Rabu, 13 Februari 2013

sila amik perhatian mengenai barangan make-up anda

gambar encik google

SEBELUM menyapu gincu atau mengoles maskara yang digemari, mungkin anda perlu berfikir dua kali. Pada luarannya, produk solekan ini nampak biasa dan masih elok digunakan.
Hakikatnya, wujud pelbagai ancaman tersembunyi yang memenuhi beg mekap kita hingga ada sesetengahnya boleh mendatangkan masalah kesihatan.
Selain bimbang dengan kandungan bahan berbahaya yang sering dikaitkan sebagai salah satu punca barah, kecacatan bayi dalam kandungan dan seumpamanya, kita juga perlu memberi perhatian kepada cara atau kaedah penggunaan produk kecantikan ini agar tidak terdedah dengan kotoran yang membawa kepada jangkitan kuman.

Berapa ramaikah di kalangan wanita yang sentiasa memeriksa tarikh luput setiap produk kecantikan yang digunakan? Biasanya kita sekadar membaca risalah yang disertakan bersama produk serta bahan yang digunakan dan sering terlepas pandang tarikh tamatnya.


Menurut beberapa pakar kulit dan kecantikan, setiap produk mempunyai tarikh luput yang perlu dipatuhi agar tidak memberi risiko pada kulit seperti timbulnya jerawat, reaksi alahan atau warna ton berbeza.

Sama seperti makanan, produk kecantikan yang sudah tamat tempoh mesti dibuang kerana keasidan bahannya boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Produk yang belum tamat tempoh juga perlu dibuang jika ia berubah warna, tekstur dan bau berikutan itu petanda produk terbabit sudah dijangkiti bakteria atau teroksida dengan udara.

Justeru, bila dan bagaimana untuk mengetahui satu-satu produk itu tidak lagi sesuai digunakan? Sebaiknya gantikan setiap produk dalam beg mekap anda sekurang-kurangnya sekali setiap musim.

Seperti trend fesyen, dunia kecantikan juga dibahagikan kepada musim bunga/panas dan luruh/dingin di mana setiap musim ini menampilkan produk berbeza yang menepati trend ketika itu.

Jika masih banyak produk yang baru sedikit digunakan, periksa secara terperinci satu persatu dan lihat sama ada wujud perubahan warna, bau atau rasa tekstur pada produk itu.

Beberapa produk seperti maskara, gincu, bedak asas, krim wajah dan sesetengah pemerah pipi akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan jika melepasi tarikh luputnya.

Jangka hayat satu-satu produk yang digunakan biasanya bermula sejurus ia dibuka, tapi kebanyakan produk berasaskan bahan semula jadi atau organik kini tertera tarikh luput di belakang bekasnya.

Perlu juga diingatkan bahawa kebanyakan produk kecantikan akan hilang tahap keberkesanannya sejurus melepasi tarikh luput dan secara tidak sedar anda mungkin menggunakannya pada kadar lebih banyak daripada biasa bagi mendapat�kan hasil yang diingini.

Berikut beberapa tip atau petanda sudah tiba masanya anda mendapatkan produk kecantikan yang baru. Selain krim tabir suria, produk kosmetik tidak ditetapkan untuk meletakkan tarikh luput pada pembungkusannya dan di sinilah pentingnya kesedaran di kalangan pengguna.

Produk yang disimpan atau diletakkan di tempat terbuka, panas dan lembap boleh me�nyebabkannya luput lebih cepat berbanding jika diletakkan di kawasan dingin dan tertutup. Malangnya, bilik air bukanlah tempat sesuai untuk menyimpan produk kecantikan anda seperti krim dan losen.

Lebih banyak bakteria yang masuk ke dalam produk kosmetik, lebih pendek jangka
hayatnya. Untuk memaksimumkan penggunaannya, gunakan putik kapas atau berus berbanding jari ketika menyentuh produk itu.

Sebaiknya cari produk yang disertakan dengan spatula khususnya untuk krim wajah, jadi anda tidak perlu menceduknya dengan tangan.

Apabila menggunakan maskara dan penggaris mata, beri lebih perhatian kerana mata adalah zon paling sensitif. Gunakan produk itu dalam tempoh tiga bulan saja lalu tukar kepada yang baru.

Produk yang berasaskan bahan semula jadi tidak boleh disimpan terlalu lama malah jangka hayatnya kadangkala kurang dari sebulan selepas dibuka.

Produk kosmetik berasaskan cecair, daripada bedak asas ke pengilat bibir juga tidak panjang tempoh hayatnya. Buang bedak asas dan penyamar cela selepas enam bulan, sementara pengilat bibir selepas empat bulan.

Minyak wangi yang belum dibuka boleh bertahan sehing�ga tiga tahun. Tapi sejurus digunakan, ia cuma boleh digunakan sehingga setahun, bergantung kepada warna dan baunya. Elakkan pewangi terdedah di kawasan panas dan terbuka.

Bukan hanya produk kecantikan yang mempunyai tarikh luput. Bahan di dalamnya juga tidak boleh bertahan lama selepas dibuka. Contohnya benzoil peroksida dalam gel antijerawat luput selepas tiga bulan dibuka kerana bahan aktifnya tidak lagi berkesan.

Bahan popular lain seperti vitamin C, antioksidan, asid glikolik dan retinol pula mudah terjejas dan luput apabila terdedah pada cahaya suria dan persekitaran panas.

Berus solekan mesti dibersihkan sekali sebulan. Menurut pakar dermatologi merangkap pengasas www.lovelyskin.com, Dr Joel Schlessinger, berus yang tidak bersih boleh menjadi ejen utama penyebaran bakteria pada kulit.

“Jika digunakan setiap hari, sebaiknya bersihkan berus setiap minggu. Selain mengelakkan kesan mudarat pada kulit, pembersihan berterusan ini akan membuatkan bulu berus lebih lembut dan tahan lama. Jangan gunakan pencuci atau sabun biasa tapi syampu bayi,” katanya.

Produk kecantikan berasaskan serbuk seperti bedak asas, bedak debu dan pemerah pipi, tahan lebih lama sehingga setahun jika tidak bercampur dengan produk lain.

Produk yang hadir dalam balang berisiko tinggi dijangkiti bakteria berbanding produk
dalam bekas jenis pam. Jika ingin ia tahan lama, elakkan penggunaan jari untuk menceduknya dan jangan biarkan terdedah kepada udara.

Penggunaan beg mekap yang sesuai juga perlu diambil kira kerana bakteria daripada koleksi produk yang disimpan di dalamnya boleh menyebabkan bertambahnya jangkitan bakteria.

Bersihkan beg mekap dengan kerap menggunakan tisu basah bayi dan sebaiknya gunakan beg jenis lutsinar kerana mudah untuk mengesan kotoran yang melekat
di dindingnya. Elak menggunakan beg rona gelap kerana ia memerangkap haba lalu memudahkan pembiakan bakteria.

info: copy paste sapa ntah... post ni dah lama draft....heheh


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sharing is caring

Tiada ulasan:

Anugerah Illahi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Hadiah Illahi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers