Rabu, 20 Februari 2013

Berhati-hati dengan penyambungan nama (PERHATIAN)

BERHATI-HATI DENGAN PENYAMBUNGAN NAMA.


Ramai wanita muslimah setelah menikah, lalu menisbatkan(mencantumkan) namanya dengan nama suaminya, misalnya: Aisyah menikah dengan Amiruddin, kemudian ia memakai nama suaminya sehingga namanya menjadi "Aisyah Amiruddin. "

Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan penamaan ini?
...
Dalam ajaran Islam, Hukum Penamaan adalah hal yang penting. Setiap lelaki ataupun perempuan hanya dibenarkankan menambahkan “NAMA AYAHNYA” sahaja dibelakang nama dirinya dan HARAM menambahkan nama lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya, meskipun nama tersebut adalah nama suaminya.

Kerana dalam Islam. Nama lelaki di belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak dari lelaki tersebut. Sehingga tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah kandungnya(WALI) sebagai penghormatan anak terhadap orang tua kandungnya.

Berbeza dengan budaya barat(kafir) Contoh: isteri Bill Clinton: Hillary Clinton yang nama asalnya Hillary Diane Rodham; isterinya Barrack Obama: Michelle Obama yang nama asaknya Michelle LaVaughn Robinson, DLL..

Hadith mengenai perihal penamaan ini Shahih. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Barang siapa yang mengaku sebagai sanak kepada selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah”
(HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi)


sumber : Facebook

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring
~~~~~~~

Rahsia Hanset Dalam Keadaan Kecemasan

 

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -

1.Nombor Kecemasan

... Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di

PAPARAN PENUH
di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).


2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)


4. Telefon dicuri
 
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.
Sumber : anugerah

Khamis, 14 Februari 2013

gegaran otak - peringatan untuk semua ibu ^_^



Sindrom Goncang Bayi atau dikenali sebagai Shaken Baby Syndrome (SBS) boleh diatasi jika ibu bapa atau pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak tahu mengendalikan bayi yang meragam dengan cara yang betul.








PADA bulan September tahun lalu, pasangan suami isteri, Mohd. Suhaimi Mamat, 31, dan Effa Roziana Mohd. Zin, 27, seperti biasa pulang dari kerja dan mengambil anak kedua mereka, Mohd. Danisy Darusy Mohd. Suhaimi, tujuh bulan, di rumah pengasuh di Shah Alam, Selangor.


Sejak melahirkan Danisy pertengahan tahun lalu, pasangan tersebut membuat keputusan meletakkan Danisy di bawah jagaan pengasuh yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka. Ia bukanlah taska berdaftar tetapi pemiliknya memang dikenali sebagai penjaga kanak-kanak dalam kalangan penduduk kawasan tersebut.


Setiba di rumah, Danisy muntah-muntah lebih lima kali. Setiap kali disusukan, bayi itu muntah dan enggan menerima sebarang makanan. Resah dengan keadaan tersebut, Suhaimi dan Effa membawa Danisy ke sebuah hospital di Klang, Selangor bagi menjalani pemeriksaan.


"Hasil pemeriksaan doktor mendapati, suhu badannya normal tetapi tiba-tiba Danisy diserang sawan. Doktor gagal mengesan punca sebenar dan Danisy ditahan di wad bagi menjalani imbasan otak.


"Keputusan imbasan mendapati Danisy mengalami pendarahan otak dan dia terus ditahan selama empat hari di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor juga memberitahu, matanya mengalami pendarahan serius jadi pembedahan terpaksa dilakukan.







GAMBARAJAH menunjukkan bahagian pendarahan pada otak.


"Danisy selamat menjalani pembedahan mata kanan pada bulan Oktober lalu dan kini dia kembali aktif. Sebelum ini, kalau orang panggil dia tidak boleh respons dan menangkap arah suara yang memanggilnya," kongsi Effa ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Bercerita mengenai pengasuh anaknya, ujar Effa, selepas kejadian itu, dia dan suami ada bertanya kepada pengasuh tersebut sama ada Danisy pernah terjatuh tetapi jawapan yang diterima sangat menghampakan. Malah, pengasuh itu menambah Danisy pernah beberapa kali menggigil dan dilihat dalam keadaan mata terbeliak yang dianggap normal pengasuh tersebut.


"Kami kecewa kerana dia tidak pernah menceritakan hal tersebut dan doktor yang memeriksa Danisy di Klang memberitahu, kemungkinan anak kami digoncang dengan kuat. Kami tidak berlengah dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam," imbas Effa dalam nada sebak.


Keadaan sama turut menimpa anak pasangan Zaihasliza Abd. Rahim, 28, Arissa Eryna Mohd. Fairuz Iskandar, tujuh bulan, pada pertengahan bulan Oktober tahun lalu. Ketika diambil dari taska kawasan rumah Zaihasliza yang terletak di Shah Alam, anak keduanya itu mula meragam.


Gejala SBS
Menurut Zaihasliza, setiap kali diletakkan, Arissa menangis dengan kuat dan ingin didukung sepanjang masa. Apabila diberi susu, Arissa muntah dan hal itu berlarutan sehingga pukul 4 pagi.


"Pada mulanya, saya ingat perut dia masuk angin. Tapi bila asyik muntah dan lepas mulut dia berbuih-buih dan badan menggigil, saya panik lalu bawa dia ke klinik.


"Menurut doktor, Arissa tak demam dan tidak lama kemudian dia diserang sawan. Doktor minta saya rujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sampai situ, Arissa diserang sawan yang teruk dan doktor syak ia ada kaitan dengan otak.


"Lepas melakukan ujian imbasan otak, doktor mengesahkan memang ada pendarahan di otak dan di bahagian belakang mata Arissa yang serius. Saya memang terkejut dan pihak hospital terus buat laporan polis.


"Saya ada hubungi pihak taska tetapi jawapannya mengecewakan kerana pihak pengurusan langsung tidak ambil serius perkara yang menimpa Arissa. Bahkan, mereka menafikan Arissa pernah jatuh dan mengambil lewa perbincangan tersebut," cerita Zaihasliza kesal.


Arissa menjalani pembedahan mata kiri bagi membuang ketulan darah beku yang terperangkap. Sekiranya dibiarkan, risiko untuk Arissa hilang penglihatan sangat tinggi.


Kenali SBS
Difahamkan, kira-kira 30 kematian kanak-kanak dilaporkan di Putrajaya dalam tempoh dua tahun lalu dipercayai ada kaitan dengan SBS. Namun ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut oleh pihak berkuasa.


Menurut Ketua Unit Neonatal Institut Pediatrik HKL, Dr. Irene Cheah, kesan negatif kekal akibat SBS boleh mengakibatkan kebutaan, sawan, gangguan mental dan palsi serebrum.


"Tiada kajian terperinci dijalankan tahap kekuatan goncangan yang boleh mengakibatkan SBS tetapi goncangan yang kuat selama empat saat mampu mendatangkan kecederaan.


"Saiz kepala yang besar berbanding badan, otot leher yang masih lemah, kandungan air yang tinggi dalam otak dan ruang subaraknoid yang besar mengelilingi otak merupakan antara punca bayi dan kanak-kanak mudah mengalami SBS.


"Ibu bapa yang mempunyai anak SBS memberitahu, anak mereka cepat letih dan mengantuk, muntah dan tidak selera makan, tangisan tidak terkawal, sukar ditenteramkan atau kesukaran bernafas dan diserang sawan," jelas Irene.


Tambah beliau, punca sebenar SBS sebenarnya bermula daripada sikap ibu bapa sendiri terutama golongan bapa yang kurang sifat sabar. Apabila anak menangis, mereka tidak tahu cara yang betul bagi menghentikan tangisan tersebut.


Akibatnya, anak yang masih kecil itu cuba ditenteramkan dengan cara lambungan, dibuai dengan laju dan tidak kurang ada yang menggoncang anak dengan kuat.
sumber: kosmo


Rabu, 13 Februari 2013

sila amik perhatian mengenai barangan make-up anda

gambar encik google

SEBELUM menyapu gincu atau mengoles maskara yang digemari, mungkin anda perlu berfikir dua kali. Pada luarannya, produk solekan ini nampak biasa dan masih elok digunakan.
Hakikatnya, wujud pelbagai ancaman tersembunyi yang memenuhi beg mekap kita hingga ada sesetengahnya boleh mendatangkan masalah kesihatan.
Selain bimbang dengan kandungan bahan berbahaya yang sering dikaitkan sebagai salah satu punca barah, kecacatan bayi dalam kandungan dan seumpamanya, kita juga perlu memberi perhatian kepada cara atau kaedah penggunaan produk kecantikan ini agar tidak terdedah dengan kotoran yang membawa kepada jangkitan kuman.

Berapa ramaikah di kalangan wanita yang sentiasa memeriksa tarikh luput setiap produk kecantikan yang digunakan? Biasanya kita sekadar membaca risalah yang disertakan bersama produk serta bahan yang digunakan dan sering terlepas pandang tarikh tamatnya.


Menurut beberapa pakar kulit dan kecantikan, setiap produk mempunyai tarikh luput yang perlu dipatuhi agar tidak memberi risiko pada kulit seperti timbulnya jerawat, reaksi alahan atau warna ton berbeza.

Sama seperti makanan, produk kecantikan yang sudah tamat tempoh mesti dibuang kerana keasidan bahannya boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Produk yang belum tamat tempoh juga perlu dibuang jika ia berubah warna, tekstur dan bau berikutan itu petanda produk terbabit sudah dijangkiti bakteria atau teroksida dengan udara.

Justeru, bila dan bagaimana untuk mengetahui satu-satu produk itu tidak lagi sesuai digunakan? Sebaiknya gantikan setiap produk dalam beg mekap anda sekurang-kurangnya sekali setiap musim.

Seperti trend fesyen, dunia kecantikan juga dibahagikan kepada musim bunga/panas dan luruh/dingin di mana setiap musim ini menampilkan produk berbeza yang menepati trend ketika itu.

Jika masih banyak produk yang baru sedikit digunakan, periksa secara terperinci satu persatu dan lihat sama ada wujud perubahan warna, bau atau rasa tekstur pada produk itu.

Beberapa produk seperti maskara, gincu, bedak asas, krim wajah dan sesetengah pemerah pipi akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan jika melepasi tarikh luputnya.

Jangka hayat satu-satu produk yang digunakan biasanya bermula sejurus ia dibuka, tapi kebanyakan produk berasaskan bahan semula jadi atau organik kini tertera tarikh luput di belakang bekasnya.

Perlu juga diingatkan bahawa kebanyakan produk kecantikan akan hilang tahap keberkesanannya sejurus melepasi tarikh luput dan secara tidak sedar anda mungkin menggunakannya pada kadar lebih banyak daripada biasa bagi mendapat�kan hasil yang diingini.

Berikut beberapa tip atau petanda sudah tiba masanya anda mendapatkan produk kecantikan yang baru. Selain krim tabir suria, produk kosmetik tidak ditetapkan untuk meletakkan tarikh luput pada pembungkusannya dan di sinilah pentingnya kesedaran di kalangan pengguna.

Produk yang disimpan atau diletakkan di tempat terbuka, panas dan lembap boleh me�nyebabkannya luput lebih cepat berbanding jika diletakkan di kawasan dingin dan tertutup. Malangnya, bilik air bukanlah tempat sesuai untuk menyimpan produk kecantikan anda seperti krim dan losen.

Lebih banyak bakteria yang masuk ke dalam produk kosmetik, lebih pendek jangka
hayatnya. Untuk memaksimumkan penggunaannya, gunakan putik kapas atau berus berbanding jari ketika menyentuh produk itu.

Sebaiknya cari produk yang disertakan dengan spatula khususnya untuk krim wajah, jadi anda tidak perlu menceduknya dengan tangan.

Apabila menggunakan maskara dan penggaris mata, beri lebih perhatian kerana mata adalah zon paling sensitif. Gunakan produk itu dalam tempoh tiga bulan saja lalu tukar kepada yang baru.

Produk yang berasaskan bahan semula jadi tidak boleh disimpan terlalu lama malah jangka hayatnya kadangkala kurang dari sebulan selepas dibuka.

Produk kosmetik berasaskan cecair, daripada bedak asas ke pengilat bibir juga tidak panjang tempoh hayatnya. Buang bedak asas dan penyamar cela selepas enam bulan, sementara pengilat bibir selepas empat bulan.

Minyak wangi yang belum dibuka boleh bertahan sehing�ga tiga tahun. Tapi sejurus digunakan, ia cuma boleh digunakan sehingga setahun, bergantung kepada warna dan baunya. Elakkan pewangi terdedah di kawasan panas dan terbuka.

Bukan hanya produk kecantikan yang mempunyai tarikh luput. Bahan di dalamnya juga tidak boleh bertahan lama selepas dibuka. Contohnya benzoil peroksida dalam gel antijerawat luput selepas tiga bulan dibuka kerana bahan aktifnya tidak lagi berkesan.

Bahan popular lain seperti vitamin C, antioksidan, asid glikolik dan retinol pula mudah terjejas dan luput apabila terdedah pada cahaya suria dan persekitaran panas.

Berus solekan mesti dibersihkan sekali sebulan. Menurut pakar dermatologi merangkap pengasas www.lovelyskin.com, Dr Joel Schlessinger, berus yang tidak bersih boleh menjadi ejen utama penyebaran bakteria pada kulit.

“Jika digunakan setiap hari, sebaiknya bersihkan berus setiap minggu. Selain mengelakkan kesan mudarat pada kulit, pembersihan berterusan ini akan membuatkan bulu berus lebih lembut dan tahan lama. Jangan gunakan pencuci atau sabun biasa tapi syampu bayi,” katanya.

Produk kecantikan berasaskan serbuk seperti bedak asas, bedak debu dan pemerah pipi, tahan lebih lama sehingga setahun jika tidak bercampur dengan produk lain.

Produk yang hadir dalam balang berisiko tinggi dijangkiti bakteria berbanding produk
dalam bekas jenis pam. Jika ingin ia tahan lama, elakkan penggunaan jari untuk menceduknya dan jangan biarkan terdedah kepada udara.

Penggunaan beg mekap yang sesuai juga perlu diambil kira kerana bakteria daripada koleksi produk yang disimpan di dalamnya boleh menyebabkan bertambahnya jangkitan bakteria.

Bersihkan beg mekap dengan kerap menggunakan tisu basah bayi dan sebaiknya gunakan beg jenis lutsinar kerana mudah untuk mengesan kotoran yang melekat
di dindingnya. Elak menggunakan beg rona gelap kerana ia memerangkap haba lalu memudahkan pembiakan bakteria.

info: copy paste sapa ntah... post ni dah lama draft....heheh


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring

I'm BacK ^_*

Salam...
dah lama x berblog...
rasa rindu sangat2...
malas+bz lagi membuatkan blog ni bukan saja berhabuk... bersawang dah....
insyaAllah... kali ni mama akan selalu update...
*kalu x malas* hehe


anak mama dah besar dah...
banyak sangat keletah dia... tanya itu ini....
pandai dah dok berleter, adoiiii lahhhh

semalam mama marah dia....
tau apa dia cakap?

"mama niiiii..... asyik-asyik marah irfan...."

gulp...... 

time nak tido plak, saja ckp kt dia
"irfan sok mama p work, abah p work, irfan dok umah opah tau"

selalu dia cakap x nak p umah opah.... tapi kali ni dia cakap apa tau x?

"irfan jangan nangis tau"
"nanti mama balik, mama bawak irfan p taman menan"

(ayat yg slalu mama dia cakap, dia plak yang cakapkan...tapi pagi ni antar p umah opah, langsung x nangis.... bagus sayang..)
^_^

irfan *_^

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers