pencuci bersabun yang bukan saja bahaya jika ditelan kanak-kanak, ia juga mencemarkan persekitaran.

Cuka yang boleh didapati pada harga yang sangat murah tidak mengandungi toksik berbahaya dan boleh membantu memudahkan banyak kerja pembersihan di dapur.

Selain boleh dicampur satu bahagian cuka dengan satu bahagian air untuk membersih dan mengilatkan barangan kaca, ia juga boleh mengeluarkan kotoran degil daripada kawasan yang sering digunakan untuk memasak.

Malah cuka mempunyai keberkesanan mencuci lebih baik berbanding pencuci lain kerana ia mempunyai sifat berasid yang mampu menguraikan kotoran lama.

Kegunaannya bukan untuk mencuci satu jenis barangan saja, malah ia boleh digunakan untuk mencuci hampir semua bahagian yang ada di rumah termasuk lantai, pinggan mangkuk dan periuk belanga.

Selain itu, cuka juga lembut pada tangan jadi tidak ada istilah tangan menggelupas atau kering akibat terkena pencuci yang kuat dan merosakkan kulit tangan.

Lebih menarik, harganya yang murah menjimatkan perbelanjaan keluarga terutama mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai serta bajet terhad untuk pembelian barangan keperluan rumah.

Cuka sudah digunakan sejak beberapa generasi sebagai penghilang kotoran, permukaan bercendawan, menghilangkan buih sabun, pengilat, penanggal kerak, pelembut fabrik, mengharumkan bilik dan ejen menghapuskan aliran tersumbat.

Ia juga boleh digunakan untuk membuang kotoran pada pakaian dan permaidani, ketuhar mikro yang kotor, berlumut dan cap jari pada barangan berkilat termasuk barangan tahan karat.

Walaupun cuka mempunyai bau yang agak kuat, ia hilang dengan cepat dan tidak meninggalkan bau kurang menyenangkan.

Cara menggunakan cuka juga sangat mudah untuk membersihkan seluruh dapur dan rumah. Hanya masukkan cuka dalam bekas penyembur dan sembur pada mana-mana bahagian yang hendak dibersihkan.

Sembur dalam jarak antara 15 hingga 20 inci dari permukaan kotor dan kemudian sapu dengan kain bersih atau tuala kertas. Ia tidak perlu dibilas kerana tidak meninggalkan sebarang kesan melekit dan simpan bekas penyembur di dapur supaya ia mudah digunakan setiap kali diperlukan.

Semburan cuka tidak akan merosakkan mata biarpun ia boleh menyebabkan rasa pedih jika terkena mata, oleh itu berhati-hati ketika menyembur.

Cuka juga boleh digunakan untuk membersihkan lantai seramik, dinding, mengilatkan cermin dan tingkap, membersihkan langsir, menguraikan kotoran degil yang terbentuk lama dalam bekas pembuat kopi, cerek, kepala pancuran mandi, menghilangkan bau busuk dan mencuci kasut, pakaian dan permaidani.

Lebih menarik, cuka juga mempunyai sifat antibakteria yang boleh menjaga kebersihan rumah secara lebih baik dan membuatkan rumah menjadi lebih selamat untuk kanak-kanak.



sumber: METRO

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring
~~~~~~~~~~~

2 ulasan:

Nieyxzha Hassan berkata...

Tq for sharing...baru tgh duk cari nak gune ape nak hilangkan bekas hangit kat periuk...dah sental tak hilang jugak..thanks ye

NoEn berkata...

wah...banyaknya kegunaan cuka...hmmm boleh la guna cuka tuk sental dinding kat bilik air tu...hihi

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers